IPOH, 9 APRIL – Seiring perubahan landskap keselamatan maritim global, ancaman keganasan kini menjadi antara cabaran utama yang memerlukan pendekatan menyeluruh berikutan implikasinya terhadap kestabilan serantau serta kepentingan ekonomi negara.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh peranannya sebagai benteng hadapan keselamatan perairan negara melalui peluncuran Prosedur Pengurusan Krisis Kawalan Keganasan sempena Mesyuarat Operasi APMM (MOA) Ke-44 Bilangan 1/2026. Prosedur strategik ini telah diluncurkan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pembangunan prosedur tersebut menjadi pemangkin kepada tindakan yang lebih tersusun, responsif dan bersepadu dalam menangani ancaman seperti rampasan kapal, serangan bersenjata serta aktiviti ekstremis di perairan negara. Inisiatif ini juga selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 18 dan merupakan langkah berimpak tinggi dalam mempertingkat kesiapsiagaan agensi terhadap ancaman keganasan maritim.
Sebagai agensi barisan hadapan di laut serta Komander Crisis Response Team (CRT) Maritim, Maritim Malaysia bertanggungjawab melaksanakan tindak balas segera dan bersepadu berasaskan kerangka yang ditetapkan, khususnya dalam pengendalian insiden di perairan negara.
MOA Ke-44 yang berlangsung selama tiga hari di Ipoh turut berperanan sebagai platform utama penyelarasan operasi dengan penekanan kepada pemodenan keupayaan penguatkuasaan. Fokus diberikan kepada integrasi Artificial Intelligence Maritime Domain Awareness (MDAI) serta pelaksanaan Security Risk Assessment secara menyeluruh bagi memperkukuh keupayaan pemantauan, analisis ancaman dan pembuatan keputusan berasaskan data.
Mesyuarat ini turut menggariskan pelan transformasi organisasi yang merangkumi penstrukturan semula aset kapal, serta kajian semula struktur Maritim Negeri (MN) dan Zon Maritim (ZM) bagi mengoptimumkan penugasan aset, memperkemas rantaian arahan dan meningkatkan keberkesanan koordinasi operasi. Dalam masa sama, aspek penguatkuasaan diperkasa melalui penambahbaikan elemen perundangan, navigasi serta pengukuhan keupayaan forensik.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan impak kenaikan harga minyak susulan konflik Amerika Syarikat/Israel dan Iran yang berpotensi meningkatkan aktiviti penyeludupan minyak serta jenayah rompakan di laut. Sehubungan itu, OP TIRIS 4.0 akan terus dipergiat sebagai langkah proaktif bagi mengekang aktiviti tersebut.
Secara keseluruhan, ketetapan yang dicapai dalam MOA Ke-44 mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memperkasa keupayaan organisasi secara holistik, sekali gus meneguhkan peranannya sebagai pelindung kedaulatan perairan negara yang cekap, kredibel dan berwibawa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

