KUCHING, 13 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani jenayah maritim melalui penganjuran 16th Maritime Law Enforcement Dialogue (MLED16) yang dianjurkan oleh Global Maritime Crime Programme (GMCP) di bawah United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).
Program ini berlangsung selama tiga hari bertempat di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Sarawak serta Raia Hotel & Convention Centre Kuching (Tanjung Po).
MLED16 menghimpunkan pelbagai agensi penguat kuasa maritim antarabangsa bagi membincangkan isu keselamatan serantau, khususnya dalam menangani ancaman seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, migrasi tidak teratur serta aktiviti penangkapan ikan secara haram yang kian kompleks di perairan rantau ini.
Dalam ucapan pembukaan, wakil UNODC menegaskan bahawa keselamatan maritim memerlukan komitmen berterusan antara negara serantau melalui strategi bersepadu, perkongsian maklumat dan peningkatan kapasiti operasi bagi memastikan kestabilan perairan antarabangsa sentiasa terpelihara.
Program ini turut menampilkan lima sesi utama iaitu MLED16 Simulated Scenario, 3rd High-Level Dialogue, 5th Emerging Leaders Dialogue, 7th Prosecutor Network on Maritime Enforcement (PNME) Meeting dan 7th MLED Multilingual Communication Modality Meeting.
Melalui sesi-sesi ini, agensi peserta diberi ruang untuk menilai keberkesanan komunikasi operasi, memperkukuh kepimpinan maritim, memperhalusi aspek perundangan serta meningkatkan kecekapan komunikasi pelbagai bahasa dalam operasi penguatkuasaan.
Secara keseluruhannya, penganjuran MLED16 membuktikan kesepakatan negara serantau dalam memperkukuh keselamatan maritim dan menangani jenayah rentas sempadan secara kolektif.
Inisiatif ini selari dengan komitmen Maritim Malaysia untuk terus memainkan peranan sebagai benteng keselamatan perairan negara melalui kerjasama antarabangsa yang kukuh, berterusan dan strategik demi memastikan kedaulatan serta kesejahteraan perairan Malaysia sentiasa terpelihara.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

