MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH PENGURUSAN APMM KE MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS
LANGKAWI, 20 Julai - Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan (TKPP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Encik Mohd Yusoff bin Aman melakukan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan perlis pada 13 hingga 15 julai lalu.
Ketibaan TKPP telah disambut baik oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Zulinda binti Ramly dan beberapa pegawai kanan.
Antara objektif lawatan adalah bagi membincangkan mengenai projek pembangunan infrastruktur di pejabat dan jeti Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP), melawat kawasan untuk mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) di Kubang Badak dan untuk memberi peluang kepada warga MNKP bertemu dengan Pihak Pengurusan Tertinggi APMM.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.