18
Jum, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

OP PAGAR LAUT: TAHAN DUA BOT NELAYAN VIETNAM DI HARI RAYA

KEMAMAN, 4 Mei  – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman telah menahan dua bot nelayan asing yang menceroboh perairan Negeri Terengganu pada petang 1 Syawal ketika umat Islam sedang meriah menyambut Aidilfitri.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi bin Abd Rashid berkata, dua bot nelayan asing bernombor pendaftaran dari negara Vietnam ditahan pada hari Isnin, 2 Mei sekitar jam 2.30 petang hingga 3.00 petang di kedudukan 66 batu nautika dari Kuala Kemaman.

Kedua-dua bot tersebut ditahan semasa rondaan bersepadu OP PAGAR LAUT, OP KUDA LAUT dan OP IMAN.

Dua bot tersebut dikendalikan 12 kru termasuk tekong dipercayai warga Vietnam berusia 18 hingga 56 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri serta tiada permit menangkap ikan di perairan negara.

Pelbagai jenis hasil laut seberat hampir 200 kilogram dan bekalan diesel lebih kurang 200 liter serta peralatan menangkap ikan turut dirampas dan kesemuanya dianggarkan bernilai RM2 juta.

Kesemua bot serta kru ditahan dan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman. Semua yang ditahan akan menjalani saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu sebelum kes diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Maritim Malaysia akan sentiasa dalam keadaan bersedia dan melaksanakan rondaan seperti biasa meskipun ketika musim perayaan.

Operasi membanteras kegiatan pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam ini akan diteruskan tanpa henti dan Maritim Malaysia juga akan menggunakan pelbagai kaedah pelaksanaan operasi bagi melindungi hasil laut negara dan khazanahnya daripada dicuri dan dirompak oleh nelayan-nelayan asing.  

WhatsApp Image 2022 05 04 at 23.37.18    WhatsApp Image 2022 05 04 at 09.13.26 1    WhatsApp Image 2022 05 04 at 09.13.58 1 
         
WhatsApp Image 2022 05 04 at 11.28.04    WhatsApp Image 2022 05 04 at 11.28.04 2    WhatsApp Image 2022 05 04 at 11.29.20 
Grid List

SEAEX THAMAL SIRI 74/2026 PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MALAYSIA - THAILAND

KUANTAN, 12 September – Latihan bersama Malaysia–Thailand, SEAEX THAMAL Siri 74/2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama enam hari sejak 6 September lalu, sekali gus memperkukuh kerjasama dan koordinasi operasi antara agensi keselamatan maritim kedua-dua negara.

Dilaksanakan di bawah inisiatif Combined Maritime Working Group (CMWG), latihan kali ini melibatkan lapan aset laut daripada Malaysia dan Thailand dengan tumpuan terhadap peningkatan kesiapsiagaan, interoperabiliti serta keupayaan bertindak secara bersama dalam menangani cabaran keselamatan maritim di perairan Teluk Siam, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat–Kelantan dan Laut China Selatan.

Malaysia diwakili KD HANDALAN dan KD SRI SABAH daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KM AMANAH daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta PA6 Pasukan Polis Marin. Thailand pula melibatkan HTMS THAYANCHON dan PGM-111 daripada Royal Thai Navy, RTMP 817 (Royal Thai Marine Police) serta PGM-995 (Thai-MECC).

Eksesais berkenaan telah dirasmikan pada 8 September di 2nd Naval Area Command (NAC2), Thailand oleh Commander 2nd NAC, Laksamana Muda Pisit Jaturaskornpat selaku Pengerusi Bersama Thailand (TJC), bersama Panglima MAWILA 1, Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC).

Majlis penutup pula berlangsung pada 11 September di MAWILA 1, Kuantan dan disempurnakan oleh kedua-dua Pengerusi Bersama.

Maritim Malaysia diwakili Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku ketua delegasi, diiringi Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

SEAEX THAMAL bukan sekadar medan menguji keupayaan taktikal di laut, malah menjadi platform penting dalam membina persefahaman, meningkatkan koordinasi serta memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan maritim Malaysia dan Thailand.

Kerjasama berterusan seumpama ini penting dalam memastikan sebarang ancaman dan insiden di laut dapat ditangani secara lebih pantas, terselaras dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan perairan serantau.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC