08
Sel, Sep

Grid List

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

OPERATIF STAR TEAM LULUS KURSUS SELAM KOMANDO, PERKUKUH KEUPAYAAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

IPOH, 30 APRIL– Seorang operatif Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menamatkan Kursus Selam Taktikal dan Teknikal OCBA 69 Komando Siri 1/2026 baru-baru ini.

Komander Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), Kepten Maritim Syuzefril bin Mat Noor berkata, penyertaan dalam kursus berintensiti tinggi itu memberi pendedahan menyeluruh kepada anggota dalam aspek taktikal dan teknikal selaman tempur.

Menurut beliau, kursus selama sebulan bermula 30 Mac hingga 29 April 2026 itu dilaksanakan melalui dua fasa latihan utama dengan penekanan kepada kesiapsiagaan operasi sebenar.

Fasa pertama berlangsung di Kompleks Selam Taktikal Kem Sultan Nazrin Shah, Ulu Kinta yang memberi fokus kepada latihan asas termasuk teori selam tempur skuba, fizik, perubatan asas, pengendalian peralatan serta teknik penyahmampatan bagi selam skuba litar terbuka.

Peserta kemudiannya meneruskan latihan fasa kedua di perairan Pulau Perhentian, Terengganu bermula 9 April lalu yang menuntut penguasaan kemahiran taktikal dalam persekitaran laut terbuka.

“Antara latihan dilaksanakan termasuk pergerakan taktikal, penyusupan, risikan, operasi search and recovery, VBSS (Visit, Boarding, Search and Seizure), boat casting, helo casting serta teknik tempur dalam air,” jelas beliau.

Lebih mencabar, peserta turut menjalani selaman sehingga kedalaman 150 kaki dalam keadaan air keruh selain melaksanakan tugasan berdasarkan laluan yang ditetapkan di bawah pemantauan jurulatih bertauliah.

Setiap kumpulan yang terdiri daripada enam hingga lapan peserta dikendalikan tiga jurulatih bagi memastikan latihan berjalan selamat dan berkesan.

Beliau berkata, penyertaan julung kali STAR Team dalam kursus kendalian 69 Komando itu turut memperkukuh hubungan strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Maritim Malaysia.

“Latihan ini penting dalam melahirkan anggota yang kompeten, berkemahiran tinggi dan bersedia untuk menyokong keupayaan operasi selam taktikal serta teknikal negara,” katanya.

Usaha berterusan ini menzahirkan komitmen Maritim Malaysia dalam memperkasakan keupayaan operasi selam taktikal dan teknikal, sekali gus memastikan operatif STAR Team sentiasa berada pada tahap tertinggi dalam menghadapi sebarang cabaran keselamatan maritim negara.

KOMANDO STAR
 
KOMANDO STAR2
 
KOMANDO STAR3
 
KOMANDO STAR5

Grid List

SEJARAH TERCIPTA, 127 KADET DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA PASKAM

PEKAN, 5 SEPTEMBER – Seramai 127 Pegawai Kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) hari ini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM selepas berjaya menamatkan latihan selama empat semester yang meliputi pembentukan disiplin, kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan.

Pentauliahan ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dilaksanakan secara bersama melibatkan tiga Universiti Awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah, di Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 49 kadet daripada UMPSA, 30 kadet daripada UMT dan 48 kadet daripada UniMAP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM.

Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi berkata, pentauliahan itu bukan sekadar menandakan kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi manifestasi kejayaan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa patriotik serta mempunyai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

"PASKAM bukan sekadar platform latihan berkawad atau aktiviti kokurikulum, sebaliknya medium membentuk mahasiswa yang memahami erti tanggungjawab, kepimpinan, kesetiaan, keberanian serta kesediaan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata, PASKAM turut berperanan memperkenalkan mahasiswa kepada dunia maritim melalui pendedahan terhadap aspek keselamatan, penguatkuasaan, kepimpinan dan tanggungjawab mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara di laut.

Sehingga kini, seramai 240 kadet aktif PASKAM berada di tiga universiti berkenaan, melibatkan 94 kadet di UMPSA, 65 kadet di UMT dan 81 kadet di UniMAP.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi pengajian tinggi menerusi PASKAM bukan sahaja memperkukuh pembangunan modal insan, malah menjadi platform melahirkan bakal pemimpin muda yang memiliki sahsiah unggul, ketahanan diri, semangat patriotisme dan kesedaran tinggi terhadap keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, penganjuran majlis secara bersama melibatkan tiga universiti awam merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan PASKAM di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 21 September 2016, PASKAM telah berkembang daripada sebuah platform latihan beruniform kepada medium pembangunan kepimpinan mahasiswa yang menekankan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan kesiapsiagaan.

"PASKAM bukan sekadar membentuk mahasiswa yang berdisiplin, malah melahirkan individu yang mampu membuat keputusan secara matang, memimpin dengan berintegriti serta sentiasa bersedia memikul tanggungjawab apabila diperlukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara UMPSA dan Maritim Malaysia sebagai satu ekosistem strategik yang menyokong pembangunan modal insan dan ilmu, termasuk menerusi penerbitan buku OP NAGA BARAT: Analisis Strategi, Ekonomi dan Pendakwaan dari Perspektif Maritim Malaysia, yang memperkukuh pemahaman berkaitan keselamatan maritim daripada perspektif strategik, ekonomi, perundangan dan penguatkuasaan.

Pentauliahan 127 Leftenan Muda PASKAM ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdisiplin, berintegriti, berwibawa serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam mendukung usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maritim negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC