11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

PENGARAH MARITIM NEGERI PERAK TERAJUI USAHA MANTAPKAN KESELAMATAN PERAIRAN

LUMUT, 7 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah mengadakan tinjauan khas ke kawasan titik panas di Perairan Bagan Datuk pada Rabu (5 Februari) bersama Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Bagan Datuk.

Tinjauan ini dilaksanakan dengan menaiki Kapal Maritim (KM) GAGAH, bertujuan menilai serta memperkukuh kawalan keselamatan di perairan berkenaan.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob, lawatan ini merupakan kesinambungan daripada mesyuarat terdahulu yang membincangkan isu keselamatan daerah, khususnya berkaitan penyeludupan dan pencerobohan di sepanjang persisiran pantai Bagan Datuk.

“Tinjauan ini memberi peluang kepada semua ahli JKKD untuk melihat sendiri kawasan-kawasan hotspot pendaratan dan penyeludupan, mengenal pasti cabaran keselamatan yang dihadapi, serta beramah mesra dengan pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang bertugas di lapangan,” katanya.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri Perak, Komander Maritim Tan Ah Bik, Pegawai Operasi Negeri Perak, Leftenan Maritim Muhammad Termizie bin Md Khair, serta pegawai dan anggota KM GAGAH.

Lawatan ini turut disertai oleh Pegawai Daerah Bagan Datuk, Encik Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Mohd Zawawi bin Zakaria bersama tiga pegawai MKN, Supt Mohammad Ali bin Mohd Jali dan dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk, Kapten Ahmad Faiz bin Ahmad Wadi serta seorang pegawai dari Markas 2RRD, pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pegawai Tadbir Agama, serta wakil Pasukan Polis Marin (PPM).

Lawatan khas ini berakhir sekitar pada pukul 4.00 petang setelah kesemua kawasan hotspot di persisiran pantai Bagan Datuk selesai diperiksa. Kesemua ahli rombongan berpuas hati dengan keberkesanan tinjauan ini, sekali gus memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai aduan serta cabaran keselamatan yang dihadapi di kawasan berkenaan.

Maritim Malaysia Negeri Perak komited untuk terus memperkukuh kawalan keselamatan di perairan negara, memastikan kedaulatan maritim sentiasa terpelihara serta mengukuhkan kerjasama strategik dengan semua pihak berkepentingan.

 

PERAK HOTSPOT2
 
PERAK HOTSPOT3
 
PERAK HOTSPOT4
Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC