11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) MARITIM MALAYSIA 2025

KUANTAN, 12 FEBRUARI – Program Transformasi Minda (PTM) Maritim Malaysia Tahun 2025 telah diadakan selama lima hari bermula pada 3 hingga 7 Februari 2025 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Program ini diadakan adalah sebagai salah satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi yang terkandung di dalam Pekeliling Pekhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi penerangan terhadap perkara-perkara penting sebagai seorang anggota dalam perkhidmatan awam di samping merapatkan hubungan silahturahim di antara satu sama lain.

Seramai 272 orang peserta telah menyertai program ini terdiri daripada 68 Pelatih Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Maritim, 186 Laskar Kelas II Maritim dan 18 Pegawai Gunasama APMM dari Kumpulan Pelaksana, serta dibantu oleh dua belas fasilitator.

Modul dan pengisian program yang disediakan untuk kursus ini memfokuskan kepada tiga segmen utama iaitu: Negara dan Perkhidmatan Awam, Tanggungjawab dan Peranan Pegawai dan Budaya Kerja Kelas Pertama.

Pengisian dalam segmen-segmen ini dipilih sebagai elemen wajib dan sememangnya signifikan bagi setiap penjawat awam selain menjadi pendedahan awal untuk menyesuaikan diri di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan.

Dalam masa yang sama, program ini juga menampilkan barisan penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing bagi berkongsi ilmu serta maklumat yang sewajarnya.

Terdahulu, bertempat di Dewan Noor Aziz, AMSAS pada 6 Februari, satu Malam Gala yang merupakan acara kemuncak Program Transformasi Minda APMM tahun 2025 ini telah diadakan.

Turut hadir pada malam tersebut adalah Pengarah Sumber Manusia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam, Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun, Ketua Kluster Pengajian dan Pembangunan Operasi Maritim, AMSAS, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang dan Puan Siti Hajar binti Sulaiman selaku juri jemputan.

Pada hari berikutnya, Majlis Perasmian Penutupan telah diadakan yang disempurnakan oleh Pengarah Sumber Manusia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan urus setia, barisan fasilitator serta semua peserta.

 

PTM 25 6
 
PTM 25 3
 
PTM 25 9
 
PTM 25 10
Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC