22
Kha, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

SLEP PERKASA SEMULA KEUPAYAAN OPERASI KM LIBARAN

SANDAKAN, 23 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima semula KM LIBARAN selepas selesai menjalani Ship Life Extension Programme (SLEP) menerusi Majlis Penyerahan KM LIBARAN daripada Syarikat Oceanic Engineering Sdn. Bhd. kepada Maritim Malaysia, semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

SLEP merupakan pendekatan strategik bagi memanjangkan tempoh hayat perkhidmatan kapal serta memulihkan dan meningkatkan semula keupayaan operasi aset yang telah lama beroperasi.Bagi KM LIBARAN, kerja-kerja pembaikan di bawah program SLEP telah dimulakan pada 31 Januari 2025 dan mengambil masa 518 hari untuk disiapkan.

Datuk Saiful Lizan berkata, pelaksanaan SLEP membuktikan komitmen Maritim Malaysia dalam mengoptimumkan aset sedia ada yang masih mempunyai nilai operasi tinggi melalui pengurusan aset secara whole-of-life. "Melalui SLEP, aset sedia ada dapat diperkasa semula bagi memastikan ia terus selamat, berdaya harap dan mampu menyokong pelaksanaan tugas penguatkuasaan serta keselamatan maritim negara," katanya.

Dengan selesainya program tersebut, KM LIBARAN kini kembali menyokong keupayaan operasi Maritim Malaysia dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di laut, pengawasan perairan serta keselamatan maritim.

Majlis turut dihadiri Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri, Datuk Nor Muhamad bin Che Dan @ Che Din, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rizal bin Hishamuddin, Pengarah Bahagian Pembangunan, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali, wakil Kementerian Ekonomi serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.

Maritim Malaysia akan terus memperkukuh pengurusan aset secara berterusan bagi memastikan kesiapsiagaan kapal, bot dan aset sokongan sentiasa berada pada tahap optimum dalam mendukung keselamatan, kedaulatan serta kepentingan negara di laut.

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC