LUMUT, 5 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak dan Pemakaian Pangkat anggota di Bilik Taklimat, Maritim Negeri Perak di sini pada Selasa, 4 Februari lalu.
Dalam majlis itu, Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob telah menjadi saksi bagi acara menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak di antara Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil dan Komander Maritim Tan Ah Bik yang akan mengambil tugas sebagai Timbalan Pengarah Operasi Negeri Perak yang baharu.
Mengambil kesempatan di dalam majlis ini, terdapat seksyen dan unit yang menyampaikan cenderahati kenang-kenangan buat mantan Timbalan Pengarah Operasi Negeri Perak.
Turut diraikan bersama-sama di dalam majlis tersebut ialah seramai enam Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim menerima pangkat Laskar Kanan Maritim yang disempurnakan oleh Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob.
Enam orang penerima pangkat Laskar Kanan Maritim yang diraikan dalam majlis itu ialah Laskar Kanan Maritim Muhammad Arif Afiq bin Zainuddin, Laskar Kanan Maritim Muhammad Izzudin bin Zainal, Laskar Kanan Maritim Muhammad Noor Zuraimie bin Zulkafli, Laskar Kanan Maritim Safri bin Hamid, Laskar Kanan Maritim Noorhisam bin Sahipu dan Laskar Kanan Maritim Muhammad Alexander bin Joshua Gam.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman, Timbalan-Timbalan Pengarah Negeri Perak, Pegawai-Pegawai Memerintah Kapal, Pegawai-Pegawai serta warga Maritim Negeri Perak.
Sekalung tahniah kepada semua Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim yang menerima pangkat Laskar Kanan Maritim dan juga selamat maju jaya buat Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil serta berharap agar perlantikan Timbalan Pengarah Operasi yang baharu ini akan menjadikan Maritim Negeri Perak semakin cemerlang.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

