08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

HARI INOVASI MARITIM MALAYSIA 2025 : ‘CAKNA INOVASI, MARITIM MADANI’

PUTRAJAYA, 4 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini telah mengadakan Sambutan Hari Inovasi APMM Tahun 2025 bertempat di Auditorium APMM, Aras 11, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, dengan objektif memperkukuhkan budaya inovasi, kreativiti dan semangat pembaharuan dalam kalangan warga agensi.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Haji Nor Hisham bin Ibrahim.

Antara barisan pengurusan tertinggi yang hadir mengiringi beliau ialah Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun, Pengarah Bahagian Perolehan, Tuan Rosli bin Bidin dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Puan Nor Rahayu binti Ibrahim.

Dalam ucapannya, Tuan Nor Hisham menegaskan bahawa inovasi bukan sekadar pertandingan tahunan, sebaliknya merupakan cara berfikir dan budaya kerja yang harus disemai dalam setiap lapisan warga Maritim Malaysia.

“Kreativiti tidak bermula daripada komputer atau alat canggih, tetapi daripada kesungguhan hati untuk mencari jalan yang lebih baik dalam melakukan tugasan. Dalam kata lain, inovasi yang sebenar ialah keupayaan menyelesaikan masalah lama dengan cara baharu yang lebih efektif,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa sehebat mana pun teknologi dan perancangan strategik, kejayaan sebenar lahir daripada hati manusia yang ikhlas dalam melaksanakan amanah. Dengan semangat kerjasama dan ihsan, warga Maritim Malaysia diyakini mampu mencapai kejayaan yang membawa keberkatan dan manfaat kepada negara.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau menyeru agar semua warga APMM memanfaatkan semangat inovasi yang disemai melalui program ini untuk terus memperkukuh keupayaan agensi, bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan maritim negara sentiasa terpelihara.

“Dengan semangat kebersamaan, marilah kita berusaha menjadikan APMM sebagai agensi penguatkuasaan maritim yang unggul dan berdaya saing,” ujarnya sebelum merasmikan majlis tersebut.

Sambutan Hari Inovasi kali ini turut menyaksikan pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Video Kreatif Pejabat, Virtual Run, Kuiz Inovasi Online, serta reka cipta bahan kitar semula, yang menyerlahkan kreativiti dan daya fikir luar biasa warga Maritim Malaysia.

Dalam majlis tersebut, Tuan Nor Hisham turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang terbahagi kepada enam kategori acara yang disebutkan tadi.

Maritim Malaysia akan terus komited memperkukuh budaya inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan awam di negara ini demi menjulang maruah serta kedaulatan perairan negara.

HARI INOVASI2
 
HARI INOVASI3
 
HARI INOVASI5
 
HARI INOVASI6

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC