08
Sel, Sep

Grid List

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚,

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚!

MENGARAK PANJI
ย 
MENGARAK PANJI2
ย 
MENGARAK PANJI7
ย 
MENGARAK PANJI8

ย 

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 1447H/2026M PERKUKUH UKHUWAH DAN SEMANGAT KEBERSAMAAN

KOTA KINABALU, 30 MEI โ€“ Program Ibadah Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M yang telah dilaksanakan pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H berjaya menghimpunkan warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Sabah dan W.P. Labuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah serta komuniti setempat dalam suasana penuh muafakat dan semangat kebersamaan.

Program yang berlangsung di Perkarangan Surau An-Najihin, Kuarters JBPM Negeri Sabah itu merupakan kesinambungan kerjasama erat antara IPMN Sabah & W.P. Labuan dan JBPM Negeri Sabah dalam menyemarakkan syiar Islam serta memupuk nilai-nilai murni melalui pelaksanaan ibadah korban.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah IPMN Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali serta Pengarah JBPM Negeri Sabah, YS PKPjB Mohd Pisar bin Aziz, bersama pegawai kanan dan warga kerja kedua-dua agensi yang berganding bahu menjayakan program tersebut.

Aktiviti penyembelihan, melapah, penyediaan dan pengagihan daging korban dilaksanakan secara gotong-royong, mencerminkan semangat kerjasama, keprihatinan dan perpaduan yang menjadi teras dalam perkhidmatan kepada masyarakat. Daging korban kemudiannya diagihkan kepada warga kerja serta golongan yang memerlukan bagi memastikan manfaat ibadah ini dapat dikongsi bersama.

Dalam ucapannya, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali berkata sambutan Aidiladha bukan sahaja mengingatkan umat Islam mengenai erti pengorbanan dan keikhlasan, malah menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara agensi serta masyarakat.

โ€œIbadah korban bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, malah menjadi medium untuk memupuk nilai keprihatinan, semangat bekerjasama dan kesediaan berkorban demi kepentingan bersama. Nilai-nilai inilah yang perlu terus diterapkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara,โ€ katanya.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringkas dan sesi agihan daging korban kepada para penerima dalam suasana penuh kesyukuran dan kemeriahan Aidiladha.

Maritim Malaysia Negeri Sabah akan terus komited melaksanakan program berbentuk kebajikan, kerohanian dan kemasyarakatan bersama agensi sahabat serta komuniti setempat dalam usaha memperkukuhkan hubungan strategik dan menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja.

KORBAN SBH2
 
KORBAN SBH3
 
KORBAN SBH4

AMSAS - UMT PERKASA LATIHAN PEGAWAI MARITIM BERTARAF MQA

KUALA TERENGGANU, 6 MEI โ€“ Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan perbincangan kerjasama strategik bagi memperkukuh latihan dan pembangunan pegawai Maritim Malaysia melalui pelaksanaan program sijil bertaraf MQA.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad itu turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi UMT serta delegasi AMSAS yang diketuai oleh Kepten Maritim Mohd Iszuadi bin Mohamad Hassan.

Perbincangan ini memfokuskan kepada pelaksanaan Sijil Pascasiswazah Pengajian Maritim (Tahap 7 MQF, 20 kredit) yang meliputi bidang operasi, navigasi, pentadbiran, komunikasi dan keselamatan maritim.

Dalam masa yang sama, kolaborasi ini turut membuka ruang dan peluang kepada AMSAS untuk meneroka bidang-bidang baharu yang lebih luas bersama UMT.

Kerjasama ini juga dilihat sebagai platform strategik untuk memperkukuh jaringan akademia-industri serta meningkatkan daya saing latihan maritim negara di peringkat serantau.

Berdasarkan perbincangan awal, kedua-dua pihak akan melaksanakan pemetaan silibus antara Kursus Asas (CPC) AMSAS dan kursus UMT, merangkumi aspek pentadbiran, komunikasi, navigasi, operasi kapal, undang-undang serta pengurusan stor dan aset. Program ini dicadangkan secara separuh masa selama enam bulan dengan pendekatan 79% pembelajaran atas talian dan 21% secara bersemuka, di mana sesi fizikal dicadang dilaksanakan di premis AMSAS.

Turut dibincangkan ialah laluan kemasukan fleksibel melalui APEL A dan APEL Q, serta cadangan laluan pengajian berperingkat sehingga ke peringkat Sarjana.

Secara keseluruhan, hasil perbincangan ini masih tertakluk kepada kelulusan lanjut pihak pengurusan tertinggi, dengan pelaksanaan pengambilan pertama dijangka pada Oktober atau Disember 2027.

AMSAS UMT
 
AMSAS UMT3
 
AMSAS UMT2
 
AMSAS UMT5

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

CSCWG JADI MEDAN SELARAS NARATIF OP NAGA

PUTRAJAYA, 5 MEI โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkukuh penyampaian komunikasi strategik berkaitan Op NAGA menerusi penubuhan Combined Strategic Communication Working Group (CSCWG) yang dianjurkan bermula 4 Mei dan berakhir hari ini.

Bengkel ini dilaksanakan bagi memastikan semua naratif operasi diselaras secara konsisten dan tepat oleh semua jabatan dan agensi terlibat seterusnya diyakini masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pendekatan berkenaan amat penting dalam mendepani cabaran penyebaran maklumat yang semakin pantas serta tidak terkawal, khususnya melalui media sosial.

โ€œSetiap agensi tidak boleh bergerak secara berasingan dari segi komunikasi. Kita memerlukan satu platform untuk menyelaras mesej supaya maklumat yang disampaikan tepat, konsisten dan tidak disalah tafsir,โ€ katanya.

Jelas beliau lagi, penubuhan CSCWG bukan sekadar melengkapkan aspek naratif operasi, sebaliknya menjadi mekanisme utama dalam memastikan setiap tindakan penguatkuasaan disokong dengan penyampaian maklumat yang jelas, berstruktur dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Bengkel CSCWG Op NAGA Bil. 1/2026 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Salawati binti Yahaya.

Terdahulu, bengkel berkenaan menghimpunkan 28 pegawai yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam dan pegawai pelaksana dari pelbagai 17 agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa CSCWG Op NAGA, menjadikan kumpulan ini sebagai teras utama dalam pengurusan komunikasi operasi tersebut.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta didedahkan kepada aspek pengurusan media, teknik penyampaian mesej serta pemahaman isu keselamatan maritim bagi memperkukuh keupayaan menyampaikan maklumat operasi secara lebih berkesan kepada umum.

Peserta turut dibahagikan kepada tiga kumpulan utama bagi membangunkan Kerangka Pelan Komunikasi Strategik melibatkan Op NAGA Barat, Op NAGA Timur Sarawak dan Op NAGA Timur Sabah.

Penganjuran Bengkel CSCWG dilihat sebagai langkah proaktif Maritim Malaysia dalam memperkukuh penyelarasan komunikasi antara agensi terlibat, sekali gus memastikan naratif Op NAGA kekal konsisten, berwibawa dan berimpak di semua platform penyampaian maklumat.

CSCWG NAGA5
 
CSCWG NAGA2
 
CSCWG NAGA6
 
CSCWG NAGA3

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEJARAH TERCIPTA, 127 KADET DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA PASKAM

PEKAN, 5 SEPTEMBER โ€“ Seramai 127 Pegawai Kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) hari ini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM selepas berjaya menamatkan latihan selama empat semester yang meliputi pembentukan disiplin, kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan.

Pentauliahan ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dilaksanakan secara bersama melibatkan tiga Universiti Awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah, di Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 49 kadet daripada UMPSA, 30 kadet daripada UMT dan 48 kadet daripada UniMAP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM.

Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi berkata, pentauliahan itu bukan sekadar menandakan kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi manifestasi kejayaan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa patriotik serta mempunyai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

"PASKAM bukan sekadar platform latihan berkawad atau aktiviti kokurikulum, sebaliknya medium membentuk mahasiswa yang memahami erti tanggungjawab, kepimpinan, kesetiaan, keberanian serta kesediaan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata, PASKAM turut berperanan memperkenalkan mahasiswa kepada dunia maritim melalui pendedahan terhadap aspek keselamatan, penguatkuasaan, kepimpinan dan tanggungjawab mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara di laut.

Sehingga kini, seramai 240 kadet aktif PASKAM berada di tiga universiti berkenaan, melibatkan 94 kadet di UMPSA, 65 kadet di UMT dan 81 kadet di UniMAP.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi pengajian tinggi menerusi PASKAM bukan sahaja memperkukuh pembangunan modal insan, malah menjadi platform melahirkan bakal pemimpin muda yang memiliki sahsiah unggul, ketahanan diri, semangat patriotisme dan kesedaran tinggi terhadap keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, penganjuran majlis secara bersama melibatkan tiga universiti awam merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan PASKAM di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 21 September 2016, PASKAM telah berkembang daripada sebuah platform latihan beruniform kepada medium pembangunan kepimpinan mahasiswa yang menekankan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan kesiapsiagaan.

"PASKAM bukan sekadar membentuk mahasiswa yang berdisiplin, malah melahirkan individu yang mampu membuat keputusan secara matang, memimpin dengan berintegriti serta sentiasa bersedia memikul tanggungjawab apabila diperlukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara UMPSA dan Maritim Malaysia sebagai satu ekosistem strategik yang menyokong pembangunan modal insan dan ilmu, termasuk menerusi penerbitan buku OP NAGA BARAT: Analisis Strategi, Ekonomi dan Pendakwaan dari Perspektif Maritim Malaysia, yang memperkukuh pemahaman berkaitan keselamatan maritim daripada perspektif strategik, ekonomi, perundangan dan penguatkuasaan.

Pentauliahan 127 Leftenan Muda PASKAM ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdisiplin, berintegriti, berwibawa serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam mendukung usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maritim negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC