08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MARITIM NEGERI PAHANG PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK DENGAN KASTAM MANTAPKAN KESELAMATAN PERAIRAN

KUANTAN, 4 FEBRUARI – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab, mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Pengarah Kastam Negeri Pahang, Tuan Mohd Asri bin Seman, di Pejabat Pengarah Kastam Negeri, pada 3 Februari (Isnin).

Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam usaha mempertingkatkan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang di perairan negeri Pahang.

Sepanjang pertemuan, kedua-dua pihak membincangkan langkah penyelarasan operasi, perkongsian maklumat, serta sinergi dalam aspek perundangan dan penguatkuasaan bagi memperhebat kawalan keselamatan maritim.

Perbincangan turut menyentuh usaha memperkasa kecekapan operasi bersama serta perancangan aktiviti kolaboratif antara kedua-dua agensi dalam tempoh terdekat.

“Kunjungan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan dua hala, malah membuka ruang kepada perkongsian peranan dan fungsi antara agensi bagi meningkatkan keupayaan dalam menangani ancaman keselamatan di perairan negara,” tegas Mazlan.

Turut mengiringi pada kunjungan tersebut, Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor, Pegawai Memerintah KM PEKAN, Kepten Maritim Yusry bin Hussin, Pegawai Memerintah KM LANGKAWI, Komander Maritim Eizanizam bin Muhammad Eng serta Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Ismail bin Hamzah.

Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi menandatangani buku lawatan dan pertukaran cenderahati sebagai simbolik jalinan kerjasama erat antara kedua-dua pihak.

 

WhatsApp Image 2025 02 03 at 6.36.35 PM
 
WhatsApp Image 2025 02 03 at 6.36.37 PM
 
WhatsApp Image 2025 02 03 at 6.36.37 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 02 03 at 6.36.36 PM

MARITIM NEGERI PERAK DAN JABATAN IMIGRESEN PERAK PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK

LUMUT, 31 JANUARI – Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Imigresen Negeri Perak, Tuan Meor Hezbullah Meor Abd Malik di Pejabatnya pada Selasa.

Shukri memaklumkan, tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi memperkukuhkan lagi hubungan strategik di antara kedua-dua perkhidmatan, memantapkan keselamatan perairan negara serta memastikan keselamatan maritim dan keamanan sentiasa terpelihara

Pada pertemuan itu, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai isu-isu semasa serta memperluaskan perkongsian maklumat yang efektif bagi mengekang aktiviti jenayah di laut.

Sementara itu, Tuan Meor Hezbullah turut menzahirkan komitmen Jabatan Imigresen untuk terus berganding bahu bersama Maritim Malaysia bagi memperkukuhkan usaha memerangi ancaman keselamatan, jenayah rentas sempadan, dan isu-isu lain yang berkait rapat antara kedua-dua jabatan.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan simbolik pertukaran cenderamata. Majlis turut diserikan dengan sesi bergambar sebagai tanda penghargaan terhadap jalinan kerjasama strategik yang terjalin.

Turut hadir dalam sesi berkenaan, Timbalan Pengarah (Siasatan), Leftenan Maritim Mohamad Fuad bin Ja’afar, Pegawai Memerintah KM NUSA, Leftenan Komander Maritim Mahathir bin Ismail serta Pegawai Risik, Leftenan Maritim Mohd Syafie bin Mohd Ali.

 

MN PERAK JIM
 
MN PERAK JIM2
 
MN PERAK JIM3

KUNJUNGAN HORMAT UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KE ATAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FINAS

PETALING JAYA, 28 JANUARI – Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib di Pejabat FINAS, Petaling Jaya, hari ini.

Tujuan utama kunjungan hormat itu diadakan ialah bagi mengukuhkan hubungan strategik sedia ada antara kedua-dua Agensi dalam agenda pengukuhan sebaran maklumat awam serta kempen kesedaran keselamatan maritim di masa hadapan.

Dalam perbincangan yang berlangsung, pelbagai aspek berkenaan potensi kerjasama antara Maritim Malaysia dan FINAS dibincangkan termasuk elemen penguatkuasaan undang-undang dan CARILAMAT di laut. Demikian, ianya boleh ditonjolkan menerusi produk kandungan kreatif sebagai usaha kedua-dua pihak dalam memberi kesedaran dan manfaat kepada masyarakat.

Dato’ Azmir Saifuddin menyambut baik usaha tersebut dan menyatakan sokongan penuh terhadap kemungkinan kerjasama strategik yang dapat meningkatkan kesedaran awam tentang peranan penting Maritim Malaysia.

Kunjungan hormat mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dan FINAS untuk memajukan industri masing-masing serta membina hubungan strategik yang memberi manfaat kepada pembangunan Agensi selari dengan Perkara Ketujuh dalam TERAS 7 Ketua Pengarah Maritim Malaysia ialah Jalinan Kerjasama menerusi bidang pengkhususan masing-masing.

 

 FINAS UKK2
 
FINAS UKK3
 
FINAS UKK4

KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR REPUBLIK TURKIYE KE IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 28 JANUARI – Ketua pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Emir Salim YÜKSEL di Pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala di antara Maritim Malaysia dan Turkiye, serta membincangkan isu-isu berkaitan kerjasama dalam bidang keselamatan maritim, teknologi dan kemahiran.

Selain menjadi platform kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan semasa di peringkat serantau dan global.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Nor Bakari bin Abu Bakar, Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Komander Maritim Mohd Shahril Anwar bin Mohd Yusop.

 

WhatsApp Image 2025 01 28 at 3.49.53 PM
 
WhatsApp Image 2025 01 28 at 3.49.55 PM
 
WhatsApp Image 2025 01 28 at 3.49.55 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 01 28 at 3.49.57 PM 1

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ MARITIM NEGERI KELANTAN

PASIR PUTEH, 27 JANUARI – Maritim Negeri Kelantan telah mengadakan Sambutan Israk Mikraj bertempat di ruang legar pejabat Maritim Negeri Kelantan, hari ini. Sambutan Israk Mikraj hari ini diisi dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kepten Maritim Haji Nik Kamaruddin bin Yunoh.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, selain dari berusaha mencapai misi dan objektif agensi, Maritim Negeri Kelantan tidak lupa untuk membuat pengisian rohani berbentuk ceramah agama buat warganya. Program mengajak semua warga Maritim Negeri Kelantan terutamanya yang beragama Islam untuk bersama-sama menghayati makna di sebalik peristiwa Israk Mikraj.

Keperluan ibadah dan tuntutan kerja adalah saling melengkapi dalam kehidupan seorang Muslim. Ibadah mengajar disiplin, niat yang baik, dan keikhlasan yang boleh diterapkan dalam kerja. Begitu juga kerja juga dapat menjadi satu bentuk ibadah jika dilakukan dengan niat yang betul dan mengikut etika Islam. Dengan mengamalkan kedua-duanya dengan seimbang, seseorang akan dapat mencapai kejayaan dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Peristiwa Israk Mikraj membawa mesej mendalam tentang kekuatan iman, kepatuhan kepada perintah Allah S.W.T dan hikmah solat sebagai tiang agama. Peristiwa terpenting dalam Israk Mikraj adalah kewajipan solat lima waktu sehari semalam keatas orang Islam. Diharapkan Peristiwa Israk Mikraj ini akan menjadi Ibrah agar warga Maritim Negeri Kelantan menjadi insan yang lebih baik duniawi dan ukhrawi.

 

MN KELANTAN ISRAK MIKRAJ3
 
MN KELANTAN ISRAK MIKRAJ2

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC