07
Sel, Mei

Grid List

DSA & NATSEC 2024 | RERUAI MARITIM MALAYSIA TERIMA REAKSI POSITIF PENGUNJUNG

DSA & NATSEC 2024 | MARITIM MALAYSIA INTAI SISTEM DAN SENJATA TERKINI

MARITIM MALAYSIA TAMPIL KONSEP INFOTAINMENT PAMER KEHEBATAN SEMPENA DSA NATSEC 2024

PAMERAN & NATSEC ASIA 2024 BINA KETAHANAN NEGARA UNTUK GENERASI MASA DEPAN

GAGAL MAKLUM PERTUKARAN NAKHODA, DUA BOT LANGGAR SYARAT SAH LESEN DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

MARITIM NEGERI PERAK RAMPAS 57 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA

PERAIRAN NEGARA SELAMAT DARI ANCAMAN JENAYAH

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SINDIKET MENYELUDUP 26 KG DADAH

KUALA LINGGI, 25 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah menggagalkan cubaan menyeludup lebih 26 kilogram dadah dipercayai jenis syabu ke negara jiran. 

Rampasan dibuat berdasarkan maklumat risikan dan pengesanan mengenai aktiviti mencurigakan di perairan Tanjung Sepat, Selangor sekitar jam 10.00 malam pada 23 Mei lalu. Berikutan itu, aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi khas diatur gerak ke lokasi bagi mengesan dan memantau situasi serta suspek.

Semasa pemantauan, pasukan operasi telah menemui sebuah beg pakaian berwarna kelabu diletakkan dalam keadaan mencurigakan di tepi tebing pantai Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat, Selangor. Pemeriksaan di persekitaran lokasi tidak menemui sebarang suspek atau bot, dan dipercayai suspek telah melarikan diri. Manakala pemeriksaan ke atas beg mencurigakan itu telah menemui 26 paket berwarna kuning berisi hablur kristal yang disyaki dadah jenis syabu.

Kesemua dadah itu dipercayai sengaja ditinggalkan dan akan diambil oleh pihak seterusnya untuk diseludup keluar. Kesemua barang kes telah diserahkan kepada pegawai penyiasat dan akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Nilai keseluruhan rampasan lebih 26 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan sekitar RM1,040,000 dan dipercayai dadah ini boleh dibekalkan kepada lebih kurang 56,000 orang penagih.

KEPTEN MARITIM ISKANDAR BIN ISHAK

PENGARAH MARITIM NEGERI MARITIM NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBILAN

 

 WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.53 PM  WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.52 PM
 WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.52 PM 1  WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.53 PM 1
Grid List

DSA & NATSEC 2024 | MARITIM MALAYSIA TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI SINGAPORE POLIS FORCE

KUALA LUMPUR, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan daripada Delegasi Singapore Police Force pada hari pertama Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2024 di MiTEC, Kuala Lumpur, harini ini.

Wakil daripada Singapore Police Force, Senior Assistant Commissioner (SAC) Cheang Keng Keong yang mengetuai kunjungan tersebut dengan diiringi Inspektor Izwan Mohd Yusoff.

Turut hadir menyambut delegasi itu ialah pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.

 

SPORE DSA 2   SPORE DSA 3   SPORE DSA 4   SPORE DSA 5
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC