PAHANG, 7 FEBRUARI – Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM) dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang (BUU) telah menganjurkan buat julung kalinya Kursus Moot Court Trial Siri 1/2025 bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Pahang pada 2 hingga 7 Februari 2025.
Para penceramah terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dari BUU iaitu Puan Zilfinaz binti Abbas, TPR MN Pulau Pinang Tuan Noor Azrul bin Abd Rahman, TPR MN Sabah Puan Nurun Nazifah binti Muhammad Iyen Atim, dan TPR MN Johor Puan Noor Idayu binti Salim.
Kursus ini melibatkan 26 orang peserta terdiri daripada Pegawai Penyiasat dan Pegawai Penangkap dari MN Selangor, MN Johor, MN Perak, MN Terengganu, MN Sabah, dan pegawai dari BSJM.
Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pegawai Penguat Kuasa Maritim Malaysia mengenai aspek-aspek penting sebagai saksi semasa perbicaraan di mahkamah.
Para peserta telah diberikan pendedahan tentang prosedur mahkamah, proses perbicaraan, kepentingan rantaian bukti, dan pernyataan saksi yang digunakan di mahkamah.
Para peserta turut dilatih menggunakan kaedah simulasi perbicaraan bagi membiasakan diri dengan situasi sebenar di mahkamah agar lebih yakin dan bersedia untuk memberi keterangan sebagai saksi semasa perbicaraan di mahkamah.
Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah BSJM, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar.
Dalam ucapan, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar memaklumkan bahawa kursus ini akan diteruskan pada masa akan datang, dan BSJM komited dalam membangunkan kapasiti Pegawai Penyiasat di lapangan.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

