21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

KMP 2024 CATAT HAMPIR 40 RIBU PENGUNJUNG PADA HARI KEDUA

KUALA TERENGGANU, 1 Mac – Karnival Maritim Perkasa 2024 (KMP2024) yang masuk hari kedua hari ini mencatat kehadiran luar jangkaan apabila hampir 40 ribu pengunjung terdiri daripada masyarakat tempatan serta pelancong dari dalam dan luar negara hadir ke karnival berkenaan.

Membawakan tema 'Melestarikan Warisan Maritim Negara', program yang bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam di dataran Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pameran senjata, demonstrasi aset laut, demonstrasi sebatan daripada Jabatan Penjara Malaysia, kaunter perkhidmatan Bas MEKAR Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jualan RAHMAH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kaunter derma darah serta pemeriksaan saringan kesihatan Kementerian Kesihatan Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Faridah binti Shuib, penganjuran karnival ini disifatkan sebagai platform terbaik kepada Maritim Malaysia dalam memperkenalkan peranan dan tanggungjawab kepada orang ramai khususnya masyarakat bandar yang masih belum memahami peranan Agensi ini.

Jelasnya, program ‘turun padang’ seperti ini memberikan impak lebih besar kepada Agensi kerana pengunjung bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat malah berpeluang melihat sendiri dengan lebih dekat aset-aset Maritim Malaysia serta yang paling penting dapat merasakan sendiri debaran tindakan pasukan penguat kuasa Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugasan penguatkuasaan menerusi bahan pameran menggunakan peranti Virtual Reality (VR).

Faridah turut berkata, tujuan KMP2024 dianjurkan adalah bagi memberikan peluang kepada masyarakat di negeri-negeri Pantai Timur yang tidak berpeluang menyaksikan kehebatan pasukan penguat kuasa Maritim Malaysia dalam melakukan demonstrasi 'force boarding' dan pengendalian aset laut milik Agensi serta lain-lain aksi yang mengujakan.

Selain demonstrasi dan kaunter perkhidmatan kerajaan yang terdapat di karnival ini, turut ditampilkan persembahan seni warisan dan kebudayaan, sesi 'Meet & Greet' bersama artis tempatan serta konsert nasyid oleh Rabbani, NowSeeHeart dan Fareez (Mentor).

Terdahulu Faridah turut memberikan bayangan berkemungkinan KMP ini akan dilaksanakan secara tahunan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia pada masa akan datang.

 

KMP 24 HARI 2 2   KMP 24 HARI 2 9   KMP 24 HARI 2 10   KMP 24 HARI 2 5
Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC