22
Wed, Apr

LAGI VNT FIBER DITAHAN, TANGGUK SIPUT SECARA HARAM

KUALA PERLIS, 9 FEBRUARI – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) tanpa nombor pendaftaran ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis kerana melakukan aktiviti penangkapan hasil laut tanpa lesen yang sah di kedudukan sekitar 0.6 batu nautika barat pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis, pagi semalam.

Dalam kejadian tersebut, bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis yang melakukan rondaan OP AMAN di perairan Perlis telah menghampiri vesel berkenaan ketika sedang leka melakukan aktiviti menangkap siput.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, walaupun penguat kuasa kerap melakukan rondaan dan tangkapan penangkap siput secara haram, namun aktiviti itu masih dilakukan tanpa rasa bersalah.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot terbabit berpangkalan di Kuala Perlis sedang melakukan aktiviti menangkap siput dengan menggunakan sangkar besi yang dikemudikan seorang tekong dan seorang awak-awak warga tempatan masing-masing berumur 28 dan 38 tahun.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b) kerana melanggar syarat lesen dan Seksyen 11 (3) (c) iaitu memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua hasil tangkapan dan rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60 ribu bersama-sama dua suspek dibawa masuk ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia meminta kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian kecemasan 999.

 

VNT TANGGUK SIPUT4
 
VNT TANGGUK SIPUT3
 
VNT TANGGUK SIPUT
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON