LANGKAWI, 9 Mei – Unit Sumber Manusia, Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis (IPMNKP) telah menganjurkan aktiviti Ihya' Ramadhan sempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada 29April yang lalu.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin yang dipimpin oleh Al- Fadzil Ustaz Ahmad Mawardi Bin Mohd Jait, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan IPMNKP. Seterusnya, diikuti dengan tahlil dan tazkirah ringkas.
Majlis jamuan makan secara ‘potluck’ juga turut diadakan dimana setiap seksyen membawa makanan untuk dikongsi bersama.
Selain Majlis Ihya’ Ramadhan, Unit Sumber Manusia IPMNKP juga mengadakan Program Kerohanian dan Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Program Tadarus Al-Quran sudah bermula sejak 7 Mei yang lalu dan akan diteruskan sehingga selesai khatam Al-Quran.
Peserta telah dibahagikan kumpulan mengikut juzuk dan setiap kumpulan perlu menyelesaikan jumlah juzuk atau surah yang telah ditetapkan.













.svg.png)

