17
Kha, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

MARITIM NEGERI PAHANG DEKATI 556 PELATIH PLKN 3.0 DI PEKAN

PEKAN, 23 FEBRUARI – Seramai 556 pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 menerima pendedahan awal mengenai peluang kerjaya dalam sektor keselamatan dan penguatkuasaan apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang menyertai Program Eksplorasi Kerjaya dan Pameran Latihan Wira Muda Negara Siri 1/2026 di Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Force 136, di sini, pada 19 Februari lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan Mat Rejab berkata, penyertaan dalam program anjuran Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) itu menjadi platform strategik untuk mendekati golongan muda dan menyemai minat mereka menyertai pasukan keselamatan negara.

“Program seperti ini memberi ruang kepada Maritim Malaysia memperkenalkan peranan dan tanggungjawab agensi dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan perairan negara, selain menjelaskan syarat kelayakan dan laluan kerjaya yang ditawarkan,” katanya.

Jelas beliau lagi, pendedahan secara bersemuka membolehkan pelatih mendapatkan maklumat tepat berkaitan skop tugas, latihan serta cabaran sebenar sebagai anggota penguat kuasa Maritim Malaysia.

Sepanjang program berlangsung, reruai Maritim Malaysia menerima sambutan menggalakkan daripada pelatih yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi penguatkuasaan, operasi menyelamat dan peranan agensi dalam menangani jenayah rentas sempadan di perairan negara.

Reruai tersebut turut menerima kunjungan Komandan Cawangan Latihan Khidmat Negara 505, Mejar Norizwan Shah Kastory.

Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan turut berkata, Maritim Negeri Pahang komited menyokong agenda pembangunan belia dan akan terus menyertai program berbentuk pendidikan serta eksplorasi kerjaya bagi memastikan generasi muda mendapat maklumat jelas mengenai peluang berkhidmat bersama agensi itu.

Program berkenaan turut disertai beberapa jabatan dan agensi lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pekan serta Akademi Kenegaraan Malaysia.

PLKN PAHANG3
 
PLKN PAHANG5
 
PLKN PAHANG4
 
PLKN PAHANG

Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September — Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC