10
Kha, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MARITIM MALAYSIA TERUS KOMITED PERKUKUH PEMBANGUNAN KOMPLEKS IBU PEJABAT BAHARU MELALUI MAKMAL KAJIAN KEJURUTERAAN

NILAI, 6 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh komitmen dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan projek strategik melalui pelaksanaan Makmal Kajian Kejuruteraan (Value Engineering Lab) bagi pembangunan Kompleks Ibu Pejabat Maritim Malaysia yang baharu di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Makmal yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 November 2025 di Nilai Spring Resort ini dikendalikan oleh fasilitator dari Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diketuai oleh Encik Zulfatah bin Ibeni @ Zakaria. 
Turut serta, pasukan daripada Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) pimpinan AR. Mohd Hafizudin bin Md Zahir serta barisan pegawai kanan dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Pelaksanaan makmal ini bertujuan menilai semula reka bentuk dan kos pembinaan kompleks berkenaan secara menyeluruh dengan menekankan pendekatan Value Engineering (VE). 
Kaedah ini membolehkan pakar meneliti peluang penjimatan kos tanpa menjejaskan kualiti, fungsi, keselamatan serta nilai estetika projek.
Hasil daripada perbincangan intensif selama tiga hari itu, beberapa cadangan penambahbaikan inovatif dan praktikal telah dihasilkan. Inisiatif ini dijangka memberi impak positif terhadap pengoptimuman perbelanjaan kerajaan serta mempertingkat keberkesanan pelaksanaan projek strategik negara.
Projek pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Maritim Malaysia ini bakal menjadi mercu tanda baharu yang melambangkan keutuhan dan profesionalisme agensi dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan perairan negara.
Maritim Malaysia yakin melalui pelaksanaan makmal ini, pembangunan kompleks tersebut akan memenuhi standard tertinggi dari segi reka bentuk, keselamatan dan fungsi, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan agensi dalam mendepani cabaran maritim masa hadapan. 
Kehadiran Pengarah Pembangunan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly turut menyerikan majlis penutupan makmal tersebut, melambangkan komitmen tinggi kepimpinan Maritim Malaysia terhadap keberhasilan projek strategik ini.


PHOTO 2025 11 06 13 05 40
 
PHOTO 2025 11 06 13 08 36
Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC