LABUAN, 23 JULAI – Satu Majlis Terima Kunci Kuarters Zon Maritim Labuan daripada Perbadanan Labuan di Durian Tunjong telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuaan Labuan, Ybhg. Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik pada pagi tadi.
Simbolik Penyerahan Kunci Kuarters Zon Maritim Labuan dan acara potong riben semasa lawatan ke unit kuarters turut dilakukan.
Turut sama mengiringi beliau adalah Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Haji Idros serta wakil daripada Perbadanan Labuan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (Perbandaran), Encik Ibrahim bin Tambi.
Sebanyak 32 unit rumah disewa bagi keperluan Pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan.
Seramai 60 pegawai dan anggota lain-lain pangkat APMM termasuk pegawai-pegawai dari Perbadanan Labuan hadir dalam majlis ini.
Diharap dengan usaha sebegini dapat meringankan beban dan kos sara hidup serta menaikkan moral pegawai serta anggota Zon Maritim Labuan.




















.svg.png)

