08
Sel, Sep

Grid List

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

PENINGKATAN KES KEMALANGAN JALAN RAYA LIBATKAN PENGUAT KUASA MARITIM MALAYSIA CETUS KEBIMBANGAN

PUTRAJAYA, 1 MEI – Peningkatan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sejak kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan serius pengurusan tertinggi terhadap aspek keselamatan warganya.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah menegaskan, semua warga agensi perlu mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya, khususnya semasa berulang-alik ke tempat bertugas.

Menurut beliau, peningkatan kemalangan bukan sahaja melibatkan kecederaan, malah turut meragut nyawa dalam kalangan anggota, sekali gus memberi kesan besar kepada operasi dan kebajikan warga agensi.

Kebimbangan itu dizahirkan selepas beliau mengadakan lawatan kebajikan ke atas Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Fairusnizam Abdul Razak di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah semalam.

Mohd Fairusnizam sebelum ini terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 15 April lalu dan menerima rawatan awal di Hospital Banting sebelum dipindahkan ke HSAAS untuk rawatan lanjut oleh pakar ortopedik.

Beliau dijangka menjalani pembedahan ketiga minggu hadapan bagi merawat kecederaan serius pada tangan dan lengan kanan.

Dalam perkembangan sama, Mohd Zawawi turut mendoakan agar Mohd Fairusnizam diberikan kesembuhan dan kekuatan, selain berharap segala urusan beliau dipermudahkan dalam tempoh pemulihan ini.

ZIARAH MOTOR
 
ZIARAH MOTOR2

OPERATIF STAR TEAM LULUS KURSUS SELAM KOMANDO, PERKUKUH KEUPAYAAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

IPOH, 30 APRIL– Seorang operatif Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menamatkan Kursus Selam Taktikal dan Teknikal OCBA 69 Komando Siri 1/2026 baru-baru ini.

Komander Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), Kepten Maritim Syuzefril bin Mat Noor berkata, penyertaan dalam kursus berintensiti tinggi itu memberi pendedahan menyeluruh kepada anggota dalam aspek taktikal dan teknikal selaman tempur.

Menurut beliau, kursus selama sebulan bermula 30 Mac hingga 29 April 2026 itu dilaksanakan melalui dua fasa latihan utama dengan penekanan kepada kesiapsiagaan operasi sebenar.

Fasa pertama berlangsung di Kompleks Selam Taktikal Kem Sultan Nazrin Shah, Ulu Kinta yang memberi fokus kepada latihan asas termasuk teori selam tempur skuba, fizik, perubatan asas, pengendalian peralatan serta teknik penyahmampatan bagi selam skuba litar terbuka.

Peserta kemudiannya meneruskan latihan fasa kedua di perairan Pulau Perhentian, Terengganu bermula 9 April lalu yang menuntut penguasaan kemahiran taktikal dalam persekitaran laut terbuka.

“Antara latihan dilaksanakan termasuk pergerakan taktikal, penyusupan, risikan, operasi search and recovery, VBSS (Visit, Boarding, Search and Seizure), boat casting, helo casting serta teknik tempur dalam air,” jelas beliau.

Lebih mencabar, peserta turut menjalani selaman sehingga kedalaman 150 kaki dalam keadaan air keruh selain melaksanakan tugasan berdasarkan laluan yang ditetapkan di bawah pemantauan jurulatih bertauliah.

Setiap kumpulan yang terdiri daripada enam hingga lapan peserta dikendalikan tiga jurulatih bagi memastikan latihan berjalan selamat dan berkesan.

Beliau berkata, penyertaan julung kali STAR Team dalam kursus kendalian 69 Komando itu turut memperkukuh hubungan strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Maritim Malaysia.

“Latihan ini penting dalam melahirkan anggota yang kompeten, berkemahiran tinggi dan bersedia untuk menyokong keupayaan operasi selam taktikal serta teknikal negara,” katanya.

Usaha berterusan ini menzahirkan komitmen Maritim Malaysia dalam memperkasakan keupayaan operasi selam taktikal dan teknikal, sekali gus memastikan operatif STAR Team sentiasa berada pada tahap tertinggi dalam menghadapi sebarang cabaran keselamatan maritim negara.

KOMANDO STAR
 
KOMANDO STAR2
 
KOMANDO STAR3
 
KOMANDO STAR5

KENAIKAN PANGKAT PERKUKUH KEPIMPINAN OPERASI APMM, PACU PRESTASI PENGUATKUASAAN MARITIM

PUTRAJAYA, 30 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh barisan kepimpinan operasinya apabila seramai 11 pegawai diraikan dalam Majlis Pemakaian Pangkat yang berlangsung di Auditorium Seri Samudera, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, pagi tadi.

Kesemua pegawai berkenaan dinaikkan pangkat daripada Leftenan Madya Maritim kepada Leftenan Maritim, sekali gus mencerminkan pengiktirafan terhadap komitmen, kecekapan serta sumbangan mereka dalam memperkasa pelaksanaan operasi penguatkuasaan maritim negara.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah serta Pengarah-pengarah Bahagian dan pegawai kanan agensi.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa setiap kenaikan pangkat membawa amanah yang lebih besar dalam memastikan keupayaan operasi sentiasa berada pada tahap tertinggi.

“Kenaikan pangkat ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi merupakan amanah besar untuk terus memperkukuh keupayaan operasi dan memastikan setiap penugasan dilaksanakan dengan penuh integriti, profesionalisme, berimpak tinggi serta berkesan,” katanya.

Berikut ialah senarai pegawai yang menerima kenaikan pangkat:

Leftenan Maritim Muhammad Taufiq Bin Abu Bakar

Leftenan Maritim Wan Abu Bakar Bin Hussain

Leftenan Maritim Mohd Hafizi Bin Mhd Akhir

Leftenan Maritim Syahrul Hisham Azli Putera Bin Hamzah

Leftenan Maritim Mohammad Afiq Bin Razali

Leftenan Maritim Nurul Nadia Binti Jamaluddin

Leftenan Maritim Muhammad Jamalullail Bin Mohamed Johari

Leftenan Maritim Mohd Amirul Aizzad Bin Hamdan

Leftenan Maritim Salman Bin Sahiful Bahari

Leftenan Maritim Hafriz Bin Samad

Leftenan Maritim Wan Mohd Zul Husmi Bin Wan Husin

Kenaikan pangkat ini dijangka terus memperkasa kesiapsiagaan operasi serta meningkatkan kecekapan penyelarasan aset dan anggota di lapangan, selaras dengan peranan Maritim Malaysia sebagai penguat kuasa dan benteng keselamatan di perairan negara. Syabas dan tahniah!

NAIK PANGKAT
 
NAIK PANGKAT2
 
NAIK PANGKAT3
 
NAIK PANGKAT5

MARITIM MALAYSIA REALISASIKAN PROGRAM ZIARAH KOMUNITI PESISIR SANDAKAN

SANDAKAN, 29 APRIL – Komitmen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menyokong agenda kerajaan terus dizahirkan apabila Zon Maritim Sandakan membantu membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan ke lokasi Program Ziarah Kasih MADANI di kawasan pesisir Sandakan, semalam.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Ahmad Firdaus Shaari berkata, penggunaan aset laut Maritim Malaysia membuktikan kesiapsiagaan agensi dalam memastikan pergerakan delegasi kerajaan ke kawasan pulau dan pesisir berjalan lancar serta selamat.

“Maritim Malaysia bukan sahaja berperanan dalam penguatkuasaan undang-undang di laut, malah sentiasa bersedia menyokong keperluan logistik dan keselamatan bagi menjayakan agenda kerajaan khususnya di kawasan yang memerlukan akses melalui laluan laut,” katanya.

Terdahulu, ketibaan YB YB Senator Dr. Zulkifli Hasan di Zon Maritim Sandakan disambut oleh Ahmad Firdaus bersama pegawai dan anggota sebelum lawatan dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Setempat serta sesi menandatangani buku pelawat.

Delegasi kemudiannya menghadiri sesi ramah mesra bersama pengurusan Zon Maritim Sandakan dan mendengar taklimat keselamatan sebelum menaiki aset laut Maritim Malaysia untuk bergerak ke lokasi program.

Zon Maritim Sandakan turut melaksanakan kawalan keselamatan sepanjang perjalanan laut dan pelaksanaan Program Ziarah Kasih MADANI yang melibatkan lawatan ke Kampung Pulau Berhala dan Kampung Tanjung Aru.

Program tersebut melibatkan komuniti setempat termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta jawatankuasa masjid, dengan pengisian seperti ucaptama YB Menteri, penyerahan sumbangan dan sesi menyantuni masyarakat.

Program diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan bersama penduduk kampung.

Ahmad Firdaus menegaskan, akan terus memastikan keselamatan perairan sentiasa terpelihara di samping memperkukuh peranan sebagai agensi barisan hadapan yang menyokong kelancaran pelaksanaan program kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

MENTERI AGAMA2
 
MENTERI AGAMA4
 
MENTERI AGAMA5
 
MENTERI AGAMA

MARITIM MALAYSIA RAKAM PENGHARGAAN, KERAJAAN TINGKAT KESIAPSIAGAAN ASET

GEBENG, 28 APRIL – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas usaha berterusan dalam meningkatkan keperluan aset agensi ini bagi memperkukuh keselamatan perairan negara.

Beliau berkata, sokongan berkenaan merupakan satu keperluan penting dalam memastikan Maritim Malaysia sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi, khususnya dalam mendepani pelbagai cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

“Usaha Kerajaan amat signifikan kepada Maritim Malaysia dalam meningkatkan kesiapsiagaan aset, sekali gus memperkukuh keupayaan operasi bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Program Jelajah Wira MADANI yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Akademik Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), di sini hari ini.

Terdahulu, YB Datuk Seri Saifuddin menegaskan, komitmen Kerajaan dalam memperkasa keupayaan Maritim Malaysia melalui penambahan aset strategik dan sokongan berterusan.

Menurut beliau, peningkatan aset tersebut melibatkan perolehan dua buah kapal mothership, empat buah helikopter jenis AW189, sebuah sistem radar, sebuah kapal ExUSCG Cutter Steadfast serta bot pemintas yang akan memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan maritim negara.

Dalam perkembangan sama, Datuk Haji Mohd Rosli berkata, penambahan aset secara berfasa melalui pelan strategik jangka panjang akan memastikan Maritim Malaysia kekal relevan dan bersedia menghadapi sebarang ancaman di perairan negara.

Katanya lagi, dengan sokongan padu Kerajaan, Maritim Malaysia akan terus komited melaksanakan tanggungjawab sebagai benteng utama pertahanan maritim negara demi kepentingan rakyat dan kedaulatan negara.

Dalam perkembangan sama, Program Jelajah Wira MADANI yang dianjurkan sebagai platform Maritim Malaysia mendekati komuniti, selaras aspirasi Kerajaan untuk menyantuni rakyat secara langsung.

Tambah beliau, program ini juga sebagai manifestasi penghargaan Kerajaan MADANI terhadap wira-wira Maritim Malaysia yang telah bersara dalam perkhidmatan.

Bagi tujuan tersebut, seramai 12 orang veteran Maritim Malaysia telah menerima plak penghargaan daripada Datuk Seri Saifuddin.

Terdahulu beliau turut berkesudian menyampaikan sumbangan khas kepada 20 anak-anak yatim sebagai keprihatinan Maritim Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan.

Program tersebut berjaya menghimpunkan kira-kira 3,000 peserta terdiri daripada warga agensi, pesara, ahli keluarga serta komuniti setempat, sekali gus mencerminkan keakraban hubungan antara Maritim Malaysia dan rakyat.

Untuk rekod, program ini merupakan penganjuran kali kedua selepas edisi pertama dilaksanakan di Sandakan pada 27 September 2025.

MDN AMSAS2
 
MDN AMSAS3
 
MDN AMSAS4
 
MDN AMSAS5

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEJARAH TERCIPTA, 127 KADET DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA PASKAM

PEKAN, 5 SEPTEMBER – Seramai 127 Pegawai Kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) hari ini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM selepas berjaya menamatkan latihan selama empat semester yang meliputi pembentukan disiplin, kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan.

Pentauliahan ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dilaksanakan secara bersama melibatkan tiga Universiti Awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah, di Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 49 kadet daripada UMPSA, 30 kadet daripada UMT dan 48 kadet daripada UniMAP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM.

Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi berkata, pentauliahan itu bukan sekadar menandakan kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi manifestasi kejayaan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa patriotik serta mempunyai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

"PASKAM bukan sekadar platform latihan berkawad atau aktiviti kokurikulum, sebaliknya medium membentuk mahasiswa yang memahami erti tanggungjawab, kepimpinan, kesetiaan, keberanian serta kesediaan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata, PASKAM turut berperanan memperkenalkan mahasiswa kepada dunia maritim melalui pendedahan terhadap aspek keselamatan, penguatkuasaan, kepimpinan dan tanggungjawab mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara di laut.

Sehingga kini, seramai 240 kadet aktif PASKAM berada di tiga universiti berkenaan, melibatkan 94 kadet di UMPSA, 65 kadet di UMT dan 81 kadet di UniMAP.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi pengajian tinggi menerusi PASKAM bukan sahaja memperkukuh pembangunan modal insan, malah menjadi platform melahirkan bakal pemimpin muda yang memiliki sahsiah unggul, ketahanan diri, semangat patriotisme dan kesedaran tinggi terhadap keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, penganjuran majlis secara bersama melibatkan tiga universiti awam merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan PASKAM di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 21 September 2016, PASKAM telah berkembang daripada sebuah platform latihan beruniform kepada medium pembangunan kepimpinan mahasiswa yang menekankan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan kesiapsiagaan.

"PASKAM bukan sekadar membentuk mahasiswa yang berdisiplin, malah melahirkan individu yang mampu membuat keputusan secara matang, memimpin dengan berintegriti serta sentiasa bersedia memikul tanggungjawab apabila diperlukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara UMPSA dan Maritim Malaysia sebagai satu ekosistem strategik yang menyokong pembangunan modal insan dan ilmu, termasuk menerusi penerbitan buku OP NAGA BARAT: Analisis Strategi, Ekonomi dan Pendakwaan dari Perspektif Maritim Malaysia, yang memperkukuh pemahaman berkaitan keselamatan maritim daripada perspektif strategik, ekonomi, perundangan dan penguatkuasaan.

Pentauliahan 127 Leftenan Muda PASKAM ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdisiplin, berintegriti, berwibawa serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam mendukung usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maritim negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC