Grid List

TIGA LAGI KAPAL PENGANGKUT DITAHAN BERSAUH SECARA HARAM

KETUA PENGARAH MARITIM TIBA DI LANGKAWI SEMPENA PENUTUP EKSESAIS MARITIM PERKASA BARAT

MARITIM MALAYSIA SERTAI SARCOMEX BERSAMA INDONESIA AND THAILAND

OPV 1 UJI KEMAMPUAN DALAM EKSESAIS MARITIM PERKASA BARAT

GAGAL MELAPORKAN KETIBAAN DI PERAIRAN PULAU PANGKOR, KAPAL KARGO DITAHAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN 413 PATI MASUK SECARA HARAM MELALUI SELAT MELAKA

KAPAL TANGKI DITAHAN KERANA BERSAUH SECARA HARAM

SEMBILAN WARGA ASING DIHUKUM PENJARA, TANGKAP IKAN TANPA PERMIT DI PERAIRAN MALAYSIA

SEBUAH BOT TUNDA KELAS B BERSAMA TIGA KRU WARGA ASING DITAHAN

KUALA KURAU, 12 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot nelayan pukat tunda kelas B bersama tiga kru warga Myanmar di kedudukan 16.2 batu nautika selatan muara Kuala Kurau pada sekitar jam 10.30 pagi, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin di perairan Kuala Kurau dan Larut Matang, pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan bot terbabit dalam keadaan mencurigakan sedang melakukan aktiviti perikanan dan dirapati untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan menemukan seramai tiga kru warga Myanmar termasuk tekong berumur antara 33 dan 34 tahun, tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di atas bot.
Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen yang sah namun tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Selain itu, bot terbabit tidak diusahakan sendiri pemiliknya.
Turut ditemukan sebanyak 40 kilogram hasil ikan baja semasa pemeriksaan.
Kesemua kru, bot, hasil ikan campur dan peralatan menangkap ikan ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dengan tidak mempunyai kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta bot tidak diusahakan sendiri pemiliknya.
Maritim Malaysia akan terus komited dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di laut.
Sebarang aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala di talian 05-7279919 untuk tindakan segera.
WhatsApp Image 2022 11 11 at 10.22.14   WhatsApp Image 2022 11 11 at 10.22.13
 
Grid List

PERHIMPUNAN BULANAN ZON MARITIM MIRI DAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT LASKAR KELAS I MARITIM

MIRI, 5 Disember - Pengarah Zon Maritim Miri Kepten Maritim Mohd Shafie Bin Haji Paing telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Laskar Kelas I Maritim kepada anggota yang terlibat dalam perhimpunan bulanan warga Zon Maritim Miri yang bertempat di Ibu Pejabat Zon Maritim Miri, Sarawak. 
 
Majlis ini menyaksikan pemakaian pangkat bagi 8 orang anggota Zon Maritim Miri yang berpangkat Laskar Kelas II Maritim kepada Laskar Kelas I Maritim. Anggota yang terlibat adalah LK I (M) Maritim Petrus anak Balang, LK I (M) Mansor bin Ibnu, LK I (M) Muhamad Fadil bin Mohd Asa'ari, LK I Tek (M) Raimi Afiq bin Noor Lokman, LK I (M) Sakthi Kumar a/l Regendran, LK I (M) Ahmad Izzuddin bin Mohd Saki, LK I (M) Muhammad Nasaruddin bin Abd Khelek dan LK I (M) Mohamad Firdhaus bin Roslan.
 
Dalam majlis itu juga Kepten Maritim Mohd Shafie turut berharap, semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi batu loncatan bagi anggota berkenaan untuk terus maju jaya  dalam perkhidmatan.
 

WhatsApp Image 2023 12 05 at 3.17.45 PM 1   WhatsApp Image 2023 12 05 at 3.17.44 PM 1   WhatsApp Image 2023 12 05 at 3.17.47 PM 1   WhatsApp Image 2023 12 05 at 3.17.46 PM
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC