09
Rab, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MARITIM MALAYSIA DAN PDRM BERGANDING BAHU KUKUHKAN NARATIF KOMUNIKASI STRATEGIK OP NAGA KEPADA MASYARAKAT

KUALA LUMPUR, 22 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh peranan strategiknya dalam keselamatan perairan negara apabila Unit Komunikasi Korporat (UKK) Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengadakan kunjung hormat ke atas UKK Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, pagi tadi.

Pengarah UKK Maritim Malaysia, Puan Salawati binti Yahaya berkata, kunjung hormat ini menjadi platform penting dalam memperkasakan hubungan strategik antara dua agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), khususnya dalam aspek komunikasi strategik dan penyampaian maklumat kepada masyarakat awam, selari dengan keperluan keselamatan semasa yang semakin mencabar.

Beliau turut berkata, fokus pertemuan ini adalah bagi membincangkan usaha bersepadu dan perancangan dalam menyampaikan mesej secara lebih jelas, berkesan dan bersepadu berkaitan OP NAGA kepada masyarakat.

“Pendekatan ini dilihat penting dalam meningkatkan kefahaman awam, membina kepercayaan rakyat serta menyokong kejayaan operasi penguatkuasaan di perairan negara,” tambah beliau.

Delegasi Maritim Malaysia yang diketuai oleh beliau, turut dihadiri Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan, Encik Mohd Amir Khusairi bin Harun, Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Cik Nasiha Yahaya, serta beberapa pegawai UKK Maritim Malaysia.

Manakala pihak PDRM diwakili oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Sallehudin, Supt. Komunikasi Korporat, Supt. Abd Rashid bin Abu Bakar, Wakil PDRM - Pasukan Gerakan Udara (PGU) ISP Khairul Hisham bin Midin, Wakil PDRM - Pasukan Polis Marin (PPM), ASP Muhammad Saffuan Fahkururazi bin Shohimi dan pegawai kanan PDRM.

Melalui pertemuan ini, Maritim Malaysia menzahirkan komitmen berterusan untuk menerajui komunikasi yang lebih tersusun, proaktif dan berimpak bagi pelaksanaan OP NAGA ini.

“Kerjasama strategik ini juga dijangka dapat memperkukuh penyelarasan naratif keselamatan antara agensi, seterusnya menyokong agenda keselamatan nasional secara holistik,” jelas beliau lagi.

Maritim Malaysia yakin sinergi komunikasi dengan PDRM ini akan menjadi pemangkin kepada penyampaian maklumat keselamatan yang lebih berkesan kepada rakyat, selain meningkatkan kesedaran awam dan menyokong kejayaan operasi penguatkuasaan demi keselamatan serta kesejahteraan negara.

OP NAGA PDRM5
 
OP NAGA PDRM11
 
OP NAGA PDRM2
 
OP NAGA PDRM10

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC