18
Jum, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN: MARITIM MALAYSIA TINGKATKAN USAHA MENGEKANG JENAYAH RENTAS SEMPADAN

Langkawi, 19 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menambah aturgerak aset-aset laut dan udara bagi meningkatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh perairan negara.

Peningkatan aset-aset ini bertujuan untuk menyekat perlakuan aktiviti jenayah rentas sempadan yang merangkumi aktiviti penyeludupan manusia, barang-barang terlarang, rompakan dan pencerobohan bot-bot nelayan asing khususnya di kawasan-kawasan titik panas dalam Zon Maritim Malaysia di sepanjang Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Tindakan ini adalah selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta APMM 2004, Seksyen 7 (2) (i) iaitu menyingkir mana-mana vesel yang dipercayai boleh mengancam kepentingan atau membahayakan ketenteraman dan kesejahteraan dalam Zon Maritim Malaysia.

Pada masa yang sama, aset-aset APMM juga mempergiatkan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi peruntukan Seksyen 3, Akta 342 – Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Tindakan tegas diambil ke atas mana-mana pihak yang melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan kecuali aktiviti bagi perkhidmatan penting seperti nelayan-nelayan yang memiliki lesen menangkap ikan yang sah daripada pihak berkuasa.

Dalam menguatkuasakan PKP di perairan negara, APMM telah mengambil peluang memperkemaskan SOP operasi bersepadu dengan agensi-agensi lain khasnya menguji dan menilai keberkesanan SOP operasi bersama TLDM dan TUDM di perairan utara negara. Pemantauan berterusan dipertingkatkan secara bersepadu bagi memperketatkan kawalan perairan sempadan negara daripada dicerobohi oleh anasir-anasir asing. Penjenayah rentas sempadan, PATI mahupun penyeludupan akan diburu hingga ke darat untuk didakwa di mahkamah.

Di sepanjang tempoh PKP, sebanyak 13 aset laut dan lima aset udara telah diaturgerak bagi memantau dan mengawal di sepanjang kawasan perairan utara Selat Melaka yang melibatkan dua aset udara dan tiga kapal APMM. Manakala TLDM melibatkan dua aset udara serta tiga kapal dan TUDM pula mengatur gerak sebuah pesawat CN 235. Kesemua aset ini telah berada di kawasan titik panas dan pemantauan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memperkukuhkan kawalan sempadan perairan negara.

Maritim Malaysia berharap komuniti maritim dapat menyalurkan aduan sekiranya terdapat salah laku di laut. Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750 / 04-966 5307

ee13db79 998a 49dc ac46 21af2e35b091   1ce3f938 0890 4c64 9229 2c03fbf66252
     
c36ce2c1 6b60 4c9e a24a 6ff8ced5fd35   9705ca7e fda4 4cb1 bd9a 0ea7509ecf7b

 

Grid List

SEAEX THAMAL SIRI 74/2026 PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MALAYSIA - THAILAND

KUANTAN, 12 September – Latihan bersama Malaysia–Thailand, SEAEX THAMAL Siri 74/2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama enam hari sejak 6 September lalu, sekali gus memperkukuh kerjasama dan koordinasi operasi antara agensi keselamatan maritim kedua-dua negara.

Dilaksanakan di bawah inisiatif Combined Maritime Working Group (CMWG), latihan kali ini melibatkan lapan aset laut daripada Malaysia dan Thailand dengan tumpuan terhadap peningkatan kesiapsiagaan, interoperabiliti serta keupayaan bertindak secara bersama dalam menangani cabaran keselamatan maritim di perairan Teluk Siam, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat–Kelantan dan Laut China Selatan.

Malaysia diwakili KD HANDALAN dan KD SRI SABAH daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KM AMANAH daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta PA6 Pasukan Polis Marin. Thailand pula melibatkan HTMS THAYANCHON dan PGM-111 daripada Royal Thai Navy, RTMP 817 (Royal Thai Marine Police) serta PGM-995 (Thai-MECC).

Eksesais berkenaan telah dirasmikan pada 8 September di 2nd Naval Area Command (NAC2), Thailand oleh Commander 2nd NAC, Laksamana Muda Pisit Jaturaskornpat selaku Pengerusi Bersama Thailand (TJC), bersama Panglima MAWILA 1, Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC).

Majlis penutup pula berlangsung pada 11 September di MAWILA 1, Kuantan dan disempurnakan oleh kedua-dua Pengerusi Bersama.

Maritim Malaysia diwakili Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku ketua delegasi, diiringi Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

SEAEX THAMAL bukan sekadar medan menguji keupayaan taktikal di laut, malah menjadi platform penting dalam membina persefahaman, meningkatkan koordinasi serta memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan maritim Malaysia dan Thailand.

Kerjasama berterusan seumpama ini penting dalam memastikan sebarang ancaman dan insiden di laut dapat ditangani secara lebih pantas, terselaras dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan perairan serantau.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC