22
Wed, Apr

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

PELABUHAN KLANG, 11 FEBRUARI – Maritim Negeri Selangor menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C di perairan Selangor kira-kira pukul 12.00 tengah hari semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penahanan itu dibuat oleh aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rutin operasi di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah.

Pemeriksaan awal mendapati, vesel itu dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat kru warga Myanmar dalam lingkungan umur 18 hingga 42 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati, tekong dan kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah atau surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk berkerja di atas vesel tersebut dan melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang dari 15 batu nautika dari daratan.

Selain itu,vesel tersebut didapati melanggar syarat tambahan iaitu tidak mengibarkan bendera Malaysia semasa belayar.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana kesemua kru tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan kurang dari 15 batu nautika dari daratan serta menggaji warga asing tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan melanggar syarat tambahan iaitu beroperasi tanpa mengibarkan bendera Malaysia.

Kesemua kru, vesel dan hasil tangkapan ikan campur seberat 50 kg dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor melalui talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

VNT KLANG
 
VNT KLANG3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON