19
Sab, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

LAGI BOT NELAYAN TEMPATAN GAJIKAN KRU WARGA ASING DITAHAN

PULAU PINANG, 17 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 19 batu nautika barat Pulau Kendi pada pukul 2.45 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot peronda sewaktu melaksanakan rutin rondaan penguatkuasaan di sekitar perairan Pulau Kendi.

Bot peronda seterusnya melaksananakan pemeriksaan terhadap kru dan peralatan menangkap ikan di atas bot berkenaan.

Sewaktu pemeriksaan dilakukan, terdapat lima orang kru termasuk seorang tekong warga Thailand dan empat kru warga Myanmar sedang menangkap ikan.

Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua kru asing tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan berumur antara 28 hingga 51 tahun.

BNT berkenaan disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa kebenaran dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pass yang sah.

Kesemua kru, bot, dan hasil tangkapan ikan campur sebanyak 50 kilogram ditahan serta dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban untuk tindakan lanjut.

 

5b7d1e765df496705b7d1e765df49670PULAUPINANGNELAYAN2 
 
 1d3d44710fffb8e51d3d44710fffb8e5PULAUPINANGNELAYAN3
Grid List

SEAEX THAMAL SIRI 74/2026 PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MALAYSIA - THAILAND

KUANTAN, 12 September – Latihan bersama Malaysia–Thailand, SEAEX THAMAL Siri 74/2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama enam hari sejak 6 September lalu, sekali gus memperkukuh kerjasama dan koordinasi operasi antara agensi keselamatan maritim kedua-dua negara.

Dilaksanakan di bawah inisiatif Combined Maritime Working Group (CMWG), latihan kali ini melibatkan lapan aset laut daripada Malaysia dan Thailand dengan tumpuan terhadap peningkatan kesiapsiagaan, interoperabiliti serta keupayaan bertindak secara bersama dalam menangani cabaran keselamatan maritim di perairan Teluk Siam, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat–Kelantan dan Laut China Selatan.

Malaysia diwakili KD HANDALAN dan KD SRI SABAH daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KM AMANAH daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta PA6 Pasukan Polis Marin. Thailand pula melibatkan HTMS THAYANCHON dan PGM-111 daripada Royal Thai Navy, RTMP 817 (Royal Thai Marine Police) serta PGM-995 (Thai-MECC).

Eksesais berkenaan telah dirasmikan pada 8 September di 2nd Naval Area Command (NAC2), Thailand oleh Commander 2nd NAC, Laksamana Muda Pisit Jaturaskornpat selaku Pengerusi Bersama Thailand (TJC), bersama Panglima MAWILA 1, Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC).

Majlis penutup pula berlangsung pada 11 September di MAWILA 1, Kuantan dan disempurnakan oleh kedua-dua Pengerusi Bersama.

Maritim Malaysia diwakili Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku ketua delegasi, diiringi Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

SEAEX THAMAL bukan sekadar medan menguji keupayaan taktikal di laut, malah menjadi platform penting dalam membina persefahaman, meningkatkan koordinasi serta memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan maritim Malaysia dan Thailand.

Kerjasama berterusan seumpama ini penting dalam memastikan sebarang ancaman dan insiden di laut dapat ditangani secara lebih pantas, terselaras dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan perairan serantau.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC