PUTRAJAYA, 9 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dijangka mencatat lonjakan peruntukan tertinggi dalam sejarah penubuhannya apabila kerajaan meluluskan sebanyak RM2.29 bilion bagi tahun 2026, sekali gus meletakkan keselamatan perairan negara sebagai keutamaan strategik nasional.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah berkata, peruntukan itu merangkumi RM1.09 bilion Belanja Mengurus (OE) dan RM1.2 bilion Belanja Pembangunan (DE) bagi memastikan kesiapsiagaan operasi, pemodenan aset serta keupayaan penguatkuasaan sentiasa berada pada tahap optimum dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.
Datuk Haji Mohd Rosli turut berkata, peruntukan pembangunan bagi tahun 2026 menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 101.43 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi utama keselamatan maritim negara di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Tumpuan pada tahun 2026 adalah kepada perolehan aset strategik, pembangunan infrastruktur serta penerapan teknologi moden supaya kehadiran Maritim Malaysia di perairan negara dirasai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Amanat Tahun Baharu 2026 Maritim Malaysia, di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Haji Nor Hisham Ibrahim, Pemangku Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, Pengarah-Pengarah Bahagian serta Pengarah- Pengarah Maritim Negeri.
Terdahulu dalam ucapannya, Datuk Haji Mohd Rosli turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Maritim Malaysia atas pencapaian penguatkuasaan sepanjang 2025 apabila agensi ini merekodkan nilai rampasan berjumlah RM102.9 juta hasil daripada 248,058 pemeriksaan, melibatkan 1,124 kes tangkapan dan rampasan bagi pelbagai kesalahan undang-undang maritim bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun 2025.
Bagi operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT), beliau memaklumkan Maritim Malaysia telah mengendalikan 255 kes insiden di laut dengan 1,765 nyawa berjaya diselamatkan, selain nilai harta benda yang diselamatkan dianggarkan mencecah RM1.8 bilion.
Mengulas lanjut hala tuju 2026, beliau berkata, KDN telah menetapkan sasaran hari operasi di laut ditingkatkan kepada 280 hari berbanding 250 hari pada 2025, selari dengan keperluan memperkukuh kehadiran berterusan Agensi ini di perairan negara.
Selain itu, fokus 2026 turut terarah kepada perolehan pesawat Maritime Surveillance Aircraft (MSA), pelan penggantian kenderaan operasi serta pembinaan dan naik taraf kompleks serta jeti maritim di lokasi strategik.
“Saya turut ingin memaklumkan, projek kapal Multi Purpose Mission Ship (MPMS) pertama kini mencapai kemajuan 58.3 peratus, mendahului jadual asal dan dijangka siap sepenuhnya pada 2027, manakala perolehan empat helikopter Medium Lift AW189 mencatat kemajuan 44.66 peratus dengan penerimaan pesawat pertama dijangka pada Julai 2026,” tambah beliau.
Datuk Haji Mohd Rosli dalam pada itu menegaskan, Maritim Malaysia akan terus mengamalkan Whole-of-Government melalui kerjasama bersepadu bersama agensi di bawah KDN, termasuk perkongsian maklumat risikan dan operasi bersama, bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan demi keselamatan perairan, kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Beliau turut mengingatkan kepada semua pegawai dan anggota agar menjalankan tugas dengan amanah dan penuh berintegriti di samping mengamalkan tatakelola yang ditetapkan agar nama baik Agensi ini sentiasa dihormati dan disegani.
Pada majlis yang sama, Datuk Haji Mohd Rosli turut berkesudian menyampaikan pingat Dua Dekad Perkhidmatan kepada wakil Ibu Pejabat dan Maritim Negeri.
Turut disampaikan buat pertama kali, Cenderamata Eksklusif daripada Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) berupa sekaki payung sebagai tanda penghargaan setiap ahli dalam memberikan sumbangan kepada aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun lalu.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

