22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

HUT-20 | LIMA RIBU PENGUNJUNG BANJIRI KONSERT KARNIVAL MARITIM PERKASA 2025

GEORGETOWN, 16 FEBRUARI – Bersempena Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia, Koperasi Maritim Berhad dengan sokongan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menganjurkan Karnival Maritim Perkasa (KMP) 2025.

Kemuncak kepada penganjuran KMP 2025 ialah Konsert Maritim Perkasa yang menampilkan penyanyi popular Hazama yang juga merupakan pelakon filem Coast Guard Ops Helang yang membawa watak Kadok. Selain itu, lagenda rock terkemuka tanah air Dato' Awie juga hadir memeriahkan lagi susana pada malam tadi.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim turut menghadiri Konsert KMP 2025 bersama isteri masing-masing sebagai tanda sokongan.

Terdahulu, pelbagai pengisian tersedia seperti penglibatan para pempamer daripada rakan-rakan strategik seperti Gading Marine, Gading Galaxy, Amcop, Kementerian Dalam Negeri dan agensi-agensi seliaan KDN serta gerai-gerai jualan IKS.

Mengakhiri konsert, Dato' Awie juga telah menyampaikan cenderahati daripada Kelab Wings Society kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia sebagai tanda terima kasih sambil disaksikan Pengerusi Koperasi Maritim Berhad, Laksamana Madya Maritim Dato' Ibrahim bin Mohamed (Bersara).

 

KMP25
 
KMP25 2
 
KMP25 4
 
KMP25 3

HUT-20 | MAJLIS APRESIASI BERSAMA MENTERI DALAM NEGERI

GEORGETOWN, 14 FEBRUARI – Bersempena Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail hadir bagi memberi apresiasi kepada Maritim Malaysia dalam satu majlis makan malam yang diadakan bersederhana di Bora Bora Georgetown petang tadi.

Ketibaan menteri diiringi Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah bersama Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Menerusi majlis itu, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, kejayaan yang dikecapi sepanjang 20 tahun usia penubuhan Maritim Malaysia, adalah terletak kepada kecemerlangan keseluruhan warga terutamanya kepimpinan Agensi. Ia juga merupakan hasil daripada tunggak kepimpinan terawal yang telah menerajui Maritim Malaysia sehingga berada di tahap yang boleh dibanggakan.

Tambahnya lagi, "fungsi dan peranan Maritim Malaysia selaku Malaysia Coast Guard sememangnya diiktiraf dunia dan ini saya akuinya ketika mana saya menghadiri persidangan keselamatan di peringkat antarabangsa, Maritim Malaysia sentiasa disebut oleh rakan-rakan strategik antarabangsa kerana peranannya menjaga keselamatan perairan negara".

Apresiasi dan penghargaan juga turut diberikan Menteri Dalam Negeri kepada Mantan - Mantan Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang turut hadir menyerikan majlis.

Gelaran hormat diberikan kepada Mantan Ketua Pengarah Pertama, Laksamana Maritim Dato' Mohammad bin Nik (Bersara) sebagai Nahkoda Haluan APMM, diikuti dengan Mantan Ketua Pengarah Ketiga, Laksamana Maritim Dato' Sri Ahmad Puzi bin Haji Ab Kahar (Bersara) selaku Nahkoda Kesiagaan APMM serta Mantan Ketua Pengarah Keempat, Laksamana Maritim Dato' Sri Zulkifili bin Abu Bakar sebagai Nahkoda Pembangunan APMM.

Turut hadir sama menyerikan majlis ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Yang Berbahagia Datuk Awang Alik bin Jeman, Barisan Pengurusan Tertinggi KDN , Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri serta Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah Maritim Negeri seluruh negara.

 

MDN APRESIASI
 
MDN APRESIASI2
 
MDN APRESIASI3
 
MDN APRESIASI5

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIRI MAJLIS PERJUMPAAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERSAMA-SAMA PEGAWAI PENGURUSAN TERTINGGI PERKHIDMATAN AWAM

PUTRAJAYA, 14 FEBRUARI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah hadir ke Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama-Sama Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam, bertempat di Dewan Sri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya, semalam.

Dalam majlis itu, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar telah menyerahkan surat lantikan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia kepada Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia merupakan salah seorang daripada 196 pegawai yang diluluskan kenaikan pangkat serta pemangkuan dalam kalangan pegawai kanan dan pengurusan tertinggi pelbagai skim perkhidmatan awam.

Tahniah diucapkan kepada Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah daripada seluruh warga Maritim Malaysia.

 

PERJUMPAAN KSN2
 
PERJUMPAAN KSN3
 
PERJUMPAAN KSN5

HUT-20 | HARI ‘OPEN SHIP’ ZON MARITIM MIRI

MIRI, 14 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menganjurkan Hari 'Open Ship' bertempat di Kompleks Zon Maritim Miri, Pulau Melayu siang tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, program ini diadakan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Dua Dekad Maritim Malaysia bertemakan 'Dua Dekad Maritim Malaysia, Perisai Samudera Negara'.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat terutamanya komuniti maritim di sekitar Miri, mengenai fungsi Maritim Malaysia serta mempamerkan aset yang beroperasi di Zon Maritim Miri.

Tarikan utama dalam program ini merupakan persembahan demonstrasi pasukan operasi Maritim Malaysia melakukan pemeriksaan oleh tim menggeledah bot PETIR 80 ke atas 'bot suspek' di hadapan Jeti Kompleks ZM Miri yang disaksikan kira-kira 700 orang pengunjung.

Mereka juga berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki aset Maritim Malaysia menerusi aktiviti 'Bot Ride'.

Di jeti Kompleks ZM Miri turut disediakan reruai Unit Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) serta pameran kerjaya Maritim Malaysia, termasuklan pameran senjata, peralatan penyelam penyelamat dan rakan-rakan strategik.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, gerai jualan produk tempatan dan makanan.

Program melabuhkan tirai dengan cabutan bertuah, penyampaian cenderamata dan sesi bergambar sebagai tanda kenangan-kenangan.

 

OPEN SHIP MIRI
 
OPEN SHIP MIRI3
 
OPEN SHIP MIRI4
 
OPEN SHIP MIRI5

 

 

 

 

HUT – 20 | PERISAI SAMUDERA NEGARA : ZON MARITIM SEMPORNA RAPATKAN BARISAN DI BUKIT PERAPAT

SEMPORNA, 14 FEBRUARI – Anggota Zon Maritim Semporna telah melaksanakan ekspedisi mendaki Bukit Parapat, Semporna sempena sambutan Hari Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang ke-20 pada tahun ini.

Ekspedisi yang dijalankan baru-baru ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Semporna, Leftenan Maritim Muhammad Haris bin Azmi.

Haris berkata, ekspedisi ini adalah salah satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara anggota dan pada masa yang sama menyemarakkan lagi semangat juang dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Tambah beliau lagi, mereka berharap melalui aktiviti ini, anggota Zon Maritim Semporna dapat memperkukuhkan lagi semangat berpasukan dan setiakawan yang merupakan elemen penting dalam memastikan keberkesanan operasi dan tugas-tugas yang dijalankan oleh Maritim Malaysia.

Ekspedisi pendakian Bukit Parapat ini telah berjalan dengan lancar dan semua peserta telah berjaya mencapai puncak dengan selamat.

 

SEMPORNA PERAPAT
 
SEMPORNA PERAPAT3
 
SEMPORNA PERAPAT4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC