11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

PENGARAH MARITIM NEGERI PERAK TERAJUI USAHA MANTAPKAN KESELAMATAN PERAIRAN

LUMUT, 7 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah mengadakan tinjauan khas ke kawasan titik panas di Perairan Bagan Datuk pada Rabu (5 Februari) bersama Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Bagan Datuk.

Tinjauan ini dilaksanakan dengan menaiki Kapal Maritim (KM) GAGAH, bertujuan menilai serta memperkukuh kawalan keselamatan di perairan berkenaan.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob, lawatan ini merupakan kesinambungan daripada mesyuarat terdahulu yang membincangkan isu keselamatan daerah, khususnya berkaitan penyeludupan dan pencerobohan di sepanjang persisiran pantai Bagan Datuk.

“Tinjauan ini memberi peluang kepada semua ahli JKKD untuk melihat sendiri kawasan-kawasan hotspot pendaratan dan penyeludupan, mengenal pasti cabaran keselamatan yang dihadapi, serta beramah mesra dengan pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang bertugas di lapangan,” katanya.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri Perak, Komander Maritim Tan Ah Bik, Pegawai Operasi Negeri Perak, Leftenan Maritim Muhammad Termizie bin Md Khair, serta pegawai dan anggota KM GAGAH.

Lawatan ini turut disertai oleh Pegawai Daerah Bagan Datuk, Encik Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Mohd Zawawi bin Zakaria bersama tiga pegawai MKN, Supt Mohammad Ali bin Mohd Jali dan dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk, Kapten Ahmad Faiz bin Ahmad Wadi serta seorang pegawai dari Markas 2RRD, pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pegawai Tadbir Agama, serta wakil Pasukan Polis Marin (PPM).

Lawatan khas ini berakhir sekitar pada pukul 4.00 petang setelah kesemua kawasan hotspot di persisiran pantai Bagan Datuk selesai diperiksa. Kesemua ahli rombongan berpuas hati dengan keberkesanan tinjauan ini, sekali gus memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai aduan serta cabaran keselamatan yang dihadapi di kawasan berkenaan.

Maritim Malaysia Negeri Perak komited untuk terus memperkukuh kawalan keselamatan di perairan negara, memastikan kedaulatan maritim sentiasa terpelihara serta mengukuhkan kerjasama strategik dengan semua pihak berkepentingan.

 

PERAK HOTSPOT2
 
PERAK HOTSPOT3
 
PERAK HOTSPOT4

MARITIM MALAYSIA TERIMA LAWATAN DELEGASI LANGKAWI FM SEMPENA HARI RADIO SEDUNIA 2025

LANGKAWI, 6 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis hari ini menerima kunjungan istimewa daripada delegasi Radio Malaysia Langkawifm, Jabatan Penyiaran Malaysia Langkawi, bersempena sambutan Hari Radio Sedunia 2025.

Lawatan ke Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Kedah dan Perlis itu bertujuan memberi pendedahan kepada delegasi mengenai peranan radio dalam operasi keselamatan maritim, khususnya dalam aspek komunikasi dan penyelarasan misi menyelamat.

Sepuluh wakil dari Radio Malaysia Langkawifm berpeluang mengenali pelbagai jenis radio yang digunakan Maritim Malaysia, antaranya VHF, HF, GIRN dan RMP net, yang memainkan peranan penting dalam operasi harian serta misi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT). Mereka juga diberi taklimat mengenai tatacara penggunaan radio serta kepentingannya dalam situasi kecemasan dan bencana di laut.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki, bersama beberapa pegawai kanan termasuk Penolong Pengarah Kanan Carilamat dan Bantuan Bencana, Leftenan Komander Maritim Mohd Naiem bin Razak, Pegawai Memerintah KM SIANGIN, Leftenan Komander Mohd Hafidz bin Mohd Tajuddin, serta Pegawai Memerintah KM TENGGOL, Leftenan Komander Ahmad Shakur bin Jamaludin yang turut menyambut ketibaan delegasi dan memberikan penerangan lanjut mengenai fungsi serta kepentingan komunikasi radio dalam operasi maritim.

Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Langkawi, Puan Shamshina binti Mohammed Said berkata, pihak Radio Malaysia Langkawifm menjadikan lawatan ini sebagai sebahagian daripada pengisian Hari Radio Sedunia 2025 yang bertemakan “Radio dan Perubahan Iklim”.

“Fokus utama lawatan adalah bagi melihat jabatan atau agensi yang bergantung kepada sistem radio sebagai saluran komunikasi utama dalam aspek keselamatan dan kesiapsiagaan menghadapi ancaman perubahan iklim,” tambah beliau.

Lawatan berakhir dengan sesi bergambar serta pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan.

Maritim Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Radio Malaysia Langkawifm atas kunjungan ini.

 

LANGKAWIFM
 
LANGKAWIFM3

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN PENGARAH OPERASI MARITIM NEGERI PERAK DAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGOTA

LUMUT, 5 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas,  Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak dan Pemakaian Pangkat anggota di Bilik Taklimat, Maritim Negeri Perak di sini pada Selasa, 4 Februari lalu.

Dalam majlis itu, Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob telah menjadi saksi bagi acara menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak di antara Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil dan Komander Maritim Tan Ah Bik yang akan mengambil tugas sebagai Timbalan Pengarah Operasi Negeri Perak yang baharu.

Mengambil kesempatan di dalam majlis ini, terdapat seksyen dan unit yang menyampaikan cenderahati kenang-kenangan buat mantan Timbalan Pengarah Operasi Negeri Perak.

Turut diraikan bersama-sama di dalam majlis tersebut ialah seramai enam Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim menerima pangkat Laskar Kanan Maritim yang disempurnakan oleh Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob.

Enam orang penerima pangkat Laskar Kanan Maritim yang diraikan dalam majlis itu ialah Laskar Kanan Maritim Muhammad Arif Afiq bin Zainuddin, Laskar Kanan Maritim Muhammad Izzudin bin Zainal, Laskar Kanan Maritim Muhammad Noor Zuraimie bin Zulkafli, Laskar Kanan Maritim Safri bin Hamid, Laskar Kanan Maritim Noorhisam bin Sahipu dan Laskar Kanan Maritim Muhammad Alexander bin Joshua Gam.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman, Timbalan-Timbalan Pengarah Negeri Perak, Pegawai-Pegawai Memerintah Kapal, Pegawai-Pegawai serta warga Maritim Negeri Perak.

Sekalung tahniah kepada semua Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim yang menerima pangkat Laskar Kanan Maritim dan juga selamat maju jaya buat Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil serta berharap agar perlantikan Timbalan Pengarah Operasi yang baharu ini akan menjadikan Maritim Negeri Perak semakin cemerlang.

 

WhatsApp Image 2025 02 04 at 7.22.25 PM
 
WhatsApp Image 2025 02 04 at 7.22.21 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 02 04 at 7.22.22 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 02 04 at 7.22.25 PM 1

PERTEMUAN KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA BERSAMA PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 5 FEBRUARI – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah mengadakan pertemuan bersama barisan Pegawai Perhubungan Awam Maritim Malaysia seluruh negara di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Pertemuan diadakan bagi meningkatkan keberkesanan komunikasi korporat Maritim Malaysia dalam skop penyampaian maklumat kepada orang awam melalui pendekatan media.

Dalam pertemuan itu, Datuk Haji Mohd Rosli menyambut baik kehadiran semua pegawai dan menekankan betapa pentingnya peranan Pegawai Perhubungan Awam dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan penyampaian maklumat berkaitan dengan tugas teras Maritim Malaysia.

Beliau juga menggariskan tatacara menghadapi media serta mengingatkan semua pegawai supaya sentiasa bersikap profesional dalam berinteraksi bersama masyarakat dan media demi memastikan imej positif agensi terpelihara.

Pertemuan diteruskan dengan sesi pengenalan diri bersama Pengarah Unit Komunikasi Korporat, Puan Salawati binti Yahaya sebagai pendekatan bagi tahun baharu 2025.

Selain itu, para pegawai turut didedahkan dengan maklumat terkini mengenai strategi komunikasi dalam pengurusan krisis dan perhubungan media selain kepentingan pemahaman yang mendalam mengenai platform digital dalam menjangkau masyarakat.

Pertemuan diakhiri dengan sesi soal jawab, di mana para pegawai diberi peluang untuk berkongsi pandangan dan pengalaman serta mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan tugas dan tanggungjawab mereka.

Dengan adanya pertemuan sebegini, diharapkan Maritim Malaysia dapat terus mengukuhkan jaringan komunikasi bersama pengamal media serta meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat khususnya dalam memupuk kesedaran awam mengenai pentingnya kesedaran dalam keselamatan maritim.

MEETING PRO
 
MEETING PRO2
 
MEETING PRO3
 
MEETING PRO6

PERBARISAN AMANAT PENGARAH MARITIM NEGERI SABAH DAN WP LABUAN

KOTA KINABALU, 4 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan WP Labuan telah mengadakan Perbarisan Amanat Pengarah bagi Tahun 2025 diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Hizam bin Zulkifli, di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Kolombong semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik dalam ucapannya, telah menzahirkan rasa bangga dengan segala pencapaian yang diperoleh Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan sepanjang tahun 2024 yang lepas.

Selain itu juga, beliau turut mengingatkan Teras Tujuh yang digariskan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia selain mempraktikkan Rukun Negara dalam menjalankan tugas.

Malahan, beliau turut mengucapkan tahniah kepada KM ARAU dan KM MEMMON atas penganugerahan kapal terbaik. Manakala Bot KILAT 39, Bot PENGAWAL 39 dan PERKASA 1222 dianugerahkan bot terbaik.

Dalam majlis itu juga, turut diadakan majlis pemakaian pangkat kepada Pegawai Waran I Maritim dan Laskar Kanan Maritim seramai 10 orang. Seterusnya acara bacaan Ikrar Maritim Malaysia, Ikrar Bebas Rasuah dan Ikrar Akuan Penjawat Awam dan Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diketuai oleh Leftenan Dya Maritim Mohd Nazrul Syafiq bin Mohd Mustafa.

Sebelum meninggalkan majlis, satu sesi bergambar kenangan bersama seluruh warga Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan diadakan sebagai simbolik pembukaan tahun 2025 serta ucapan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke 20.

Turut hadir pada perbarisan tersebut, Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kepten Maritim Boon Chin Chau, Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri Puan Siti Norhaini binti Osli, Pegawai Memerintah KM ARAU, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah dan Penguatkuasaan Eksesais Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz dan pegawai-pegawai kanan yang lain.

 

AMANAT SABAH
 
AMANAT SABAH 2
 
AMANAT SABAH 4
 
AMANAT SABAH 5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC