17
Kha, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

MARITIM NEGERI SABAH TAWAN GUNUNG KINABALU SEMPENA ULANGTAHUN KE 15

KOTA KINABALU, 12 Februari – Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan telah mengadakan program mendaki Gunung Kinabalu bersempena Hari Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ke 15 tahun pada 15 Feb 2020 dengan bertemakan ‘Maritim Perkasa, Samudera Sejahtera’.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Abu Hassan, sempena hari ulang tahun penubuhan Maritim Malaysia ke 15, Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan telah mengadakan program mendaki puncak Gunung Kinabalu pada 9 Februari yang lepas. Seramai 12 pegawai dan anggota daripada Zon Maritim turut menyertai program ini termasuk saya selaku Pengarah Maritim Negeri bagi mendukung tema ‘Maritim Perkasa’ yang bermaksud sebuah agensi yang perkasa dan disegani harus memiliki pegawai dan anggota yang perkasa dari segi fizikal dan mental serta bekerjasama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Penglibatan warga Maritim Malaysia dari Zon Maritim yang lain ini juga bertujuan memantapkan lagi jalinan interaksi yang utuh antara satu sama yang lain.”

“Kesemua pegawai dan anggota telah berjaya menawan puncak gunung tersebut pada 5.30 pagi, 10 Februari yang lepas. Program ini juga telah membuktikan bahawa persediaan dari segi kesihatan fizikal dan ketahanan mental sebagai seorang penguatkuasa amat penting dalam melaksana dan menjayakan misi ataupun matlamat bagi sebuah agensi. Objektif perlaksaan program ini adalah untuk melahirkan warga Maritim Malaysia yang sentiasa aktif dan sihat dalam melaksanakan fungsi utama agensi. Selain itu, program ini dapat memperlihatkan keupayaan pegawai yang sentiasa berdaya saing dan lasak dalam mengharungi cabaran terutama dalam pendakian gunung tertinggi di Asia Tenggara.” Katanya.

Jelasnya lagi, program pendakian ini dipilih kerana ianya memberikan cabaran yang berbeza di mana peranan dan bidang tugas kami adalah di laut dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan Negara. Menempuh arus, dilambung ombak dan ribut di laut merupakan perkara lazim yang ditempuhi pegawai dan anggota tetapi cabaran didarat seperti aktiviti mendaki semestinya memberikan pengalaman yang berbeza. Kesemuanya yang terlibat dalam pendakian ini rata-ratanya merupakan pengalaman kali pertama.

 

Leftenan Dya (M) Nuraisyah Najwa Mehip Abdullah

Pegawai Perhubungan Awam MN.Sabah

Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia

WhatsApp Image 2020 02 12 at 11.43.37   WhatsApp Image 2020 02 12 at 11.43.37 1
     
WhatsApp Image 2020 02 12 at 11.43.38     
Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September — Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC