TAWAU, 8 FEBRUARI – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tuan Nor Hisham bin Ibrahim, mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Zon Maritim Tawau pagi tadi.
Lawatan ini merupakan yang pertama sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut bertujuan bagi menilai serta memastikan kelancaran pentadbiran zon-zon di bawah seliaan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dalam sesi lawatan ini, beliau menzahirkan kepuasan terhadap prestasi cemerlang warga Zon Maritim Tawau dalam usaha mengekang pelanggaran undang-undang maritim, khususnya di perairan pantai timur Sabah.
Sepanjang tahun 2024 jelas beliau, Zon Maritim Tawau telah mencatatkan kejayaan tertinggi dengan 108 tangkapan di laut, sekali gus membuktikan keberkesanan operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan.
Selain itu, beliau turut berkesempatan melawat Barge Penempatan Sementara yang digunakan bagi menempatkan aset-aset operasi sementara kerja-kerja pembaikan di Jeti Zon Maritim Tawau masih berjalan.
“Lawatan ini juga memberi ruang untuk saya meninjau sendiri keadaan infrastruktur pejabat dan jeti di zon berkenaan,” tambah beliau.
Dalam sesi sama, Tuan Nor Hisham turut meninjau tapak projek naik taraf jeti Zon Maritim Tawau, diiringi oleh Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan Maritim Malaysia, YBhg. Dato’ Bakhiya bin Shahiruddin, Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, YBrs. Puan Siti Nurhaini binti Osli, serta Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman.
Terdahulu, lawatan kerja beliau ke Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan telah bermula di Zon Maritim Labuan, diikuti Zon Maritim Semporna, sebelum berakhir di Zon Maritim Tawau.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

