18
Jum, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

OP-PINTAS BERSEPADU SELATAN DILANCARKAN DI NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 22 April - Op-Pintas Bersepadu Selatan secara rasminya dilancarkan pada hari ini. Operasi ini merupakan kerjasama strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor.

Pelancaran operasi khas tersebut yang bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah dihadiri oleh Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Aminnudin bin Haji Abdul Rashid, bersama Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Kaharudin bin Katan; Pengarah Kastam Johor, Datuk Mohd Hamiddan bin Maryani dan Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin bin Tahir.

Operasi ini melibatkan perkongsian intelligent, sumber manusia dan aset bagi menangani aktiviti jenayah rentas sempadan. Fokus utama adalah untuk memastikan daratan, perairan dan sempadan negeri Johor tidak dibolosi dan dicerobohi khususnya kemasukan pendatang asing yang berkemungkinan membawa bersama wabak Corona Virus Disease 2019 (COVID-19) dari negara luar.

Kawalan di daratan akan dipertingkatkan melalui penyusunan semula aturgerak kekuatan Markas 7 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mempunyai pos-pos kawalan di persisiran pantai sepanjang negeri Johor. Sementara di peringkat daerah, Ketua Polis Daerah akan mempertingkatkan lagi Sekatan Jalanraya (SJR) yang sedia ada.

Kawalan di lautan pula dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) akan menyelaraskan aturgerak aset di lautan bagi memastikan aset digunakan secara optimum. Begitu juga dengan perkongsian intelligent bagi membanteras kemasukan migran dan barangan seludup yang diurus oleh tekong-tekong laut.  Operasi ini akan diteruskan walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tamat bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negeri Johor.

pelancaran op pintas muka   pelancaran op pintas 
     
pelancaran op pintas 3   pelancaran op pintas 2
Grid List

SEAEX THAMAL SIRI 74/2026 PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MALAYSIA - THAILAND

KUANTAN, 12 September – Latihan bersama Malaysia–Thailand, SEAEX THAMAL Siri 74/2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama enam hari sejak 6 September lalu, sekali gus memperkukuh kerjasama dan koordinasi operasi antara agensi keselamatan maritim kedua-dua negara.

Dilaksanakan di bawah inisiatif Combined Maritime Working Group (CMWG), latihan kali ini melibatkan lapan aset laut daripada Malaysia dan Thailand dengan tumpuan terhadap peningkatan kesiapsiagaan, interoperabiliti serta keupayaan bertindak secara bersama dalam menangani cabaran keselamatan maritim di perairan Teluk Siam, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat–Kelantan dan Laut China Selatan.

Malaysia diwakili KD HANDALAN dan KD SRI SABAH daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KM AMANAH daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta PA6 Pasukan Polis Marin. Thailand pula melibatkan HTMS THAYANCHON dan PGM-111 daripada Royal Thai Navy, RTMP 817 (Royal Thai Marine Police) serta PGM-995 (Thai-MECC).

Eksesais berkenaan telah dirasmikan pada 8 September di 2nd Naval Area Command (NAC2), Thailand oleh Commander 2nd NAC, Laksamana Muda Pisit Jaturaskornpat selaku Pengerusi Bersama Thailand (TJC), bersama Panglima MAWILA 1, Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC).

Majlis penutup pula berlangsung pada 11 September di MAWILA 1, Kuantan dan disempurnakan oleh kedua-dua Pengerusi Bersama.

Maritim Malaysia diwakili Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku ketua delegasi, diiringi Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

SEAEX THAMAL bukan sekadar medan menguji keupayaan taktikal di laut, malah menjadi platform penting dalam membina persefahaman, meningkatkan koordinasi serta memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan maritim Malaysia dan Thailand.

Kerjasama berterusan seumpama ini penting dalam memastikan sebarang ancaman dan insiden di laut dapat ditangani secara lebih pantas, terselaras dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan perairan serantau.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC