SANDAKAN, 15 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan telah menerima kunjungan hormat dan lawatan tinjauan operasi daripada delegasi National Financial Crime Centre (NFCC) yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil di sini semalam.
Turut hadir pada sesi kunjungan tersebut ialah Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) YBhg. Dato' Muhammad Kifli bin Ma Hassan serta Pengarah Bahagian AML Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Norhaizam bin Muhammad.
Kunjungan ini turut disertai oleh seramai 70 orang wakil daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, menjadikan lawatan tersebut antara delegasi terbesar bagi tujuan pemantauan bersama operasi di Zon Maritim Sandakan.
Ketibaan delegasi disambut oleh Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, bersama Timbalan Pengarah Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari.
Menurut Suhairy, kunjungan ini adalah bertujuan untuk meninjau kawasan operasi maritim di sekitar perairan Sandakan selain memperkukuh hubungan strategik di antara agensi-agensi penguat kuasa dalam memerangi jenayah kewangan, penyeludupan serta aktiviti jenayah rentas sempadan.
Dalam lawatan itu, delegasi dibawa belayar menyusuri kawasan operasi di perairan Sandakan menggunakan aset-aset laut Maritim Malaysia, iaitu KM KOTA BELUD, KM PERINGGI dan KM TEBRAU serta lima bot ronda.
“Lawatan ini memberikan peluang kepada delegasi untuk melihat sendiri keupayaan aset, tahap kesiapsiagaan operasi serta peranan Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara,” katanya.
Maritim Malaysia sentiasa komited untuk terus menjalinkan kerjasama erat bersama NFCC dalam memperkukuh integriti, telus dan amanah dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan maritim di kawasan timur Sabah.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

