LANGKAWI, 2 NOVEMBER – Seramai 66 orang kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya menamatkan latihan dan menerima pemakaian pangkat Leftenan Muda PASKAM dalam satu majlis yang berlangsung penuh istiadat di Dewan Serbaguna Akademi Kenegaraan Negeri Kedah, Langkawi hari ini.
Majlis berkenaan diraikan sebagai pengiktirafan kepada kejayaan kadet PASKAM pengambilan Siri 5/2022 dan Siri 6/2023 yang telah menamatkan program kokurikulum badan beruniform PASKAM selama empat semester dengan jayanya.
Program PASKAM merupakan inisiatif strategik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam memperkukuh jalinan dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi melahirkan graduan yang berdisiplin, berwibawa dan mempunyai jati diri kepimpinan maritim.
Penganjuran majlis ini juga bertujuan memperkenalkan kadet PASKAM kepada pelajar-pelajar IPTA lain, selain menarik minat mereka untuk menyertai pasukan ini sebagai wadah membentuk kepimpinan muda dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan maritim negara.
Dalam masa yang sama, majlis turut menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara pihak pengurusan tertinggi Maritim Malaysia dengan kadet PASKAM UniMAP, sebagai usaha berterusan dalam membina jaringan kerjasama akademik dan kepimpinan maritim di peringkat nasional.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa dalam ucapannya berkata, pencapaian kadet PASKAM UniMAP mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam melahirkan generasi muda yang berpengetahuan dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim masa kini.
“Kadet PASKAM merupakan aset penting kepada masa depan penguatkuasaan maritim negara. Nilai disiplin, semangat setiakawan dan kepimpinan yang diasah sepanjang empat semester latihan akan menjadi asas kepada lahirnya pelapis pemimpin maritim yang mampu menyumbang bukan sahaja kepada Maritim Malaysia, malah kepada negara,” katanya.
Beliau turut menyeru agar para kadet yang telah menamatkan latihan terus mengekalkan semangat juang serta jati diri maritim dalam setiap langkah kehidupan, sama ada dalam kerjaya awam mahupun sektor keselamatan.
“Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan penyertaan generasi muda yang berpotensi tinggi untuk bersama kami dalam melindungi kedaulatan perairan negara,"
“Teruskan minat, semangat dan kesetiaan terhadap laut yang menjadi nadi keselamatan dan ekonomi Malaysia,” tambah beliau.
Maritim Malaysia percaya, keupayaan kadet PASKAM dalam melahirkan barisan pemimpin pelapis akan terus memperkukuh nilai disiplin, patriotisme dan semangat cintakan negara dalam kalangan mahasiswa.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

