KUALA KEDAH, 21 JANUARI – Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja ke bangunan Marina Harbour milik Zon Maritim Kuala Kedah, pagi semalam.
Lawatan berkenaan memberi tumpuan kepada penilaian menyeluruh aspek infrastruktur bangunan bagi memastikan kemudahan tersebut dapat dioperasikan sepenuhnya selaras dengan keperluan keselamatan serta sokongan operasi semasa dan akan datang.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, penilaian itu penting bagi mengenal pasti keperluan penambahbaikan, khususnya melibatkan keselamatan bangunan dan kecekapan fungsi operasi.
Ketibaan Datuk Saiful Lizan disambut dengan Istiadat Kawalan Kehormatan Setempat sebelum diiringi Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, Pengarah Bahagian Pembangunan, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki, Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Kedah dan Perlis, En. Azlan bin Yahaya, serta barisan pegawai kanan dan anggota Zon Maritim Kuala Kedah.
Terdahulu program lawatan dimulakan dengan sesi menandatangani buku pelawat. Majlis diikuti taklimat terperinci mengenai cadangan pembaikan bangunan dengan penekanan terhadap pematuhan standard keselamatan.
Komander Maritim Noor Azreyanti dalam pada itu turut berkata, lawatan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan tertinggi Maritim Malaysia dalam memastikan kesiapsiagaan infrastruktur dan kelancaran pengoperasian demi menyokong tugas penguatkuasaan maritim negara. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi fotografi bersama pegawai dan anggota yang terlibat.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

