11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

SAMBUTAN AIDILFITRI MARITIM MALAYSIA 2025 ERAT UKHUWAH SESAMA WARGA

SERDANG, 27 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 Peringkat Ibu Pejabat dengan penuh kemeriahan membabitkan kehadiran hampir 1500 jemputan meliputi seluruh kakitangan dan keluarga di Dewan Tan Sri Hashim, MARDI Serdang, semalam.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah bersama isteri, Datin Noriyanti binti Mohd Noor dan keluarga.

Antara pengisian menarik sepanjang majlis ialah pemberian duit raya kepada anak-anak warga yang hadir, selain pertandingan pakaian terbaik mengikut kategori individu dan keluarga.

Selain itu, turut diadakan pertandingan hiasan gerai raya terbaik yang dimenangi oleh Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) sebagai juara pertandingan, diikuti Pejabat Ketua Pengarah di tempat kedua dan Sektor Pengurusan di tempat ketiga.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan keluarga, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah serta barisan pegawai kanan dan warga Maritim Malaysia.

 

RAYA MARITIM
 
RAYA MARITIM6
 
RAYA MARITIM3
 
RAYA MARITIM5

KM BANGGI & KM IKHLAS UJI KECEKAPAN OPERASI LAUT MELALUI PTKK

KOTA KINABALU, 25 APRIL – Kapal Maritim (KM) BANGGI dan KM IKHLAS kini memasuki fasa penilaian kecekapan operasi menerusi Penentuan Tahap Kecekapan Kapal (PTKK), yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan dan Operasi (CLO), Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM) bermula dari 22 April dan akan berakhir pada 26 April. 

Fasa Pelabuhan yang bermula di Jeti Kinabalu North Shipyard & Maritime Sdn Bhd (KNSM) pada Rabu lalu dimulakan dengan sesi taklimat dan pemeriksaan dokumen serta peralatan utama kedua-dua kapal oleh Ketua Tim CLO, Kepten Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad.

Penilaian diteruskan dengan persediaan untuk Fasa Laut yang merangkumi aspek taktikal penting seperti pengendalian kelasi, navigasi, komunikasi dan penggeledahan, termasuk elemen penilaian MKMA.

Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada latihan persediaan evolusi Deck Landing Training (DLT), kerjasama strategik turut dijalin bersama Skuadron 503 Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Seramai sembilan anggota teknikal dari SKN 503 yang berpangkalan di Sepanggar diketuai Leftenan Komander Roni bin Temu telah melaksanakan pemeriksaan keselamatan serta kesiapsiagaan peralatan di KM BANGGI.

Kru kapal turut menjalani dry run di hangar SKN 503, manakala Flight Deck Officer (FDO) bersama anggota KM ARAU turut terlibat dalam penyelarasan lashing party, satu usaha kolaboratif antara dua aset OPV Maritim Malaysia yang memperkukuh keberkesanan latihan DLT sebenar nanti.

Sebagai simbol apresiasi, sesi pertukaran cenderahati berlangsung antara Ketua Tim Penilai dan Komander Udara Stesen Udara Timur, Kepten Mohamad Sham bin Saimon TLDM.

Diharapkan kedua-dua kapal akan menunjukkan prestasi optimum demi memastikan kesiapsiagaan aset maritim negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.

 

BANGGI IKHLAS5
 
BANGGI IKHLAS
 
BANGGI IKHLAS4
 
BANGGI IKHLAS2

KEPIMPINAN BAHARU TERAJUI MARITIM NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 25 APRIL – Maritim Malaysia mencatat satu lagi detik penting dalam sejarah pentadbiran apabila hari ini telah berlangsung Majlis Serah Tugas Pengarah Maritim Negeri Terengganu di Auditorium Hussain, Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu, pagi tadi.

Majlis menyaksikan penyerahan tugas secara rasmi oleh Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali kepada pengganti beliau, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang.

Sesi penyerahan berkenaan telah disaksikan Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim sebagai tetamu rasmi majlis ini.

Dalam sidang media selepas majlis berkenaan, Datuk Saiful Lizan menyatakan penghargaan dan pengiktirafan atas khidmat cemerlang Khairulanuar sepanjang menjawat jawatan Pengarah Maritim Negeri Terengganu.

Beliau dalam turut menyifatkan Khairulanuar sebagai antara pegawai kanan yang berjaya membentuk hala tuju penguatkuasaan maritim negeri secara strategik dan berkesan.

“Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, kita menyaksikan peningkatan yang ketara dalam aspek operasi serta koordinasi antara agensi. Sebanyak 40 tangkapan nelayan asing dengan jumlah tangkapan RM60 juta berjaya dilaksanakan dalam tempoh singkat, selain pelaksanaan pelupusan sembilan vesel asing secara terkawal demi pemuliharaan marin,” ujar beliau.

Beliau turut menambah, selain penguatkuasaan, kejayaan Khairulanuar juga terserlah dalam aspek kesiapsiagaan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) serta peningkatan profesionalisme anggota melalui latihan berterusan.

Mengulas mengenai pelantikan baharu, Datuk Saiful Lizan meletakkan keyakinan penuh terhadap kemampuan Kepten Maritim Hamiludin, yang dijangka akan membawa nafas baharu kepada Maritim Negeri Terengganu dengan pendekatan berteraskan ilmu, strategi dan teknologi.

“Kepten Hamiludin membawa pengalaman besar dari AMSAS yang merupakan pusat latihan utama Maritim Malaysia.

“Saya yakin beliau akan mampu meneruskan legasi kecemerlangan ini serta memperkasa barisan hadapan kita dalam menghadapi cabaran maritim semasa,” katanya lagi.

Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai kanan dan anggota Maritim Malaysia. Serah tugas ini bukan sahaja mencerminkan kesinambungan kepimpinan, malah menjadi simbol kekuatan organisasi dalam memelihara keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

 

WhatsApp Image 2025 04 25 at 12.36.27 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 04 25 at 12.36.28 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 04 25 at 12.36.29 PM
 
WhatsApp Image 2025 04 25 at 12.36.29 PM 2

LATIHAN PENGUKUHAN TATACARA PENGGELADAHAN TINGKATKAN PROFESIONALISME MARITIM MALAYSIA

LANGKAWI, 25 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah melaksanakan satu Latihan Penguatkuasaan iaitu Pengukuhan Tatacara Penggeledahan yang dianjurkan oleh Unit Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Negeri Kedah Perlis (MNKP) pada 23 dan 24 April lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, latihan ini telah diadakan di Pejabat Operasi MNKP melibatkan seramai 26 peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota Maritim Malaysia.

Latihan ini telah dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman iaitu Leftenan Komander Maritim Naziruddin bin Noor Azizuddin, Leftenan Maritim Mohd Mahlil bin Mad Zin dengan bantuan Leftenan Madya Maritim Muhammad Ilyasa bin Shamsudin, Bintara Muda Maritim Mohd Faizarul Akmal bin Othman dan Bintara Muda Maritim Mohd Zulfadhli bin Ismail.

“Tujuan utama latihan ini adalah untuk memperkukuhkan kefahaman dan kemahiran warga maritim dalam melaksanakan prosedur penggeledahan mengikut tatacara yang ditetapkan, sekali gus meningkatkan tahap kecekapan operasi di lapangan”, tambahnya.

Sepanjang dua hari latihan, para peserta didedahkan kepada modul teori dan praktikal yang merangkumi aspek perundangan, serta pendekatan taktikal semasa menjalankan operasi di laut. Latihan ini juga memberi penekanan terhadap pematuhan hak asasi individu serta penggunaan kekerasan yang munasabah dan berpatutan.

“Latihan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua anggota kekal bersedia dan berpengetahuan dalam menghadapi sebarang situasi semasa tugas penguatkuasaan” ujarnya.

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme dan integriti anggota demi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

GELEDAH LANGKAWI
 
GELEDAH LANGKAWI2
 
GELEDAH LANGKAWI3
 
GELEDAH LANGKAWI4

 

MARITIM MALAYSIA SEMARAKKAN SAMBUTAN AIDILFITRI KDN 2025

PUTRAJAYA, 24 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengambil peluang dalam memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung dengan meriah di Perkarangan Kompleks Setia Perkasa, KDN hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah hadir menyerikan sambutan Aidilfitri bersama isteri yang juga Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Maritim Malaysia, Datin Noriyanti binti Mohd Noor.

Sebagai agensi di bawah KDN, Maritim Malaysia bukan sahaja hadir sebagai tetamu tetapi turut menggalas peranan aktif dengan menyediakan minuman menyegarkan kepada para hadirin menerusi gerai mereka yang dihias secara kreatif bagi mencerminkan semangat dan identiti yang unik.

Gerai tersebut menjadi tumpuan ramai dan berjaya menarik perhatian dengan hiasan bertemakan laut serta unsur tradisional yang menyentuh rasa nostalgia Syawal.

Sebagai penghargaan atas usaha tersebut, Maritim Malaysia turut menerima hadiah saguhati daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail di atas penyertaan dalam pertandingan menghias gerai sekaligus membuktikan keterlibatan bukan sekadar simbolik tetapi penuh dedikasi dan semangat.

Majlis bertambah istimewa dengan kehadiran tetamu kehormat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang mencuri tumpuan warga KDN dan tetamu dengan gaya mesra rakyat beliau.

Turut hadir memeriahkan suasana ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar bin Nasarah; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik bin Jeman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain serta barisan ketua agensi dan tetamu kehormat yang lain.

 

KP KDN RAYA2
 
KP KDN RAYA3
 
KP KDN RAYA7
 
KP KDN RAYA6

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC