PUTRAJAYA, 23 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menzahirkan komitmen dan sokongan penuh terhadap penganjuran Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni sempena Ramadan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di pekarangan Kompleks Setia Perkasa petang tadi.
Hadir mengetuai, Ketua Pengarah, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah bersama isteri yang juga merupakan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Maritim Malaysia, Datin Noriyanti binti Mohd Noor.
Turut mengiringi Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, bersama 50 Pegawai Kanan dan anggota sebagai manifestasi solidariti serta sokongan institusi terhadap agenda penerapan nilai murni yang digerakkan oleh kementerian.
Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, menjadi platform penting dalam memperkukuh nilai kasih sayang, perpaduan, toleransi dan saling menghormati sebagai teras budaya kerja warga KDN dan agensi di bawahnya. Pengisian tazkirah Ramadan yang disampaikan turut menekankan kepentingan penghayatan ibadah sebagai asas pembentukan integriti serta keperibadian penjawat awam.
Penyertaan aktif Maritim Malaysia mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam menyokong aspirasi KDN, bukan sahaja dari sudut penguatkuasaan maritim, malah dalam aspek pemerkasaan nilai, kebajikan dan kesejahteraan sosial selaras dengan semangat Ramadan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaa Dalam Negeri Anjur Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Sempena Ramadan, Disokong Padu Warga Maritim Malaysia.
![]()
















.svg.png)

