18
Jum, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA BERJAYA MENAHAN DUA BUAH BOT NELAYAN ASING VIETNAM

KOTA KINABALU, 3 Julai - Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, telah berjaya menahan dua buah bot nelayan asing disyaki bot nelayan Vietnam petang 1 Julai. Bot tersebut telah ditahan di dua posisi berbeza.

Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan memaklumkan, bot peronda maritim yang sedang melaksanakan Operasi Naga Timur telah mengesan dua bot yang mencurigakan bergerak seiring dan disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan secara tunda ganding.

Menurut beliau, “semasa bot maritim cuba mendekati bot nelayan asing tersebut mereka telah memotong tali pukat dan cuba melarikan diri malah enggan memberikan kerjasama semasa diarahkan berhenti, Pegawai Maritim bot mengambil masa 30 minit untuk memastikan mereka mamatuhi arahan itu dan akhirnya mereka akur setelah diekori dan dipaksa untuk berhenti.”

Setelah berjaya menghampiri bot nelayan asing yang pertama pada jam lebih kurang 5.47 petang, di posisi 29 batu nautika Pulau Mengalum, Pegawai Maritim telah melakukan pemeriksaan lanjut dan mendapati sijil pendaftaran bot tersebut telah tamat, empat orang kru bot dan tekong tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, berumur lingkungan 18 hingga 42 tahun, warganegara Vietnam.

Bot nelayan asing yang ke dua telah berjaya ditahan oleh bot peronda maritim di posisi 32 batu nautika barat Pulau Mengalum, pada jam lebih kurang 6.15 petang. Hasil pemeriksaan bot berkenaan didapati sijil pendaftaran bot juga telah tamat tempoh dan tidak mempunyai sebarang lesen ataupun kebenaran daripada Jabatan Perikanan bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan diperairan Malaysia. Seramai 16 orang kru bot dan seorang tekong warganegara Vietnam, berumur lingungan 28 hingga 49 tahun.

“Kedua-dua bot nelayan asing tersebut disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. Jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi enam juta ringgit setiap orang empunya dan nakhoda dan enam ratus ribu ringgit tiap-tiap anggota kru,” jelas beliau.

Menurut Mohd Rosli, kedua-dua bot dan kru telah dibawa ke Jeti APMM, Sepanggar dan telah menjalani ujian saringan COVID 19 semalam setiba mereka di jeti. Pegawai dan anggota maritim yang terlibat dengan operasi tersebut juga turut menjalani ujian saringan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Maritim Negeri Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai dan anggota perubatan daripada KKM atas kerjasama yang telah diberikan.

Beliau juga memaklumkan “pada tahun ini sebanyak tiga buah bot nelayan asing telah ditangkap oleh Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan. Pencerobohan bot nelayan asing ke perairan Malaysia khususnya negeri Sabah ini adalah disebabkan hasil laut yang lumayan dan pelbagai dan ini merupakan tarikan utama untuk mereka mengaut keuntungan. Perbuatan mereka yang berani ini bukan sahaja menceroboh malah mencuri kekayaan hasil laut kita, maka Maritim Malaysia merupakan agensi yang menguatkuasakan undang-undang laut amat memandang serius aktiviti bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara dan Maritim Malaysia juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjadi dalang kepada aktiviti perikanan yang tidak patuh kepada undang-undang dan peraturan laut Malaysia.”

Selain itu beliau turut mengingatkan kepada semua komuniti maritim untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri semasa melakukan aktiviti di laut, memakai jaket keselamatan, bawa peralatan keselamatan dan Personal Locator Beacon. Bot-bot nelayan kecil dan komersial diminta untuk sentiasa melakukan pemeriksaan keselamatan keadaan bot dan memantau keadaan cuasa semasa sebelum keluar ke laut, dengan mengambil berat berkenaan isu keselamatan ini dapat membantu para komuniti maritim dalam mengahadapi kecemasan semasa di laut dan memudahkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Maritim Negeri Sabah mohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk menyalurkan sebarang maklumat kejadian jenayah dan kecemasan di laut melalui talian 088-387774 dan MERS 999.

Bot 1    Bot 2   
       
 Viet 4    viet 5  
Grid List

SEAEX THAMAL SIRI 74/2026 PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MALAYSIA - THAILAND

KUANTAN, 12 September – Latihan bersama Malaysia–Thailand, SEAEX THAMAL Siri 74/2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama enam hari sejak 6 September lalu, sekali gus memperkukuh kerjasama dan koordinasi operasi antara agensi keselamatan maritim kedua-dua negara.

Dilaksanakan di bawah inisiatif Combined Maritime Working Group (CMWG), latihan kali ini melibatkan lapan aset laut daripada Malaysia dan Thailand dengan tumpuan terhadap peningkatan kesiapsiagaan, interoperabiliti serta keupayaan bertindak secara bersama dalam menangani cabaran keselamatan maritim di perairan Teluk Siam, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat–Kelantan dan Laut China Selatan.

Malaysia diwakili KD HANDALAN dan KD SRI SABAH daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KM AMANAH daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta PA6 Pasukan Polis Marin. Thailand pula melibatkan HTMS THAYANCHON dan PGM-111 daripada Royal Thai Navy, RTMP 817 (Royal Thai Marine Police) serta PGM-995 (Thai-MECC).

Eksesais berkenaan telah dirasmikan pada 8 September di 2nd Naval Area Command (NAC2), Thailand oleh Commander 2nd NAC, Laksamana Muda Pisit Jaturaskornpat selaku Pengerusi Bersama Thailand (TJC), bersama Panglima MAWILA 1, Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC).

Majlis penutup pula berlangsung pada 11 September di MAWILA 1, Kuantan dan disempurnakan oleh kedua-dua Pengerusi Bersama.

Maritim Malaysia diwakili Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku ketua delegasi, diiringi Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

SEAEX THAMAL bukan sekadar medan menguji keupayaan taktikal di laut, malah menjadi platform penting dalam membina persefahaman, meningkatkan koordinasi serta memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan maritim Malaysia dan Thailand.

Kerjasama berterusan seumpama ini penting dalam memastikan sebarang ancaman dan insiden di laut dapat ditangani secara lebih pantas, terselaras dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan perairan serantau.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC