11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

PEROLEHAN HAMPIR RM1.9 BILION PERKASA MARITIM MALAYSIA DALAM MENJAGA KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

LANGKAWI, 20 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh keupayaan operasi maritim negara apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) memeterai beberapa perjanjian strategik bernilai hampir RM1.19 bilion pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2025) yang berlangsung bermula hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, perolehan ini merupakan langkah penting bagi memperkukuh

kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

“Perjanjian yang ditandatangani ini melibatkan pembelian Kapal Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) daripada Desan Shipyard bernilai RM300,000,000.00 penyelenggaraan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) di Semenanjung Malaysia oleh AMP Corporation (M) Sdn Bhd bernilai RM59,454,000.00 dan perolehan empat helikopter medium lift melalui Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd di bawah Program Kolaborasi Industri (ICP) bernilai RM529,662,600.00.

“Turut dimeterai ialah Surat Hasrat (LOI) bagi penyiapan dua buah Offshore Patrol Vessel (OPV 2 dan OPV 3) oleh Shin Yang Shipyard Sdn Bhd, dengan nilai projek mencecah RM298,500,000.00,” tambah beliau.

Majlis yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi itu menyaksikan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik bin Jeman telah hadir menandatangani kontrak perolehan bersama syarikat-syarikat tersebut.

Majlis berkenaan turut disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta barisan kepimpinan tertinggi kementerian.

Sementara itu, Datuk Haji Mohd Rosli turut menegaskan, Maritim Malaysia sentiasa komited untuk meningkatkan keupayaan aset dan sistem pemantauan demi menjamin keselamatan perairan negara.

“Perolehan ini akan membantu melicinkan operasi dan mempercepatkan respons terhadap sebarang ancaman atau kecemasan di laut,” katanya.

Beliau turut berkata, kapal dan helikopter baharu yang bakal diperoleh itu akan meningkatkan keupayaan rondaan jarak jauh, operasi penguatkuasaan serta misi mencari dan menyelamat di kawasan perairan Zon Maritim Malaysia.

Selain Maritim Malaysia, majlis yang sama turut menyaksikan sesi menandatangani nilai kontrak dan perolehan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjumlah lebih RM281 juta.

 

SIGNING CONTRACT LIMA2
 
SIGNING CONTRACT LIMA3

TEKNOLOGI AR TARIKAN TERBAHARU MARITIM MALAYSIA DI LIMA’25

LANGKAWI, 19 MEI – Reruai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 bakal mencuri tumpuan pengunjung apabila buat julung kalinya menampilkan teknologi Augmented Reality (AR) bagi mendekatkan orang ramai dengan dunia penguatkuasaan maritim negara bermula esok.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, dengan bertemakan “Mendekati Komuniti Melalui Teknologi Interaktif”, reruai Maritim Malaysia dijangka menjadi lokasi wajib singgah bagi pelawat korporat serta pengunjung tempatan dan antarabangsa yang ingin merasai sendiri pengalaman berkenaan tugas dan cabaran anggota Maritim Malaysia di laut.

“Tarikan utama reruai Maritim Malaysia pada kali ini adalah Augmented Reality (AR), di mana pengunjung hanya perlu mengimbas di dinding reruai bagi melihat paparan maklumat dan imej interaktif berbentuk tiga dimensi (3D),

“Selain itu, Maritim Malaysia turut membawa Virtual Reality (VR) iaitu simulasi aksi penguatkuasaan yang ‘membawa’ pengunjung bersama anggota Maritim Malaysia menjalankan operasi membanteras jenayah dan melakukan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT),” jelas Datuk Haji Mohd Rosli.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan walkabout bagi melihat persiapan akhir Maritim Malaysia sebelum hari sebenar acara berkenaan berlangsung.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Datuk Haji Mohd Rosli turut memaklumkan, model table top aset-aset Maritim Malaysia dalam bentuk miniature yang memaparkan kedudukan kapal-kapal peronda dan aset operasi agensi ini di seluruh perairan negara turut akan menarik perhatian orang ramai.

Ini kerana paparan yang disediakan bakal memberikan penjelasan kepada pengunjung kawasan yang menjadi tanggungjawab Agensi ini dalam menjaga keselamatan maritim negara.

“Bahan interaktif kali ini bukan sahaja memberi pengalaman yang bermakna, malah membuka mata orang ramai terhadap peranan penting Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara,” ujarnya.

Reruai Maritim Malaysia akan dibuka di dua lokasi utama iaitu di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) dan Resorts World Langkawi (RWL) dari 20 hingga 24 Mei 2025 dan akan mula menerima kehadiran pengunjung dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

 

TEKNOLOGI AR
 
TEKNOLOGI AR2
 
TEKNOLOGI AR3

KETUA PENGARAH MARITIM HADIR PERHIMPUNAN BULANAN KDN 2025

PUTRAJAYA, 13 MEI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Mei 2025 yang dianjurkan secara bersama oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertempat di Auditorium Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya.

Perhimpunan bulanan itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail yang menekankan kepentingan kerjasama rentas agensi dalam membanteras jenayah narkotik serta memperkukuh keselamatan dalam negeri secara menyeluruh.

Salah satu pengisian utama pada majlis tersebut ialah pelancaran Sistem Profiling Dadah Malaysia (MYDPS) yang merupakan sebuah aplikasi pelaporan dan analisis berasaskan spatial yang dibangunkan oleh AADK.

Aplikasi ini membolehkan pengesanan serta ramalan trend penyalahgunaan dadah dengan lebih tepat dan efisien sekali gus membantu dalam penyelarasan dasar serta tindakan penguatkuasaan yang lebih fokus.

Turut dilancarkan pada perhimpunan kali ini ialah Buku AADK Diagnosa, iaitu sebuah manual rujukan berkaitan ujian, pengukuran serta penentusahan penagihan dan penyalahgunaan dadah atau bahan yang dirasmikan bersama Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin bin Jusoh.

Perhimpunan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik bin Jeman serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia dan pelbagai agensi di bawah KDN.

 

PERHIMPUNAN BULAN6
 
PERHIMPUNAN BULAN2
 
PERHIMPUNAN BULAN7
 
PERHIMPUNAN BULAN8

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA MELUANGKAN MASA ZIARAH ANAK ANGGOTA DIRAWAT DU INSTITUT ENDOKRIN

PUTRAJAYA, 18 MEI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah hadir memberikan sokongan moral kepada seorang anggota Maritim yang diuji dengan dugaan berat apabila anaknya dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru (pneumonia) di sini sejak Jumaat lalu.

Anak kepada Laskar Kanan Maritim Mohamad Khairuddin bin Ismail, iaitu Muhammad Fateh yang berusia tujuh tahun kini sedang menjalani rawatan intensif akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Dalam lawatan singkat itu, Datuk Mohd Rosli turut diberikan taklimat oleh Pakar Pediatrik Hospital Putrajaya, Dr Daniel Hazim, mengenai tahap kesihatan Muhammad Fateh yang sedang menjalani rawatan di institut perubatan berkenaan.

Inisiatif Ziarah Kasih ini dilihat sebagai salah satu pendekatan berjiwa rakyat yang memperlihatkan keprihatinan pengurusan tertinggi Maritim Malaysia dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan warganya.

Sementara itu, warga Maritim di seluruh negara turut mendoakan kesembuhan Muhammad Fateh dan mengharapkan agar anak kecil itu segera kembali sihat.

 

LAWAT ANAK ANGGOTA

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KOREA COAST GUARD DAN MEYUARAT BILATERAL MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU)

PUTRAJAYA, 14 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Korea Coast Guard (KCG) dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Delegasi KCG yang diketuai oleh Director General Rescue and Safety Bureau, Superintendent General Park Jae Hwa disambut oleh Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh.

Kunjungan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala serta membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua agensi penguatkuasaan maritim.

Pertemuan tersebut turut merangkumi sesi perbincangan bagi meneroka potensi kerjasama baharu dan pertukaran idea dalam pelbagai bidang berkaitan keselamatan maritim.

Satu mesyuarat bilateral turut diadakan dan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Kepten Maritim Mohd Nasir bin Man.

Mesyuarat memberi fokus kepada penyelarasan Memorandum Persefahaman (MoU) antara APMM dan KCG yang dijangka dapat memperkukuh usaha bersama dalam aspek penguatkuasaan, pencarian dan menyelamat, serta keselamatan perairan serantau.

Turut hadir dalam pertemuan ialah Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama (M) Vincent a/l Rajamony; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli; serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia yang terlibat secara langsung dalam perbincangan tersebut.

 

KCG KUNJUNG
 
KCG KUNJUNG2
 
KCG KUNJUNG4
 
KCG KUNJUNG5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC