18
Jum, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

ROKOK RAMPASAN BERNILAI RM300 RIBU DILUPUSKAN OLEH MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 8 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Pahang melupuskan rokok rampasan bernilai RM300 ribu dengan kaedah secara musnah yang telah diluluskan oleh pihak mahkamah di tempat pelupusan sampah Jerangau, Jabor semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Maritim Haji Amran bin Haji Daud berkata, rokok rampasan berjumlah 2000 karton rokok berjenama Force 10 dan Double 7 itu merupakan barang-barang eksibit yang dirampas 28 Jun tahun lalu yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

Tambah beliau Lagi, Maritim Negeri Pahang akan terus memantau dan sentiasa melakukan rondaan bagi menyekat aktiviti-aktiviti terlarang yang melanggar undang-undang. Orang ramai juga diingatkan untuk menghubungi Maritim Negeri Pahang di talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang iaitu 09-5717345 jika terdapat sebarang maklumat berhubung jenayah maritim.

 1   2 

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

Grid List

SEAEX THAMAL SIRI 74/2026 PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MALAYSIA - THAILAND

KUANTAN, 12 September – Latihan bersama Malaysia–Thailand, SEAEX THAMAL Siri 74/2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama enam hari sejak 6 September lalu, sekali gus memperkukuh kerjasama dan koordinasi operasi antara agensi keselamatan maritim kedua-dua negara.

Dilaksanakan di bawah inisiatif Combined Maritime Working Group (CMWG), latihan kali ini melibatkan lapan aset laut daripada Malaysia dan Thailand dengan tumpuan terhadap peningkatan kesiapsiagaan, interoperabiliti serta keupayaan bertindak secara bersama dalam menangani cabaran keselamatan maritim di perairan Teluk Siam, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat–Kelantan dan Laut China Selatan.

Malaysia diwakili KD HANDALAN dan KD SRI SABAH daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KM AMANAH daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta PA6 Pasukan Polis Marin. Thailand pula melibatkan HTMS THAYANCHON dan PGM-111 daripada Royal Thai Navy, RTMP 817 (Royal Thai Marine Police) serta PGM-995 (Thai-MECC).

Eksesais berkenaan telah dirasmikan pada 8 September di 2nd Naval Area Command (NAC2), Thailand oleh Commander 2nd NAC, Laksamana Muda Pisit Jaturaskornpat selaku Pengerusi Bersama Thailand (TJC), bersama Panglima MAWILA 1, Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC).

Majlis penutup pula berlangsung pada 11 September di MAWILA 1, Kuantan dan disempurnakan oleh kedua-dua Pengerusi Bersama.

Maritim Malaysia diwakili Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku ketua delegasi, diiringi Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

SEAEX THAMAL bukan sekadar medan menguji keupayaan taktikal di laut, malah menjadi platform penting dalam membina persefahaman, meningkatkan koordinasi serta memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan maritim Malaysia dan Thailand.

Kerjasama berterusan seumpama ini penting dalam memastikan sebarang ancaman dan insiden di laut dapat ditangani secara lebih pantas, terselaras dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan perairan serantau.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC