PUTRAJAYA, 3 NOVEMBER — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2025 bertempat di Auditorium Aras 11, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Konvensyen tahunan ini menjadi platform penting bagi menghimpunkan pasukan KIK dari seluruh cawangan termasuk Ibu Pejabat Putrajaya, Ibu Pejabat Maritim Negeri, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) , Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) serta Zon-Zon Maritim, bagi mempersembahkan hasil inovasi serta menzahirkan idea baharu dalam penambahbaikan proses kerja yang dilaksanakan sepanjang tahun.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Tuan Mohd Nasir bin Mohamad Mazlan, yang turut menyampaikan cenderahati kepada barisan panel hakim yang menilai hasil inovasi yang dipertandingkan.
Menurut beliau, program seumpama ini mampu memupuk semangat inovatif dalam kalangan warga Maritim Malaysia sekali gus memperkukuh budaya kerja berasaskan penambahbaikan berterusan dan pemikiran kreatif selaras dengan aspirasi organisasi untuk menjadi agensi penguatkuasaan maritim yang unggul.
Rentetan daripada konvensyen ini, Majlis Sambutan Hari Inovasi Maritim Malaysia 2025 akan diadakan esok (4 November 2025) dan akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Nor Hisham bin Ibrahim.
Pelbagai reruai pameran inovasi dan perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta dijadualkan turut serta bagi memeriahkan sambutan pada kali ini.
Maritim Malaysia menyeru semua warga dan komuniti sekitar IOI Resort untuk hadir memberikan sokongan serta bersama-sama memupuk budaya inovasi dalam kalangan warga organisasi.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

