22
Wed, Apr

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP ARNAB DI PENGKALAN BALAK

PENGKALAN BALAK, 9 FEBRUARI – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 10 ekor arnab bersama tiga buah sangkar di perairan Pantai Pengkalan Balak, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Haji Mohd Khairi bin Haji Abd Aziz berkata, kejayaan ini adalah hasil maklumat Bahagian Perisikan Ibu Pejabat Putrajaya, dengan kerjasama erat Maritim Negeri, dalam membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan tersebut.

Menjelas lebih lanjut berkenaan kes tersebut, beliau memaklumkan serbuan berkenaan dijalankan pada pukul 12.10 pagi, oleh pasukan operasi darat dan laut setelah menerima maklumat berkaitan pergerakan mencurigakan di perairan berkenaan.

“Ketika operasi dijalankan, pasukan penguat kuasa menemukan tiga buah sangkar yang berisi 10 ekor arnab ditinggalkan di tepi pantai. Berdasarkan pemerhatian awal, arnab-arnab tersebut dipercayai cuba diseludup keluar dari negara ini tanpa melalui prosedur sah,”

“Kami percaya kehadiran bot penguat kuasa telah disedari oleh suspek, menyebabkan suspek melarikan diri ke kawasan perairan cetek menggunakan bot gentian kaca yang dilengkapi enjin sangkut 60 kuasa kuda bagi mengelakkan diri daripada ditahan,” katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011

(Akta 728). Semua barang rampasan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat

Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut. Anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah RM15 ribu.

Maritim Malaysia menegaskan bahawa pihaknya akan terus memperketat penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan ekonomi negara.

 

ARNAB PKLN BLK

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON