11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

HUT-20 | MAJLIS APRESIASI BERSAMA MENTERI DALAM NEGERI

GEORGETOWN, 14 FEBRUARI – Bersempena Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail hadir bagi memberi apresiasi kepada Maritim Malaysia dalam satu majlis makan malam yang diadakan bersederhana di Bora Bora Georgetown petang tadi.

Ketibaan menteri diiringi Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah bersama Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Menerusi majlis itu, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, kejayaan yang dikecapi sepanjang 20 tahun usia penubuhan Maritim Malaysia, adalah terletak kepada kecemerlangan keseluruhan warga terutamanya kepimpinan Agensi. Ia juga merupakan hasil daripada tunggak kepimpinan terawal yang telah menerajui Maritim Malaysia sehingga berada di tahap yang boleh dibanggakan.

Tambahnya lagi, "fungsi dan peranan Maritim Malaysia selaku Malaysia Coast Guard sememangnya diiktiraf dunia dan ini saya akuinya ketika mana saya menghadiri persidangan keselamatan di peringkat antarabangsa, Maritim Malaysia sentiasa disebut oleh rakan-rakan strategik antarabangsa kerana peranannya menjaga keselamatan perairan negara".

Apresiasi dan penghargaan juga turut diberikan Menteri Dalam Negeri kepada Mantan - Mantan Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang turut hadir menyerikan majlis.

Gelaran hormat diberikan kepada Mantan Ketua Pengarah Pertama, Laksamana Maritim Dato' Mohammad bin Nik (Bersara) sebagai Nahkoda Haluan APMM, diikuti dengan Mantan Ketua Pengarah Ketiga, Laksamana Maritim Dato' Sri Ahmad Puzi bin Haji Ab Kahar (Bersara) selaku Nahkoda Kesiagaan APMM serta Mantan Ketua Pengarah Keempat, Laksamana Maritim Dato' Sri Zulkifili bin Abu Bakar sebagai Nahkoda Pembangunan APMM.

Turut hadir sama menyerikan majlis ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Yang Berbahagia Datuk Awang Alik bin Jeman, Barisan Pengurusan Tertinggi KDN , Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri serta Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah Maritim Negeri seluruh negara.

 

MDN APRESIASI
 
MDN APRESIASI2
 
MDN APRESIASI3
 
MDN APRESIASI5

HUT-20 | HARI ‘OPEN SHIP’ ZON MARITIM MIRI

MIRI, 14 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menganjurkan Hari 'Open Ship' bertempat di Kompleks Zon Maritim Miri, Pulau Melayu siang tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, program ini diadakan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Dua Dekad Maritim Malaysia bertemakan 'Dua Dekad Maritim Malaysia, Perisai Samudera Negara'.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat terutamanya komuniti maritim di sekitar Miri, mengenai fungsi Maritim Malaysia serta mempamerkan aset yang beroperasi di Zon Maritim Miri.

Tarikan utama dalam program ini merupakan persembahan demonstrasi pasukan operasi Maritim Malaysia melakukan pemeriksaan oleh tim menggeledah bot PETIR 80 ke atas 'bot suspek' di hadapan Jeti Kompleks ZM Miri yang disaksikan kira-kira 700 orang pengunjung.

Mereka juga berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki aset Maritim Malaysia menerusi aktiviti 'Bot Ride'.

Di jeti Kompleks ZM Miri turut disediakan reruai Unit Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) serta pameran kerjaya Maritim Malaysia, termasuklan pameran senjata, peralatan penyelam penyelamat dan rakan-rakan strategik.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, gerai jualan produk tempatan dan makanan.

Program melabuhkan tirai dengan cabutan bertuah, penyampaian cenderamata dan sesi bergambar sebagai tanda kenangan-kenangan.

 

OPEN SHIP MIRI
 
OPEN SHIP MIRI3
 
OPEN SHIP MIRI4
 
OPEN SHIP MIRI5

 

 

 

 

HUT – 20 | PERISAI SAMUDERA NEGARA : ZON MARITIM SEMPORNA RAPATKAN BARISAN DI BUKIT PERAPAT

SEMPORNA, 14 FEBRUARI – Anggota Zon Maritim Semporna telah melaksanakan ekspedisi mendaki Bukit Parapat, Semporna sempena sambutan Hari Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang ke-20 pada tahun ini.

Ekspedisi yang dijalankan baru-baru ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Semporna, Leftenan Maritim Muhammad Haris bin Azmi.

Haris berkata, ekspedisi ini adalah salah satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara anggota dan pada masa yang sama menyemarakkan lagi semangat juang dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Tambah beliau lagi, mereka berharap melalui aktiviti ini, anggota Zon Maritim Semporna dapat memperkukuhkan lagi semangat berpasukan dan setiakawan yang merupakan elemen penting dalam memastikan keberkesanan operasi dan tugas-tugas yang dijalankan oleh Maritim Malaysia.

Ekspedisi pendakian Bukit Parapat ini telah berjalan dengan lancar dan semua peserta telah berjaya mencapai puncak dengan selamat.

 

SEMPORNA PERAPAT
 
SEMPORNA PERAPAT3
 
SEMPORNA PERAPAT4

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIRI MAJLIS PERJUMPAAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERSAMA-SAMA PEGAWAI PENGURUSAN TERTINGGI PERKHIDMATAN AWAM

PUTRAJAYA, 14 FEBRUARI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah hadir ke Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama-Sama Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam, bertempat di Dewan Sri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya, semalam.

Dalam majlis itu, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar telah menyerahkan surat lantikan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia kepada Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia merupakan salah seorang daripada 196 pegawai yang diluluskan kenaikan pangkat serta pemangkuan dalam kalangan pegawai kanan dan pengurusan tertinggi pelbagai skim perkhidmatan awam.

Tahniah diucapkan kepada Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah daripada seluruh warga Maritim Malaysia.

 

PERJUMPAAN KSN2
 
PERJUMPAAN KSN3
 
PERJUMPAAN KSN5

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA NISFU SYAABAN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA DUA DEKAD MARITIM MALAYSIA

GEORGETOWN, 13 FEBRUARI – Lebih 500 hadir bagi mengimarahkan Majlis Bacaan Yassin sempena Nisfu Syaaban dan Solat Hajat sempena Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia yang diadakan di Masjid Al-Bukhary, Sungai Pinang, Jelutong.

Terdahulu, Solat Hajat telah dipimpin oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Ustaz Haji Nik Kamaruddin bin Haji Yunoh serta diikuti Bacaan Yassin dibawah pimpinan Imam Besar Majid Al-Bukhary, Ustaz Ubaidullah.

Hadir ke majlis, Timbalan Ketua Pengarah Logistik selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan Pengarah-Pengarah Bahagian dan Maritim Negeri, Warga Maritim Malaysia serta 244 pelatih Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pengawai Penguat Kuasa Lain-lain Pangkat Maritim daripada Akademi Maritim Sultan Ahmad (AMSAS).

Seperti titipan doa yang dilafazkan, semoga Maritim Malaysia terus utuh dalam memastikan kesejahteraan dan keamanan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

 

Nisfu HUT
 
Nisfu HUT3
 
Nisfu HUT5
 
Nisfu HUT6

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC