11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MARITIM PAHANG TEROKA TEKNOLOGI AI, PERKASA OPERASI MARITIM ERA DIGITAL

KUANTAN, 7 April – Selangkah lebih ke hadapan dalam era pendigitalan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang mengambil inisiatif menganjurkan Program Taklimat Pengenalan Artificial Intelligence (AI) bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi penguatkuasaan maritime di negeri ini.

Bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang pagi tadi, program itu disertai oleh pegawai dan anggota pelbagai peringkat, dengan objektif memberi pendedahan awal mengenai konsep, potensi serta aplikasi teknologi AI dalam konteks tugas harian khususnya dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan maritim.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penganjuran program ini adalah selaras dengan aspirasi Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang mahu melihat warga Maritim Malaysia bersedia dan celik teknologi dalam mendepani cabaran operasi masa kini.

“Warga kerja Maritim perlu memahami dan menyesuaikan diri dengan arus kemajuan teknologi seperti AI, bukan sekadar untuk meningkatkan produktiviti harian, tetapi juga bagi menambah kecekapan dalam menangani pelbagai cabaran di laut,” tegas beliau.

Taklimat telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Komputeran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Ts. Dr. Anis Farihan binti Mat Raffei, yang mengupas secara komprehensif mengenai aplikasi AI dalam tugasan seharian seperti pengurusan dokumen, penulisan, pemfailan serta analisis data.

Antara topik menarik yang dibincangkan termasuk penggunaan AI dalam industri maritim, potensi AI meningkatkan keselamatan laut, serta cabaran etika yang perlu diberi perhatian dalam penggunaan teknologi pintar ini.

Program ini dilihat sebagai pemangkin kepada transformasi digital Maritim Malaysia, seiring aspirasi negara dalam membina sektor keselamatan yang lebih efisien, responsif dan berdaya saing di perairan negara.

Untuk rekod, Maritim Malaysia adalah satu daripada empat agensi yang dipilih di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai perintis dalam menerokai teknologi AI bagi memberikan perkhidmatan yang lebih cekap.

 

WhatsApp Image 2025 04 07 at 2.46.13 PM
 
WhatsApp Image 2025 04 07 at 2.46.14 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 04 07 at 2.46.13 PM 1

MARITIM MALAYSIA LAKSANA PREVENTIVE SAR DI LANGKAWI

LANGKAWI, 7 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melaksanakan Operasi Preventive Search and Rescue (Preventive SAR) di perairan Langkawi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, program ini diadakan adalah bagi memupuk kesedaran keselamatan dalam kalangan komuniti maritim serta kesiapsiagaan menghadapi sebarang kecemasan di laut.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti hebahan maklumat kecemasan melalui talian kecemasan 999 bagi memastikan orang awam mengetahui saluran bantuan yang betul ketika kecemasan di laut dan penampalan stiker dan edaran risalah keselamatan maritim kepada pengusaha dan pengguna bot bagi meningkatkan kesedaran keselamatan.

“Penggunaan Personal Locator Beacon (PLB) pada bot yang diusahakan adalah perlu dalam usaha mengesan lokasi mangsa sekiranya berlaku insiden kecemasan dan diingatkan bahawa semua penumpang dan kru bot wajib memakai jaket keselamatan sepanjang berada diatas bot," tambahnya.

Selain itu, pemeriksaan ke atas peti pertolongan cemas dan peralatan kecemasan di atas bot juga turut dilakukan bagi memastikan kelengkapan berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan.

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam memastikan keselamatan komuniti maritim dan menyeru orang ramai agar sentiasa peka terhadap aspek keselamatan ketika berada di laut dan sentiasa merujuk kepada ramalan cuaca semasa ketika hendak keluar ke laut.

Sekiranya terdapat sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai diminta melaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di talian 04-9662750 untuk tindakan segera.

 

PREVENTIVE LANGKAWI2
 
PREVENTIVE LANGKAWI3
 
PREVENTIVE LANGKAWI4

SUMS SANTUNI WARGA DALAM IFTAR DAN MOREH

SUBANG, 21 MAC – Dalam semangat menghayati keberkatan Ramadan, Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Moreh bersama warga serta keluarga mereka dalam suasana penuh keakraban di Perkarangan Hangar SUMS, baru-baru ini.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, yang bersama-sama meraikan kemuliaan bulan mulia ini dengan pegawai serta anggota SUMS.

Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan berkata, penganjuran majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk berbuka puasa bersama tetapi juga sebagai platform untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga SUMS.

“Melalui majlis seperti ini, saya berharap ukhuwah antara semua warga SUMS terus diperkukuh dan diberkati, selari dengan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam bulan Ramadan,” katanya.

Selain menikmati juadah berbuka puasa bersama, para hadirin turut disajikan dengan sesi tazkirah oleh Ustaz Mohd Syobah bin Abdullah yang menyentuh mengenai keistimewaan Ramadan serta amalan yang boleh dipertingkatkan sepanjang bulan ini.

Majlis kemudian diteruskan dengan solat fardhu Maghrib dan fardhu Isyak serta solat Tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Leftenan Madya Maritim Mohd Nazrin bin Mohamad.

Penganjuran majlis ini mencerminkan semangat kebersamaan serta nilai berkongsi rezeki dalam kalangan warga SUMS, sejajar dengan semangat Ramadan yang menekankan perpaduan dan keikhlasan dalam memberi.

 

TKPO SUMS
 
TKPO SUMS2
 
TKPO SUMS5
 
TKPO SUMS3

MENTERI BESAR PAHANG TINJAU OPERASI OP KHAS PAGAR LAUT SEMPENA MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI

KUANTAN, 26 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Pahang sedang melaksanakan operasi OP KHAS PAGAR LAUT Bil 1/2025 bagi membanteras jenayah rentas sempadan dan pencerobohan terutamanya di perairan Pahang menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Operasi ini telah diaktifkan bermula pada 10 Mac hingga 18 April 2025 melibatkan empat fasa utama iaitu pengumpulan maklumat dan kesiapsiagaan aset, penguatkuasaan sebelum dan selepas perayaan serta pemantauan berterusan melalui Post Exercise Debrief (PXD).

YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail memaklumkan, sepanjang lima tahun pelaksanaan operasi ini pada tahun 2020 hingga 2024, Maritim Negeri Pahang berjaya menumpaskan 18 kes termasuk jenayah maritim dengan nilai rampasan hampir RM650 ribu.

Dengan 10 aset iaitu 5 buah bot dan 5 buah kapal serta kekuatan lebih 260 anggota telah digerakkan sepanjang operasi ini.

Pada masa yang sama Maritim Negeri Pahang juga bersiap siaga untuk Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) bagi memastikan kesejahteraan rakyat di seluruh perairan Pahang.

Operasi ini adalah bukti komitmen dan kesiapsiagaan anggota Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara daripada sebarang ancaman dan aktiviti haram seperti penyeludupan, pencerobohan nelayan asing dan kegiatan jenayah maritim lain yang boleh mengancam keselamatan dan ekonomi negara.

Walaupun berdepan dengan risiko yang tinggi, mereka tetap teguh menjalankan tugas demi kepentingan negara dan rakyat. Keberanian dan pengorbanan mereka patut dihargai oleh semua pihak.

Turut hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Logistik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab, Ahli Jawatankuasa Keselamatan Negeri serta wakil Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Pahang.

Maritim Negeri Pahang akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan di laut terutamanya di musim perayaan bagi memastikan sebarang kesalahan dan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras agar perairan Pahang sentiasa selamat, aman dan terkawal.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

MB PAHANG LAWAT2
 
MB PAHANG LAWAT3
 
MB PAHANG LAWAT4
 
MB PAHANG LAWAT5

 

PROGRAM IFTAR JAMA’I MARITIM NEGERI TERENGGANU ERAT SILATURAHIM DAN SEMARAKKAN RAMADAN

KUALA TERENGGANU, 20 MAC – Maritim Negeri Terengganu menganjurkan Program Iftar Jama’i sebagai wadah memperkukuhkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat Ramadan. Program ini berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu dengan kehadiran kepimpinan tertinggi Maritim Malaysia, pegawai, anggota, serta keluarga mereka.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Bin Ibrahim; Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Nurul Hizam Bin Zakaria; Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Bin Jusoh, Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan Bin Harun, Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Ab Majid, Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi serta beberapa pegawai kanan Maritim Malaysia.

Antara pengisian utama program ini ialah Majlis Khatam Al-Quran melibatkan 40 peserta tadarus yang telah menyempurnakan bacaan sepanjang bulan Ramadan.

Dalam ucapannya, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim menekankan kepentingan memperkukuhkan nilai spiritual dalam kalangan warga Maritim.

"Ramadan bukan hanya bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga peluang untuk kita meningkatkan amalan, memperkukuh silaturahim, dan menyemai nilai kebersamaan. Program seperti ini membuktikan semangat kekeluargaan yang erat dalam Maritim Malaysia," katanya.

Turut diadakan penyampaian cenderamata kepada peserta tadarus, sumbangan buat pelajar mualaf dari Pusat Bimbingan Saudara Kita, Kompleks Darul Hidayah MAIDAM, serta penyampaian Bingkisan Raya kepada semua petugas semasa Syawal sebagai tanda penghargaan.

Program disusuli dengan iftar jama’i yang dihadiri oleh warga Maritim Negeri Terengganu, anggota RELA bertugas, serta pekerja kontrak pembersihan Ibupejabat Maritim Negeri Terengganu bersama keluarga masing-masing.

Semoga keberkatan Ramadan ini terus menguatkan semangat kebersamaan dalam Maritim Malaysia.

 

 IFTAR TRG
 
IFTAR TRG4
 
IFTAR TRG3

 

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC