08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

ZON MARITIM LAHAD DATU TERIMA PENGHARGAAN ESSCOM, PERKUKUH KESELAMATAN ESSZONE

LAHAD DATU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu menerima Sijil Penghargaan Rakan Strategik daripada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sebagai pengiktirafan terhadap peranan dalam memperkukuh kawalan keselamatan perairan negara, khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, pengiktirafan tersebut membuktikan keupayaan serta komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam menyokong agenda keselamatan negara melalui kerjasama strategik bersama ESSCOM.

“Penghargaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga Zon Maritim Lahad Datu untuk terus memperkukuh kesiapsiagaan operasi serta meningkatkan tahap keberkesanan penguatkuasaan demi menjamin keselamatan perairan negara,” katanya.

Sijil penghargaan itu disampaikan oleh Komander ESSCOM, Datuk Victor B. Sanjos dalam satu majlis sempena sambutan ulang tahun ke-13 ESSCOM yang berlangsung di Dewan Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu, pada Khamis.

Pengiktirafan berkenaan diberikan sebagai menghargai sumbangan konsisten Zon Maritim Lahad Datu sebagai rakan strategik utama dalam pelaksanaan operasi keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang di ESS Zone.

Sejak penubuhan ESSCOM, sinergi erat antara agensi itu bersama Maritim Malaysia terbukti menjadi antara elemen utama dalam mengekang jenayah rentas sempadan termasuk pencerobohan, penyeludupan dan aktiviti maritim tidak sah.

Penyampaian sijil tersebut turut mencerminkan tahap kepercayaan tinggi antara agensi keselamatan dalam memastikan kestabilan serta kesejahteraan komuniti maritim di pantai timur Sabah terus terpelihara, sekali gus mengukuhkan peranan Maritim Malaysia sebagai barisan hadapan pertahanan perairan negara.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Maritim Mohd Firdos Ayob.

ESSCOM LD2
 
ESSCOM LD3
 
ESSCOM LD4

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC