08
Sel, Sep

Grid List

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

MARITIM MALAYSIA RAKAM PENGHARGAAN, KERAJAAN TINGKAT KESIAPSIAGAAN ASET

GEBENG, 28 APRIL – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas usaha berterusan dalam meningkatkan keperluan aset agensi ini bagi memperkukuh keselamatan perairan negara.

Beliau berkata, sokongan berkenaan merupakan satu keperluan penting dalam memastikan Maritim Malaysia sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi, khususnya dalam mendepani pelbagai cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

“Usaha Kerajaan amat signifikan kepada Maritim Malaysia dalam meningkatkan kesiapsiagaan aset, sekali gus memperkukuh keupayaan operasi bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Program Jelajah Wira MADANI yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Akademik Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), di sini hari ini.

Terdahulu, YB Datuk Seri Saifuddin menegaskan, komitmen Kerajaan dalam memperkasa keupayaan Maritim Malaysia melalui penambahan aset strategik dan sokongan berterusan.

Menurut beliau, peningkatan aset tersebut melibatkan perolehan dua buah kapal mothership, empat buah helikopter jenis AW189, sebuah sistem radar, sebuah kapal ExUSCG Cutter Steadfast serta bot pemintas yang akan memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan maritim negara.

Dalam perkembangan sama, Datuk Haji Mohd Rosli berkata, penambahan aset secara berfasa melalui pelan strategik jangka panjang akan memastikan Maritim Malaysia kekal relevan dan bersedia menghadapi sebarang ancaman di perairan negara.

Katanya lagi, dengan sokongan padu Kerajaan, Maritim Malaysia akan terus komited melaksanakan tanggungjawab sebagai benteng utama pertahanan maritim negara demi kepentingan rakyat dan kedaulatan negara.

Dalam perkembangan sama, Program Jelajah Wira MADANI yang dianjurkan sebagai platform Maritim Malaysia mendekati komuniti, selaras aspirasi Kerajaan untuk menyantuni rakyat secara langsung.

Tambah beliau, program ini juga sebagai manifestasi penghargaan Kerajaan MADANI terhadap wira-wira Maritim Malaysia yang telah bersara dalam perkhidmatan.

Bagi tujuan tersebut, seramai 12 orang veteran Maritim Malaysia telah menerima plak penghargaan daripada Datuk Seri Saifuddin.

Terdahulu beliau turut berkesudian menyampaikan sumbangan khas kepada 20 anak-anak yatim sebagai keprihatinan Maritim Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan.

Program tersebut berjaya menghimpunkan kira-kira 3,000 peserta terdiri daripada warga agensi, pesara, ahli keluarga serta komuniti setempat, sekali gus mencerminkan keakraban hubungan antara Maritim Malaysia dan rakyat.

Untuk rekod, program ini merupakan penganjuran kali kedua selepas edisi pertama dilaksanakan di Sandakan pada 27 September 2025.

MDN AMSAS2
 
MDN AMSAS3
 
MDN AMSAS4
 
MDN AMSAS5

Grid List

SEJARAH TERCIPTA, 127 KADET DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA PASKAM

PEKAN, 5 SEPTEMBER – Seramai 127 Pegawai Kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) hari ini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM selepas berjaya menamatkan latihan selama empat semester yang meliputi pembentukan disiplin, kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan.

Pentauliahan ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dilaksanakan secara bersama melibatkan tiga Universiti Awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah, di Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 49 kadet daripada UMPSA, 30 kadet daripada UMT dan 48 kadet daripada UniMAP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM.

Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi berkata, pentauliahan itu bukan sekadar menandakan kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi manifestasi kejayaan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa patriotik serta mempunyai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

"PASKAM bukan sekadar platform latihan berkawad atau aktiviti kokurikulum, sebaliknya medium membentuk mahasiswa yang memahami erti tanggungjawab, kepimpinan, kesetiaan, keberanian serta kesediaan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata, PASKAM turut berperanan memperkenalkan mahasiswa kepada dunia maritim melalui pendedahan terhadap aspek keselamatan, penguatkuasaan, kepimpinan dan tanggungjawab mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara di laut.

Sehingga kini, seramai 240 kadet aktif PASKAM berada di tiga universiti berkenaan, melibatkan 94 kadet di UMPSA, 65 kadet di UMT dan 81 kadet di UniMAP.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi pengajian tinggi menerusi PASKAM bukan sahaja memperkukuh pembangunan modal insan, malah menjadi platform melahirkan bakal pemimpin muda yang memiliki sahsiah unggul, ketahanan diri, semangat patriotisme dan kesedaran tinggi terhadap keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, penganjuran majlis secara bersama melibatkan tiga universiti awam merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan PASKAM di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 21 September 2016, PASKAM telah berkembang daripada sebuah platform latihan beruniform kepada medium pembangunan kepimpinan mahasiswa yang menekankan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan kesiapsiagaan.

"PASKAM bukan sekadar membentuk mahasiswa yang berdisiplin, malah melahirkan individu yang mampu membuat keputusan secara matang, memimpin dengan berintegriti serta sentiasa bersedia memikul tanggungjawab apabila diperlukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara UMPSA dan Maritim Malaysia sebagai satu ekosistem strategik yang menyokong pembangunan modal insan dan ilmu, termasuk menerusi penerbitan buku OP NAGA BARAT: Analisis Strategi, Ekonomi dan Pendakwaan dari Perspektif Maritim Malaysia, yang memperkukuh pemahaman berkaitan keselamatan maritim daripada perspektif strategik, ekonomi, perundangan dan penguatkuasaan.

Pentauliahan 127 Leftenan Muda PASKAM ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdisiplin, berintegriti, berwibawa serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam mendukung usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maritim negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC