08
Sel, Sep

Grid List

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

DARI LAUTAN JASA KE PERSEMADIAN ABADI

ALOR SETAR, 8 APRIL – Pemergian Laskar Kelas II Maritim, Muhammad Hafiz Fahmi Mohamad Hilmi yang meninggal dunia ketika bertugas di atas kapal pada Isnin disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, Allahyarham merupakan anggota yang komited dan sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab sepanjang perkhidmatannya.

“Pemergian beliau bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah seluruh warga Maritim Malaysia kehilangan seorang anggota yang berdedikasi dan berdisiplin tinggi,” katanya.

Beliau bersama Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Najib Sam hadir ke istiadat pengebumian sebagai tanda penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Istiadat pengebumian yang berlangsung seawal 7.00 pagi itu didahului dengan kawalan jenazah diketuai Bintara Kanan Maritim, Pitderi Mat Non bersama 23 anggota dari Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang dan Zon Maritim Kuala Kedah.

Terdahulu, jenazah Allahyarham telah dimandikan dan dikafankan di Hospital Kota Tinggi serta dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

Kesemua urusan tersebut telah diselaraskan oleh Zon Maritim Tanjung Sedili dan Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor.

Dalam perkembangan sama, Allahyarham telah disolatkan di Masjid Sultan Abdul Halim seterusnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sollihin, Sungai Petani.

Turut hadir sama beberapa kru Kapal Maritim (KM) MENGALUM yang terlibat dalam penghantaran jenazah ke kampung halaman yang melibatkan kerjasama Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor dan Zon Maritim Tangjung Sedili.

Sebagai penghormatan terakhir, Ensign Maritim Malaysia diserahkan kepada bapa Allahyarham oleh Komander Maritim Najib Sam sebagai simbol pengiktirafan atas jasa dan pengorbanannya kepada negara.

Seluruh warga Maritim Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

FAHMI KEBUMI2
 
FAHMI KEBUMI3
 
FAHMI KEBUMI4

PEMIMPIN MUDA DIDEDAH REALITI TUGAS MARITIM DALAM PROGRAM BERIMPAK TINGGI

TANJUNG SEDILI, 8 APRIL – Seramai 61 murid tahap dua yang memegang jawatan kepimpinan dari Sekolah Kebangsaan Datuk Ismail Saadon, Felda Air Tawar 2 Kota Tinggi, berpeluang menimba pengalaman berharga apabila menyertai Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda hasil kerjasama bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, semalam.

Program yang berlangsung sehari di Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili itu turut disertai sembilan orang guru pengiring, dengan pengisian pelbagai aktiviti interaktif dan berinformasi yang memberi pendedahan awal kepada dunia penguatkuasaan maritim.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, program ini bertujuan membentuk jati diri serta semangat kepimpinan dalam kalangan murid melalui pendekatan praktikal dan pengalaman sebenar di lapangan.

“Pelbagai aktiviti telah disusun termasuk taklimat kerjaya, taklimat keselamatan di laut, pameran senjata, pameran replika aset maritim, tayangan video serta lawatan ke Bot PERKASA 29 milik Maritim Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan secara langsung ini mampu memberi gambaran jelas kepada para peserta mengenai peranan dan tanggungjawab anggota maritim dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Sepanjang program, para pelajar didedahkan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh pegawai berpengalaman iaitu Leftenan Komander Maritim Mohamed Shafiee Bakar, Leftenan Komander Maritim Faezal Alimat, Leftenan Maritim Nazrul Azree Kamarutzaman, serta Leftenan Madya Maritim Nur Azlina Hanafi.

Selain itu, aktiviti ice breaking yang dijalankan berjaya mewujudkan suasana lebih santai dan mesra, sekali gus menggalakkan interaksi aktif antara peserta dan anggota Maritim Malaysia.

Program seumpama ini dilihat bukan sahaja memberi nilai tambah kepada ilmu pengetahuan murid, malah berperanan penting dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berwawasan dan berani menyahut cabaran masa hadapan.

TG SEDILI MURID
 
TG SEDILI MURID3
 
TG SEDILI MURID4
 
TG SEDILI MURID5

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH SINERGI SERANTAU MENERUSI MEWG SIRI 1/2026 MALAYSIA - THAILAND

MELAKA, 4 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh kerjasama strategik keselamatan maritim serantau menerusi penglibatan aktif dalam Mesyuarat Maritime Exercise Working Group (MEWG) Siri 1/2026 Malaysia–Thailand yang berlangsung di Asia Melaka Hotel, di sini, dari 1 hingga 3 April lalu.

Mesyuarat menghimpunkan agensi keselamatan maritim utama kedua-dua negara, termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) serta Thailand Maritime Enforcement Coordination Center (THAI-MECC).

Dikoordinasikan oleh Malaysia-Thailand Border Coordination Office (MTBCO) di bawah Majlis Keselamatan Negara, mesyuarat ini memberi fokus kepada perancangan dan penyelarasan pelaksanaan Eksesais Bilateral Sea Exercise Thailand-Malaysia (SEA EX THAMAL) 2026.

Eksesais tersebut dijangka dilaksanakan di kawasan strategik perairan sempadan Malaysia–Thailand, meliputi Selat Melaka Utara dan Laut China Selatan, dengan penekanan terhadap kesiapsiagaan operasi bersama, interoperabiliti aset serta kecekapan tindak balas terhadap ancaman keselamatan maritim rentas sempadan.

Delegasi Thailand diketuai oleh Pengarah Divisyen Operasi, 2nd Naval Area Command, Captain Kamjad Samakkanat RTN, manakala pihak Malaysia disambut oleh Timbalan Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Pertama Gan Chin Keat TLDM.

Maritim Malaysia pula diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi. Turut mengiringi ialah Komander Ahmad Faez bin Mat Ghani, Komander Maritim Amiludin bin Yenggah serta Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil.

Sebagai platform tahunan, MEWG memainkan peranan signifikan dalam memperkukuh penyelarasan operasi serta pertukaran maklumat antara kedua-dua negara, khususnya dalam menangani cabaran keselamatan maritim seperti penyeludupan, jenayah rentas sempadan, keselamatan pelayaran dan pemeliharaan alam sekitar marin.

Penglibatan konsisten Maritim Malaysia dalam inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam memperkasa keupayaan penguatkuasaan maritim negara, di samping mempererat hubungan diplomatik dan kerjasama strategik di peringkat serantau.

MEWG
 
MEWG2
 
MEWG3
 
MEWG4

MARITIM NEGERI PAHANG BUKTIKAN KETAHANAN FIZIKAL DAN MENTAL DI MARA LASAK PAHANG 2.0

KUANTAN, 7 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang membuktikan tahap ketahanan fizikal dan mental anggota apabila berjaya menamatkan saingan cabaran ekstrem dalam Pertandingan Mara Lasak Pahang 2.0 di Felda Chini 1, Pekan, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, walaupun menduduki tempat ke-17 bagi kategori Pasukan Beruniform, pencapaian itu membuktikan keupayaan tinggi anggota menempuh cabaran fizikal ekstrem yang memerlukan stamina, disiplin dan kerjasama berpasukan.

“Menamatkan larian 15 kilometer merentasi laluan mencabar sambil membawa beban lima kilogram adalah bukti kemampuan anggota kami dalam menghadapi cabaran fizikal dan mental, satu keperluan kritikal dalam operasi keselamatan maritim sebenar,” katanya.

Terdahulu, pertandingan berkenaan disertai kira-kira 1,000 peserta daripada 100 pasukan termasuk jabatan kerajaan negeri, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi (IPT) serta komuniti setempat.

Setiap pasukan yang dianggotai tujuh lelaki dan tiga wanita perlu menamatkan larian sejauh 15 kilometer sambil membawa bebanan lima kilogram.

Sementara itu bagi kategori Belia dan IPT, 20 anggota Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) termasuk dua jurulatih telah berjaya meraih tempat ke-9 bagi Tim PASKAM Senior dan tempat ke-12 bagi Tim PASKAM Junior daripada 21 pasukan yang bertanding, sekali gus membuktikan kebolehan dan kemampuan anggota dalam acara sukan lasak.

MARA LASAK2
 
MARA LASAK3
 
MARA LASAK4

TUJUH PEGAWAI NAIK PANGKAT, BAKAL PERKUKUH KEPIMPINAN MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 3 APRIL – Pemakaian pemangkuan pangkat melibatkan tujuh pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) disifatkan sebagai satu bentuk pengiktirafan tertinggi terhadap keupayaan, komitmen serta kepercayaan pengurusan tertinggi dalam memperkukuh kepimpinan organisasi.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, pemakaian pangkat tersebut bukan sekadar simbol kejayaan peribadi, sebaliknya mencerminkan amanah besar yang perlu digalas demi memastikan kecemerlangan agensi ini terus dipertahankan.

“Momen ini adalah hasil sokongan semua pihak termasuk pengurusan tertinggi, pengarah bahagian serta pasangan tuan-tuan sekalian. Semangat setiakawan juga menjadi pendorong utama kepada kejayaan yang diraikan hari ini,” katanya.

Menurut beliau, detik berkenaan merupakan kenangan indah yang perlu dihargai oleh setiap penerima, namun dalam masa sama perlu dijadikan titik tolak untuk melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cemerlang.

“Pangkat yang disandang hadir bersama tanggungjawab yang besar dan bukan satu pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada peranan kepimpinan yang lebih mencabar,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan, amanah yang diberikan adalah satu penghormatan tinggi serta bebanan yang perlu dipikul dengan penuh integriti dan dedikasi, selain menyifatkan semua pegawai terlibat sebagai aset bernilai kepada Maritim Malaysia.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah bersama pegawai kanan Maritim Malaysia yang hadir secara fizikal serta dalam talian.

Dalam majlis tersebut, enam pegawai telah menerima pemangkuan pangkat ke Komander Maritim Gred T12 iaitu Leftenan Komander Maritim Mohd Sharim bin Zakaria, Syed Hazlan Izham bin Syed Abdullah, Amrizuwan bin Alwi, Nur Hadafi Zafran bin Norzali, Fadli Hisham bin Muhammad dan Hizam bin Zulkifli.

Turut menerima pemangkuan pangkat ke Komander Maritim Gred T12 (Penerbang) ialah Leftenan Komander Maritim Suhaimi bin Kamarudin.

NAIK PANGKAT2
 
NAIK PANGKAT3
 
NAIK PANGKAT4
 
NAIK PANGKAT5

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEJARAH TERCIPTA, 127 KADET DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA PASKAM

PEKAN, 5 SEPTEMBER – Seramai 127 Pegawai Kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) hari ini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM selepas berjaya menamatkan latihan selama empat semester yang meliputi pembentukan disiplin, kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan.

Pentauliahan ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dilaksanakan secara bersama melibatkan tiga Universiti Awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah, di Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 49 kadet daripada UMPSA, 30 kadet daripada UMT dan 48 kadet daripada UniMAP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM.

Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi berkata, pentauliahan itu bukan sekadar menandakan kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi manifestasi kejayaan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa patriotik serta mempunyai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

"PASKAM bukan sekadar platform latihan berkawad atau aktiviti kokurikulum, sebaliknya medium membentuk mahasiswa yang memahami erti tanggungjawab, kepimpinan, kesetiaan, keberanian serta kesediaan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata, PASKAM turut berperanan memperkenalkan mahasiswa kepada dunia maritim melalui pendedahan terhadap aspek keselamatan, penguatkuasaan, kepimpinan dan tanggungjawab mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara di laut.

Sehingga kini, seramai 240 kadet aktif PASKAM berada di tiga universiti berkenaan, melibatkan 94 kadet di UMPSA, 65 kadet di UMT dan 81 kadet di UniMAP.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi pengajian tinggi menerusi PASKAM bukan sahaja memperkukuh pembangunan modal insan, malah menjadi platform melahirkan bakal pemimpin muda yang memiliki sahsiah unggul, ketahanan diri, semangat patriotisme dan kesedaran tinggi terhadap keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, penganjuran majlis secara bersama melibatkan tiga universiti awam merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan PASKAM di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 21 September 2016, PASKAM telah berkembang daripada sebuah platform latihan beruniform kepada medium pembangunan kepimpinan mahasiswa yang menekankan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan kesiapsiagaan.

"PASKAM bukan sekadar membentuk mahasiswa yang berdisiplin, malah melahirkan individu yang mampu membuat keputusan secara matang, memimpin dengan berintegriti serta sentiasa bersedia memikul tanggungjawab apabila diperlukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara UMPSA dan Maritim Malaysia sebagai satu ekosistem strategik yang menyokong pembangunan modal insan dan ilmu, termasuk menerusi penerbitan buku OP NAGA BARAT: Analisis Strategi, Ekonomi dan Pendakwaan dari Perspektif Maritim Malaysia, yang memperkukuh pemahaman berkaitan keselamatan maritim daripada perspektif strategik, ekonomi, perundangan dan penguatkuasaan.

Pentauliahan 127 Leftenan Muda PASKAM ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdisiplin, berintegriti, berwibawa serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam mendukung usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maritim negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC