10
Wed, Jun

KAPAL KARGO DITAHAN DI BAWAH ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR (MSO) 1952

LABUAN, 15 JANUARI – Zon Maritim Labuan telah menahan sebuah kapal kargo di kedudukan 1.16 batu nautika Barat Daya Pulau Papan, Labuan pada jam 11.20 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Izwanhadi bin Hj. Idros berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan OP SEJAHTERA 1/2022 dan OP TIRIS 3.0 telah melakukan pemeriksaan terhadap kapal kargo bewarna hijau yang sedang bersauh.

Hasil pemeriksaan, kapal kargo itu dipercayai dikendalikan oleh seorang Master berumur 57 tahun dan Chief Officer berumur 50 tahun, masing-masing adalah warga tempatan.

Bot disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu gagal mengemukakan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan .

Master dan Chief Officer berserta dokumen telah ditahan dan diiring masuk ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

Izwanhadi berkata, orang ramai boleh menyalurkan informasi kelakuan jenayah di laut dengan terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

 

 

KPL KARGO

LAGI LANGGAR SYARAT LESEN. VESEL PUKAT JERUT BILIS DITAHAN MARITIM MALAYSIA KALI KEDUA

LAHAD DATU, 14 JANUARI – Zon Maritim Lahad Datu menahan sebuah vesel pukat jerut bilis di sekitar perairan Kunak, semalam. 

Pengarahnya, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, vesel pukat jerut bilis terbabit ditahan di kedudukan 0.1 batu nautika selatan Pulau Maganting lebih kurang pada jam 5.40 petang oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang terlibat dalam OP PLUTO TIMUR 2/2013 dan OP TIRIS 3.0.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, vesel itu dikendalikan empat warga tempatan berumur 31 tahun hingga 59 tahun bersama hasil tangkapan seberat dua kilogram.

Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, vesel itu melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu memukat kurang dari 1.5 batu nautika dari daratan terhampir dan telah melakukan kesalahan yang sama pada tahun 2024 di mana vesel tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.

Kesemua kru, bot dan hasil perikanan dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Nilai tangkapan adalah lebih kurang RM90 ribu.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu melalui platform whats app di nombor 016-9305727 atau NG 999 untuk maklum balas segera.

 

TAHAN LAGI2

REMAJA HILANG KETIKA MANDI DI PANTAI BATU SATU, KUALA BARAM

MIRI, 14 JANUARI – Seorang remaja berusia 16 tahun hilang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan, lewat petang semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad, berdasarkan laporan awal, mangsa telah keluar bersama tiga rakannya untuk bermandi-manda di Pantai Batu Satu, Kuala Baram, pada jam 4.00 petang.

“Pada jam 5.00 petang, rakan mangsa memaklumkan kepada pengadu yang juga ibu mangsa bahawa anaknya telah hilang dan dikhuatiri lemas ketika mereka sedang leka berenang di pantai tersebut,

“Bertindak atas maklumat, dua aset laut Maritim Malaysia telah digerakkan ke kawasan kejadian bagi melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT),” Kata Mohd Khairol.

Turut terlibat dalam Operasi CARILAMAT itu ialah Pasukan Polis Marin (PPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia di kawasan Kuala Baram semalam, angin bertiup dari arah tenggara dengan kelajuan 20 hingga 30 kilometer sejam dengan ketinggian ombak yang mencatatkan satu hingga 1.5 meter serta hujan pada beberapa tempat di sekitar daerah Miri.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga jika perlu melakukan aktiviti di laut dengan memakai jaket keselamatan serta jika cuaca tidak mengizinkan, tangguhkan dahulu niat untuk turun ke laut agar terhindar daripada sebarang insiden.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri melalui talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432 544 / 082-432 016) atau NG 999 untuk maklum balas segera.

 

HILANG MIRI2
 
HILANG MIRI3
 
HILANG MIRI4
 
HILANG MIRI5

PENYERAHAN BOT NELAYAN TEMPATAN HANYUT DI PERAIRAN INDONESIA

MUAR, 15 JANUARI – Bot milik nelayan tempatan yang dilaporkan hanyut ke Bengkalis, Indonesia pada minggu lalu telah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada jam 2.00 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal berkata, bot tersebut telah diserahkan oleh dua wakil pegawai Polis Republik Indonesia (POLRI) pada kedudukan 17 batu nautika barat daya Parit Jawa, Muar.

Terdahulu, media melaporkan dua nelayan tempatan dan sebuah bot hilang di perairan Muar ketika keluar memancing pada 7 Januari lalu.

Bot yang dilaporkan hanyut itu mengalami kerosakan enjin sebelum dihanyutkan arus sehingga memasuki perairan Indonesia.

Dua nelayan tempatan berkenaan ialah Asamadi bin Omar, 55 dan Zulkefli bin Mad, 46, ditemukan selamat dan telah pulang ke Malaysia pada Jumaat lalu.

Sementara itu Mohammad Zaini turut memaklumkan, bot nelayan itu telah dibaik pulih dan diiringi POLRI sebelum diserahkan kepada Maritim Malaysia.

“Semua urusan bagi membawa pulang bot tersebut telah diselesaikan semalam dan diserahkan kepada wakil Maritim Malaysia yang diketuai oleh Leftenan Maritim Mohd Hairulnizam bin Abdul Razak. Turut serta Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Muar, Encik Norhakim Simon.”

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada POLRI yang membantu dalam operasi penyerahan ini,” tambah beliau.

Untuk sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat melalui talian 07-4349343 atau NG 999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera.

 

SERAH BOT
 
SERAH BOT2
 
SERAH BOT4
 
SERAH BOT5

GAGAL MENGEMUKAKAN LESEN, SEBUAH BOT TUNDA DITAHAN

MIRI, 14 JANUARI – Zon Maritim Miri menahan sebuah bot tunda pada kedudukan lebih kurang 3.6 batu nautika dari barat laut Kuala Miri atas kesalahan beroperasi tanpa lesen bot yang sah serta gagal memastikan lesen disimpan di atas bot ketika diperiksa.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, bot tunda berkenaan telah ditahan oleh pasukan peronda bot Maritim Malaysia semasa melaksanakan OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 pada sekitar jam 6.10 petang semalam.

Menurutnya lagi, bot tunda tersebut dikendalikan oleh seorang nahkoda berumur 49 tahun beserta dua anak kapal warga negara Indonesia berumur dalam lingkungan di antara 37 sehingga 42 tahun.

Bot tunda telah diiringi ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Miri dan kes disiasat di bawah Kaedah Bot 1953.

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan jenayah maritim di sepanjang perairan Malaysia.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri melalui talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432 544 / 082-432 016) atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

TUNDA THN2

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON