08
Sel, Sep

Grid List

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

PEROLEHAN DUA BOT PEMINTAS STAR TEAM BAKAL PERKUKUH KEUPAYAAN PASUKAN KHAS APMM

KUALA TERENGGANU, 1 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan melaksanakan perolehan dua bot pemintas baharu bagi Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) hasil mesyuarat pemula (kick-off meeting) yang diadakan di Limbungan OBM Technic Sdn. Bhd., di sini, semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, perolehan aset berkenaan merupakan sebahagian daripada pelan strategik agensi dalam usaha mempermodenkan keupayaan sedia ada STAR Team bagi mendepani ancaman maritim yang semakin kompleks.

“Perolehan ini akan meningkatkan keupayaan taktikal STAR Team, mempercepatkan tindak balas di kawasan panas serta memastikan tahap keselamatan anggota sentiasa berada pada tahap optimum melalui penggunaan teknologi terkini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, turut diadakan sesi menandatangani Akuan Mesyuarat Permulaan Projek antara Maritim Malaysia dan OBM Technic Sdn. Bhd. sebagai simbolik permulaan rasmi pelaksanaan projek berkenaan.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri pegawai kanan Maritim Malaysia terdiri Komander STAR Team, Kepten Maritim Syuzefril Mat Noor, pegawai daripada Bahagian Pembangunan, Kepten Maritim Shahrizan Raman, Bahagian Perolehan, Leftenan Komander Maritim Moh Hafiz Daman Huri serta pegawai Bahagian Undang-undang, Puan Nurul Hidayah Md Radzi.

Mesyuarat pemula ini menjadi langkah awal penting dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar mengikut perancangan serta spesifikasi yang telah ditetapkan.

PEROLEHAN BOT STAR
 
PEROLEHAN BOT STAR2

SERAH TERIMA PEGAWAI MEMERINTAH KM TOK BALI DAN KM JUJUR

PASIR PUTEH, 1 APRIL – Maritim Negeri Kelantan hari ini melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) Tok Bali dan Kapal Maritim (KM) Jujur, yang berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan.

Sesi serah terima tugas Pegawai Memerintah KM Tok Bali telah berlaku antara Leftenan Komander Maritim Mohd Husaimi bin Husin kepada Leftenan Maritim Alwi bin Che Hussein manakala KM Jujur, tugasan Pegawai Memerintah telah diserahkan oleh Leftenan Komander Maritim Zaid bin Abu Bakar kepada Leftenan Komander Maritim Mohd Husaimi bin Husin.

Majlis ini turut disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Kamal bin Mohamad.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Kamal bin Mohamad dalam ucapannya berkata, pertukaran kepimpinan ini merupakan satu proses lumrah dalam organisasi bagi memantapkan lagi struktur pengurusan serta menyuntik semangat baharu dalam operasi penguatkuasaan di perairan negeri.

“Majlis ini merupakan simbolik kesinambungan amanah dalam memacu kecemerlangan organisasi, khususnya melibatkan aset-aset strategik kita di Kelantan. Saya menaruh kepercayaan tinggi kepada pegawai yang baharu dilantik untuk terus memelihara kedaulatan zon maritim negara dengan penuh dedikasi,” ujar beliau.

Beliau turut menzahirkan penghargaan buat pegawai terdahulu atas jasa dan sumbangan sepanjang menggalas tanggungjawab mengetuai aset-aset tersebut dalam memastikan keselamatan komuniti maritim sentiasa terjaga.

SERAH TOK BALI
 
SERAH TOK BALI2
 
SERAH TOK BALI3
 
SERAH TOK BALI4

PENGARAH ZON MARITIM KUALA KEDAH SANTUNI STAF DAN BEKAS ANGGOTA

ALOR SETAR, 26 MAC — Prihatin terhadap kebajikan warga kerja serta menghargai jasa mereka yang pernah berkhidmat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak telah mengadakan Ziarah Kasih Aidilfitri dengan mengunjungi seorang anggota tumpangan dari Zon Maritim Bintulu dan seorang bekas anggota Zon Maritim Kuala Kedah yang telah berpencen, hari ini.

Program yang diselitkan dengan nilai kekeluargaan dan kebajikan ini adalah bertujuan menyuntik semangat anggota dengan bertanya khabar serta menyantuni anggota dan bekas anggota Maritim Malaysia, di samping mengeratkan hubungan silaturahim yang menjadi tunjang kekuatan Agensi.

Dalam suasana penuh mesra, program dimulai dengan kunjungan ke kediaman Pegawai Waran II Maritim Misnadi bin Abdul Karim, yang kini merupakan anggota tumpangan di Zon Maritim Kuala Kedah kerana masalah kesihatan.

Seterusnya, program Ziarah Kasih Aidilfitri ini diteruskan dengan berkunjung ke kediaman Bintara Muda Maritim (B) Azarudin bin Mohd Ali, bekas anggota Zon Maritim Kuala Kedah yang telah berpencen pada tahun lepas kerana masalah kesihatan.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan Zon Maritim Kuala Kedah dalam memastikan kebajikan warganya sentiasa diberi perhatian, tanpa mengira sama ada masih berkhidmat atau telah menamatkan perkhidmatan.

“Setiap anggota, sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara atau bertukar, adalah sebahagian daripada keluarga besar Zon Maritim Kuala Kedah khususnya dan Agensi ini umumnya.

“Kunjungan ini adalah tanda ingatan, penghargaan dan sokongan moral agar mereka terus bersemangat dalam meneruskan kehidupan,” katanya.

Tambah beliau lagi, Aidilfitri merupakan waktu terbaik untuk mempereratkan ukhwah dan menyemai nilai kasih sayang sesama insan, sejajar dengan semangat perayaan yang menekankan kemaafan dan kebersamaan.

Zon Maritim Kuala Kedah akan terus komited dalam melaksanakan program-program kebajikan seumpama ini sebagai usaha berterusan memperkasa kesejahteraan warga kerja serta memupuk budaya organisasi yang prihatin dan inklusif.

MISNADI2
 
MISNADI3
 
MISNADI4

LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA MARITIM NEGERI PERAK TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

TELUK INTAN, 28 MAC – Maritim Negeri Perak telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas anggota C3i, Bintara Muda Maritim Amirul Nizam bin Abdul Aziz, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 7 Februari 2026 semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas.

Kemalangan tersebut telah mengakibatkan kecederaan koyakan pada bahagian kaki kiri beliau dan telah mendapatkan rawatan lanjut serta selesai menjalani pembedahan kecil di Hospital Teluk Intan.

Lawatan kebajikan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Tan Ah Bik, bersama anggota dari Pusat Operasi Maritim Negeri Perak sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada anggota dan keluarga yang sedang diuji.

Sumbangan hasil kutipan warga Maritim Negeri Perak turut disampaikan kepada beliau sebagai usaha membantu meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan keluarga.

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam menzahirkan semangat kebersamaan, keprihatinan serta menjaga kebajikan seluruh warganya.

 

TELUK INTAN LAW2
 
TELUK INTAN LAW3

MARITIM MALAYSIA KEHILANGAN FIGURA BERJIWA BESAR

PENDANG, 26 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini kehilangan seorang anggota berpengalaman apabila Pegawai Waran I Maritim Mohd Subri Hussain, kru KM MARLIN, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.45 pagi di kediamannya di Kampung Banggol Belimbing, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada agensi.

“Allahyarham merupakan anggota yang berdedikasi tinggi dan sentiasa komited dalam setiap penugasan. Jasa serta pengorbanan beliau dalam menjaga kedaulatan perairan negara akan terus dikenang,” katanya.

Jenazah telah dimandi dan dikafankan di kediaman beliau sebelum dibawa ke Masjid Jamek Tuan Guru Haji Abdul Aziz, Pendang bagi urusan solat jenazah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan masjid berkenaan pada pukul 2.00 petang.

Istiadat pengebumian berlangsung penuh istiadat dan penghormatan terakhir, dihadiri Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Istiadat pengebumian juga dihadiri Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kedah dan Perlis , Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak dan Pegawai Memerintah KM MARLIN, Leftenan Komander Maritim Mohd Khair bin Baharom.

Selain itu seramai 25 pegawai dan anggota dari Zon Maritim Kuala Kedah dan Kuala Perlis turut hadir terlibat sebagai pengusung jenazah serta kawalan kehormatan terakhir.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada Agensi dan jasa serta pengorbanan beliau dalam menjaga kedaulatan perairan akan terus dikenang dan dihargai sepanjang zaman,” jelas Laksamana Pertama Maritim Romli.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Salmah binti Saad, 60 tahun bersama dua anak.

Sebagai penghargaan atas jasa dan bakti, Ensign Maritim Malaysia diserahkan kepada anak Allahyarham sebagai simbol penghormatan terakhir.

Dalam masa sama, Komander Maritim Noor Azreyanti turut menyampaikan sumbangan kebajikan daripada Kelab Sukan dan Kebajikan Maritim Malaysia (KESMAR), Zon Maritim Kuala Kedah beserta sumbangan peribadi daripada pegawai dan anggota Zon Maritim Kuala Kedah kepada anak Allahyarham.

PENDANG FIGURA2
 
PENDANG FIGURA3
 
PENDANG FIGURA4
 
PENDANG FIGURA5

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEJARAH TERCIPTA, 127 KADET DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA PASKAM

PEKAN, 5 SEPTEMBER – Seramai 127 Pegawai Kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) hari ini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM selepas berjaya menamatkan latihan selama empat semester yang meliputi pembentukan disiplin, kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan.

Pentauliahan ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dilaksanakan secara bersama melibatkan tiga Universiti Awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah, di Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 49 kadet daripada UMPSA, 30 kadet daripada UMT dan 48 kadet daripada UniMAP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM.

Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi berkata, pentauliahan itu bukan sekadar menandakan kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi manifestasi kejayaan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa patriotik serta mempunyai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

"PASKAM bukan sekadar platform latihan berkawad atau aktiviti kokurikulum, sebaliknya medium membentuk mahasiswa yang memahami erti tanggungjawab, kepimpinan, kesetiaan, keberanian serta kesediaan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata, PASKAM turut berperanan memperkenalkan mahasiswa kepada dunia maritim melalui pendedahan terhadap aspek keselamatan, penguatkuasaan, kepimpinan dan tanggungjawab mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara di laut.

Sehingga kini, seramai 240 kadet aktif PASKAM berada di tiga universiti berkenaan, melibatkan 94 kadet di UMPSA, 65 kadet di UMT dan 81 kadet di UniMAP.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi pengajian tinggi menerusi PASKAM bukan sahaja memperkukuh pembangunan modal insan, malah menjadi platform melahirkan bakal pemimpin muda yang memiliki sahsiah unggul, ketahanan diri, semangat patriotisme dan kesedaran tinggi terhadap keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, penganjuran majlis secara bersama melibatkan tiga universiti awam merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan PASKAM di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 21 September 2016, PASKAM telah berkembang daripada sebuah platform latihan beruniform kepada medium pembangunan kepimpinan mahasiswa yang menekankan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan kesiapsiagaan.

"PASKAM bukan sekadar membentuk mahasiswa yang berdisiplin, malah melahirkan individu yang mampu membuat keputusan secara matang, memimpin dengan berintegriti serta sentiasa bersedia memikul tanggungjawab apabila diperlukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara UMPSA dan Maritim Malaysia sebagai satu ekosistem strategik yang menyokong pembangunan modal insan dan ilmu, termasuk menerusi penerbitan buku OP NAGA BARAT: Analisis Strategi, Ekonomi dan Pendakwaan dari Perspektif Maritim Malaysia, yang memperkukuh pemahaman berkaitan keselamatan maritim daripada perspektif strategik, ekonomi, perundangan dan penguatkuasaan.

Pentauliahan 127 Leftenan Muda PASKAM ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdisiplin, berintegriti, berwibawa serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam mendukung usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maritim negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC