18
Jum, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

BOT NELAYAN ASING, 3 PATI DITAHAN CEROBOH PERAIRAN

LANGKAWI, 19 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Kedah dan Perlis telah menahan sebuah bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran atas pelbagai kesalahan di kedudukan lebih kurang 2 batu nautika barat laut, Tanjung Langgun sekitar jam 11.32 malam 16 Januari lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, sebaik menerima pengesanan bot tersebut dari radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA), sebuah aset Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan telah diatur gerak ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sedang leka menarik pukat.

Hasil pemeriksaan, bot nelayan asing berwarna merah tanpa nombor pendaftaran itu, dikendalikan tiga kru warga Thailand berusia antara 21 hingga 49 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen kapal mendapati, tekong bot gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran yang sah dan disyaki telah melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram.

Bot yang berukuran lebih kurang 15 meter panjang dan 2.7 meter lebar bersama 10 kilogram hasil tangkapan seterusnya dirampas dan diiring masuk ke Jeti Maritim, Bukit Malut untuk siasatan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

WhatsApp Image 2022 01 19 at 8.50.26 AM WhatsApp Image 2022 01 19 at 8.50.27 AM
 WhatsApp Image 2022 01 19 at 8.50.27 AM 1  WhatsApp Image 2022 01 19 at 8.50.27 AM 2
   
Grid List

SEAEX THAMAL SIRI 74/2026 PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MALAYSIA - THAILAND

KUANTAN, 12 September – Latihan bersama Malaysia–Thailand, SEAEX THAMAL Siri 74/2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama enam hari sejak 6 September lalu, sekali gus memperkukuh kerjasama dan koordinasi operasi antara agensi keselamatan maritim kedua-dua negara.

Dilaksanakan di bawah inisiatif Combined Maritime Working Group (CMWG), latihan kali ini melibatkan lapan aset laut daripada Malaysia dan Thailand dengan tumpuan terhadap peningkatan kesiapsiagaan, interoperabiliti serta keupayaan bertindak secara bersama dalam menangani cabaran keselamatan maritim di perairan Teluk Siam, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat–Kelantan dan Laut China Selatan.

Malaysia diwakili KD HANDALAN dan KD SRI SABAH daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KM AMANAH daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta PA6 Pasukan Polis Marin. Thailand pula melibatkan HTMS THAYANCHON dan PGM-111 daripada Royal Thai Navy, RTMP 817 (Royal Thai Marine Police) serta PGM-995 (Thai-MECC).

Eksesais berkenaan telah dirasmikan pada 8 September di 2nd Naval Area Command (NAC2), Thailand oleh Commander 2nd NAC, Laksamana Muda Pisit Jaturaskornpat selaku Pengerusi Bersama Thailand (TJC), bersama Panglima MAWILA 1, Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC).

Majlis penutup pula berlangsung pada 11 September di MAWILA 1, Kuantan dan disempurnakan oleh kedua-dua Pengerusi Bersama.

Maritim Malaysia diwakili Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku ketua delegasi, diiringi Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

SEAEX THAMAL bukan sekadar medan menguji keupayaan taktikal di laut, malah menjadi platform penting dalam membina persefahaman, meningkatkan koordinasi serta memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan maritim Malaysia dan Thailand.

Kerjasama berterusan seumpama ini penting dalam memastikan sebarang ancaman dan insiden di laut dapat ditangani secara lebih pantas, terselaras dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan perairan serantau.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC